Salahuddin utus surat kepada Hishamuddin bincang isu perpaduan Melayu dan Nasional


Semalam, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS, telah mengutus sepucuk surat kepada rakan sejawatannya Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien, bagi menawarkan untuk duduk bersama berbincang isu perpaduan Melayu dan perpaduan nasional.

Lihat teks penuh surat Salahuddin di bawah. Apakah respon Pemuda Umno?

PAS/DPPP/1.03.04-07(010)
8 Oktober 2007/ 26 Ramadhan 1428

Kepada :

YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,
Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,
Tingkat 28, Menara Dato’ Onn,
Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur.

YB. Dato’ Seri;

PERTEMUAN UNTUK MEMBINCANGKAN MENGENAI PERPADUAN MELAYU DAN NASIONAL

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya melihat perkembangan terkini tuntutan-tuntutan di dalam Perhimpunan Parti Kompenan BN mukthir ini amat memerlukan supaya kita dapat berbincang dan bertemu.

Saya berharap agar kita dapat bertemu dan membincangkan berkaitan perpaduan Melayu bahkan lebih luas lagi berkaitan perpaduan nasional.

Pihak saya menanti persetujuan dan menunggu supaya kita boleh bertemu kelak.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah;

YB SALAHUDDIN AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

s.k ; Setiausaha Agung PAS

Dipenghujung Ramadhan dan diambang Syawal ini sesuai sangatlah langkah Salahuddin mengambil peluang bagi meneliti perkara ini. Bagaimana pula dengan Hishamuddin yang sanggup menghunus keris keramatnya menentang sesiapa saja yang mempertikai Hak Keistimewaan bangsa Melayu.

Blog Roslan SMS menulis dalam tajuk “Mari kita bincang isu perpaduan Melayu”, Ketua Pemuda Gerakan Mah Siew Keong ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Gerakan baru-baru ini mencadangkan agar kesemua 14 parti komponan Barisan Nasional bergabung bawah satu parti demi membina dan memperkukuhkan perpaduan nasional. Ketika itu barulah konsep Malaysian Malaysia iaitu satu bangsa satu negara dapat direalisasikan.
Teruskan membaca