Tragedi Batu Burok: Salahuddin serah memorandum kepada PBB

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Haji Ayub menyerahkan memorandum mengenai Tragedi Batu Burok, Terengganu kepada Wakil PBB adalah Mr. Gunnar Mattsson-Marn.

Salahuddin serah kepada wakil PBB
Mr Gunnar Mattsson-Marn bertugas sebagi Security Adviser for Malaysia, Singapore and Brunei Darussalam.

Teks penuh memorandum adalah seperti di bawah

MEMORANDUAM ADUAN PENYALAHGUNAAN KUASA POLIS DIRAJA MALAYSIA YANG MENGGUNAKAN PELURUH HIDUP DALAM INSIDEN DI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU PADA 8 SEPTEMBER 2007

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melihat insiden pada 8 September 2007 di Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu sebagai satu penyalahgunaan kuasa dan telah melanggari hak asasi manusia. Untuk makluman pada malam tersebut diadakan majlis penerangan anjuran Gabungan Tuntutan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH).

Malangnya pihak Polis telah bertindak secara tidak profesional dan mengikut prosuder dalam menyuraikan para hadirin bersempena majlis penerangan tersebut dengan melepaskan pancutan air dan gas pemedih mata serta menangkap orang awam tanpa memberikan amaran. Lagi yang lebih malang sekali apabila Polis menembak menggunakan peluru hidup ke arah orang awam yang tanpa bersenjata.

Dalam insiden tersebut dua orang telah ditembakan oleh Polis yang tidak beruniform, Polis tersebut juga tidak memperkenalkan indentiti mereka. Dua orang awam tersebut adalah Suwandi Abdul Ghani, 37 tahun, yang menembusi paru-parunya, dan seorang lagi, Muhamad Azman Aziz, 21 tahun, telah terkena pada lehernya. Suwandi telah dipindahkan ke Hospital Kubang Kerian (dari Hospital Kuala Terengganu) untuk menerima rawatan lanjut.

Bagi kami tindakan Polis menggunakan peluru hidup sangat keterlaluan, kejam, tidak berperikemanusiaan, dan tidak profesional sama sekali. Dalam pengetahuan kami, seseorang anggota polis tidak boleh sama sekali mengacukan pistol kepada orang ramai dengan niat untuk menakut-nakutkan tanpa ada apa-apa tujuan.

Lebih-lebih lagi menembak secara membabi buta. Kami juga yakin bahawa Polis harus memperkenalkan diri mereka bagi tujuan pencegahan. Bagi kami juga, tindakan tersebut tidak wajar kerana Polis berkenaan sepatutnya melepaskan tembakan amaran terlebih dahulu ke bahagian atas. Sekiranya masih terancam, Polis boleh menembak sasarannya di bahagian bawah (bawah paras pinggang).

Namun apa yang berlaku Polis berkenaan menembak tepat ke arah dada mangsa tanpa memberi apa-apa amaran. Bahkan saksi memberitahu bahawa Polis berkenaan sebelum dari itu mengejar sekumpulan orang ramai dengan pistolnya di tangan.

Kami berpendapat tindakan pasukan keselamatan (Polis, FRU dan Cawangan Khas) pada malam 8 September 2007 serta melanggar hak asasi manusia dan satu tindakan penyalahgunaan kuasa oleh pihak Keselamatan serta telah melanggar Piagam PBB. Kami yakin bahawa isu keselamatan menjadi isu paling penting dunia, dan apabila pihak yang berkuasa telah dan terbukti menyalahgunakan kuasa mereka.

Kami melihat jika keadaan ini berluasa, makin tempanglah keselamatan dan kehidupan manusia seluruhnya. Jika Polis di Malaysia seperti yang telah berlaku di Batu Buruk ini adalah sebagai kebenaran bagi mana-mana penguasa untuk membenarkan perkara tersebut. Polis juga pada malam tersebut telah melanggar kawalan senjata dan pelucutan senjata oleh Piagam PBB. Kami yakin PBB bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara perlu melihat suasana ini amat membahaya.

Justeru kami memohon PBB untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:-

1. Meminta supaya Majlis Keselamatan PBB membincang dan merunding insiden tersebut.
2. Meminta Majlis Keselamatan melalui satu resolusi keselamatan untuk menjaga kepentingan hak asasi manusia.
3. Meminta agar PBB memberikan amaran keras terhadap penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa berkenaan.

Sekian aduan dan desakan kami,

YB. SALAHUDDIN AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

24 September 2007

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: