WPI akan ulangi sejarah hitam zaman Tunku – Salahuddin

PONTIAN: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, berkata, tidak mustahil sejarah hitam negara yang berlaku di zaman Tunku Abdul Rahman, yang bertindak menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew, akan berulang sekiranya kerajaan yang ada hari ini gagal mem¬bendung penguasaan Singapura dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Salahuddin “Kerajaan Abdullah mungkin akan mengambil langkah yang sarna dengan menyerahkan WPI kepada Singapura apabila kuasa politik negara tersebut begitu kuat di wilayah ini, lalu jalan mudah yang mungkin akan diambil Kerajaan Malaysia ialah melepaskan wilayah ini kepada Singapura,” katanya.

“Jika ini berlaku maka satu lagi sejarah hitam akan mewarnai negara kita apabiJa satu lagi wilayah Malaysia terlepas ke tangan kuasa asing,” katanya semasa berceramah di Parit Ismail, dekat sini.

Katanya, keghairahan pemimpin negara ini mengejar pembangunan tanpa memikirkan terlebih dahulu kesan negatif yang bakal berlaku akan memungkinkan satu lagi Wilayah negara ini terlepas kepada negara negara asing.

“Jika ini ber1aku maka jelaslah ianya adalah natijah dari kelemahan pemimpin-pemimpin negara ini mengurus tadbir negara,” tegasnya.

Justeru, beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS menyeru rakyat negara ini supaya memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya “sebelum mimpi ngeri ini berulang lagi maka rakyat perlu bertindak segera sebelum terlambat”.

Dr Hayati dan Isteri sumbang kuih raya kepada mangsa banjir

PENDANG, 7 Okt.: Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman bersama isteri dan ADUN Tokai sedang memberi sumbangan kuih raya dan duit raya kepada penghuni pusat penempatan banjir di Komplek Sukan Banggol Besi, satu majlis sumbangan hari raya untuk mangsa banjir di Pendang telah diadakan jam 10.00 pagi.
Dr hayati dan Isteri sumbnag kuih raya
Sumbangan kepada 270 penghuni yang terdiri daripada 87 keluarga yang dipindahkan kesitu sejak seminggu yang lalu adalah hasil dari sumbangan sahabat dan juga para penderma yang sering menghulurkan bantuan.

Bagi pihak PAS kawasan Pendang, Dr Hayati mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan tersebut semuga Allah memberi ganjaran yang besar dibulan Ramadhan ini dan dimurahkan rezeki.

Didalam ucapannya, Dr Mohd Hayati menasihatkan penghuni penempatan banjir tersebut bersabar diatas ujian Allah dan sentiasa mengingati adalah dan ini merupakan satu ujian daripada Allah sempena ramadhan ini kerana ujian kepada nabi dan para sahabat jauh lebih besar didalam bulan Ramadhan ini, iaitu perang Badar.

“Sekiranya kita dapat menghadapi ujian ini dengan kesabaran, maka insyaalah ganjaran yang besar sedang menunggu dan berharap agar dapat kita sama-sama berdoa agar cuacu akan kembali baik dan semuga dapat merayakan hari raya dirumah masing-masing,” kata Dr Hayati.