Dr Hayati sampaikan bantuan TKH kepada pesakit kronik

Ahli Parlimen Pendang, Dr Hj Mohd Hayati Othman menyampaikan sumbangan daripada Tabung Kemiskinan Harakah kepada pesakit buah pinggang kronik, En Ramli bin Ahmad, berasal dari Kpg Lahar Batu, Pendang, yang menjalani dialysis 3 kali seminggu di Hospital Yan.
bantuan kpd pesakit kronik
Encik Ramli mengucapkan terima kasih diatas sumbangan tersebut dan berharap sumbangan yang diusahakan oleh YB dapat meringankan beban beliau menjelang Idul Fitri yang akan tiba nanti.

Kini Ramli tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan kerana masanya dihabiskan untuk menjalani rawatani dialysis.

“Saya hanya bergantung harap kepada anak beliau yang bekerja dibengkel besi di Pendang, anak yang lain masih bersekolah,” kata Ramli.

Kita berdoa semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada Ramli dan keluarganya dan mengharapkan beliau akan sentiasa dalam perjuangan Islam dan tabah menghadapi ujian Allah ini.

Semoga Allah juga turut memurahkan rezeki mereka yang sentiasa menyumbang kepada Tabung Kemiskinan Harakah (TKH).

Isu PKFZ: Peguam Negara dipanggil untuk beri penjelasan

KUALA LUMPUR: Keputusan oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) untuk membeli tanah seluas 400 ha untuk pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada harga RM1.807 bil dibuat setelah kerajaan negeri Selangor tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengambil alih tanah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan negeri itu tidah bersetuju dengan cadangan pengambilalihan tanah berkenaan dengan alasan kawasan berkenaan telahpun mempunyai kawasan yang dibangunkan, sebaliknya berpendapat jika projek itu hendak dibangunkan, LPK perlulah membeli tanah di kawasan terlibat.

PAC turut dianggotai Ahli Parlimen Tumpat, Dato Kamarudin Jaffar.

Sehubungan itu, katanya, jawatankuasa itu akan memanggil Peguam Negara bagi memberi penjelasan berhubung tafsiran undang-undang dalam isu itu pada mesyuaratnya mengenai PKFZ akan datang.

Menurut beliau, penjelasan mengenai tafsiran undang-undang itu penting bagi menghilangkan keraguan masyarakat memandangkan kerajaan telah memilih untuk membeli tanah untuk projek berkenaan dan tidak menggunakan peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk pengambilan semula yang sudah pasti akan menjimat kos.

Kerajaan telah membeli tanah yang diperlukan itu daripada Kuala Dimensi Sdn Bhd pada harga RM25 sekaki persegi, sedangkan harga jika pengambilan tanah dibuat ialah RM10.16 sekaki persegi.

Tanah terlibat adalah tanah kerajaan yang telah diberikan kepada Koperasi Pulau Pembangunan Pulau Lumut yang kemudian menjualnya kepada Kuala Dimensi pada harga RM96 juta atau RM3 sekaki persegi.

Beliau berkata, keputusan kerajaan untuk membeli tanah berkenaan dan tidak menggunakan peruntukan undang-undang untuk mengambilnya telah menimbulkan pelbagai sangkaan buruk dalam masyarakat.

“Jadi kita perlu mendengar penjelasan dari Peguam Negara supaya jika memang ada benda yang tidak kena kita boleh perbetulkan, dan jika tidak, sekurang-kurangnya kita boleh beri penjelasan kepada media dan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Bangunan Parlimen hari ini.

Mengenai dakwaan bahawa harga tanah RM25 sekaki persegi yang dibayar kerajaan adalah jauh lebih tinggi daripada kadar yang dinilai oleh Jabatan Penilaian, Shahri berkata, jabatan itu sebenarnya telah membuat beberapa penilaian ke atas berkenaan atas permintaan pihak yang berbeza.

Penilaian pertama ialah untuk tujuan pembelian dan diarahkan oleh Kementerian Pengangkutan, kedua untuk tujuan pembelian tetapi diminta oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dikuti oleh penilaian untuk tujuan pengambilalihan oleh kerajaan.

Nilai yang ditetapkan oleh jabatan itu pada setiap penilaian, menurut Shahrir, juga berbeza berdasarkan keluasan tanah yang terlibat serta tahun penilaian dibuat.

Menurutnya, penilaian pertama meletakkan nilai tanah itu pada harga RM17 sekaki persegi untuk tujuan pembelian, diikuti RM10.16 sekaki persegi untuk tujuan pengambilan dan pada penilaian berikutnya harga itu meningkat sehingga mencapai RM21 sekaki persegi.

Wakil Jabatan Penilaian adalah antara beberapa pihak, termasuk Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Datuk Zarinah Anwar yang dipanggil memberi keterangan hari ini.

Mesyuarat kali ketiga PAC mengenai isu PKFZ dijangka diadakan selepas raya.

Esok, jawatankuasa itu akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sebelum meneliti laporan membabitkan projek pembinaan Institut Latihan Belia Negara yang tidak buat mengikut tender terbuka oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Esok, jawatankuasa itu akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sebelum meneliti laporan membabitkan projek pembinaan Institut Latihan Belia Negara yang tidak buat mengikut tender terbuka oleh Kementerian Belia dan Sukan.//mstar

Perlantikan Hakim Zaki penuh kontroversi dan luarbiasa

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub bersama pemimpin Dewan Pemuda menyerahkan memorandum berkaitan pelantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi yang penuh kontroversi sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan semasa pertemuan dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di pejabatnya semalam.

Rombongan pemuda jumpa MRR
Rombongan Pemuda itu diketuai oleh Ketua Pemudanya Salahuddin Ayub, Timbalannya Ustaz Nasruddin Tantawi, Setiausaha Pemuda Sabki Yusof dan beberapa AJK dan pimpinan pemuda yang lain dan turut hadir sama mengiringi Engku Ibrahim ialah Penolong Setiausaha Dato’ Sabtu Awab.

Pelantikan Zaki sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sangat kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak termasuk pengamal undang-undang, kata Salahuddin.

Sebelum ini, beliau telah membawa usul di Parlimen bagi membahaskan pelantikan Zaki Tun Azmi itu namun ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Salahuddin berkata beliau pernah menyemak rekod-reokd prosedur pelantikan hakim di negara-negara Komanwel dan tidak pernah berlaku sebagaimana yang terjadi di Malaysia ini, malah dianggap sebagai sesuatu yang luar biasa dan memeranjatkan banyak pihak.

Teks memorandum adalah seperti berikut:
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billal Shah dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu, yang ada dengan beberapa amat kemuliaan dan kebesarannya.

Dengan sembah dan salam takzim, Ampun Tuanku beribu-ribu ampun.

Adalah dengan ini patik Salahuddin bin Ayub, selaku Ketua Dewan Pemuda Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang mewakili seluruh saf pimpinan dan ahli-ahli parti serta rakyat Malaysia yang menyokong dan bersimpati dengan kami, dengan ini mengangkat sembah mengadu dan membawa ke perhatian Duli-duli Tuanku mengenai perlantikan Tan Sri Datuk Zaki Tun Azmi sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Teruskan membaca