Mangsa Banjir Pendang mendapat perhatian Yayasan Amal

Oleh Ahli Parlimen Pendang
Pendang, 2 Okt:
Selepas selesai tarawikh, saya bersama ADUN Tokai, YB Tuan Hj Mohd Taulan Rasul dan ahli rombongan Yayasan Amal Malaysia cawangan Kedah diketuai oleh Dr Hamdan M Khalib telah melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Sukan Banggul Besi.
Melawat mangsa banjir Pendang
Pada pagi tadi hanya 5 keluarga saja yang berada disitu, tetapi apabila malam tadi kami sampai, terdapat 146 mangsa yang dipindahkan kesitu dimana kesemua rumah mereka titenggelami air dan terputus hubungan.

Yayasan Amal Malaysia turut menghulurkan bantuan beras, sardin dan gula kepada pusat penempatan disini dan diterima oleh Penghulu Air Puteh En Mohd Isa Ariff.sambil mengucakan ribuan terima kasih atas sumbangan dan lawatan tersebut.
Melawat mangsa banjir Pendang 2 Okt
Ramai mangsa yang terkejut kerana pada kali kedua dalam bulan Ramadhan ini, iar naik dengan cepat dan arus juga laju berbanding dengan fasa pertama awal Ramadhan dahulu.

Kita berdoa supaya cuaca akan bertambah baik dan dan air surut cepat supaya mereka dapat kembali kerumah segera dan membuat persediaan menyambut Idul Fitri dengan selesa dirumah masing-masing, kerana pada tahun lepas banjir menimpa mereka pada hari raya dan terpaksa beraya didalam dewan ini.

Pemuda BA serah memorandum kutuk kekejaman junta Myanmar

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin menyerahkan memorandum kepada Kaunselor Menteri, Kedutaan Myanmar, Win Myint di pekarangan kedutaan disaksikan oleh anggota polis yang kelihatan cuba mengawal keadaan.
Pemuda BA serah memo kpd wakil junta Myanmar
Turut serta dalam penyerahan memorandum tersebut ialah Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua.

Antara lain memorandum tersebut menyatakan Pemuda BA mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan oleh junta Myanmar di atas serangan terhadap peserta demonstrasi pada minggu lepas yang menyebabkan kecederaan dan kematian.

Pemuda BA mendesak junta supaya mengembalikan Myanmar ke arah negara yang lebih demokratik melalui proses pilihan raya yang bersih dan adil, bagi membolehkan rakyat negara itu menentukan kerajaan mereka.

Teks penuh memorandum adalah seperti berikut:

Youth Movement of Alternative Front
(Pemuda Barisan Alternatif)

MEMORANDUM OF PROTEST TO THE JUNTA REGIME
October 2, 2007

Youth Movement of Alternative Front [Pemuda BA] which comprises of Youth Movement of People’s Justice Party [AMK (Angkatan Muda Keadilan Malaysia)] and Youth Wing of Islamic Party of Malaysia [Dewan Pemuda PAS (DPP)] strongly condemns the brutal acts of Myanmar’s junta regime for deploying force against demonstrators last week which have resulted injuries and deaths.

As if the open fire during the demonstration was not enough, the junta government hunted and killed thousands of them including hundreds of monks whose bodies were unceremoniously dumped in the jungle.

We demand that the junta to expeditiously return the democratic process to the country by conducting a free and fair election to enable the people to choose a government of their choice.
Teruskan membaca

Pendang alami banjir kali kedua

Oleh Dr Mohd Hayati bin Othman, Ahli Parlimen Pendang
2 Oktober,
sejak petang semalam, Kedah dilanda angin ribut beserta hujan lebat yang membawa taburan hujan yang mencurah-curah sehingga beberapa kawasan rendah sekali lagi dilanda banjir. Antara kawasan yang awal mengalami banjir kali kedua ini adalah kawasan Pendang.
MP Pendang ziarah mangsa banjir
Kawasan sekitar sungai Pendang telah melepasi paras bahaya dan ada diantara penghuni telah dipindahkan ke dewan sukan Banggul Besi.

Semasa saya membuat pemantauan pagi tadi terdapat 5 keluarga yang telah pun ditempatkan di pusat pemindahan tersebut, yang terdiri daripada 20 mengsa banjir ,mereka dari Kpg Batu Hampir, Sukamari, dan Banggul Besi serta satu keluarga di dewan org ramai Batu 16.

Hujan sekarang masih lagi turun dengan lebatnya dan ada diantara kawasan yang masih dinaiki air dan dijangka kemungkinan ramai lagi mangsa yang akan dipindahkan jika sekiranya huja tidak berhenti .

Bantuan amat diperlukan untuk kali kedua ini kerana mereka yang tidak berpindah juga masih ramai yang terperangkap kerana putus hubungan dan mereka inilah yang biasanya diziarahi untuk diberi bantuan.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada PAS Kedah, 020011010006747 BIMB atau Dr Mohd Hayati Othman BIMB 02011010015089 sms 0133363604.