Salahuddin utus surat kepada Hishamuddin bincang isu perpaduan Melayu dan Nasional


Semalam, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS, telah mengutus sepucuk surat kepada rakan sejawatannya Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien, bagi menawarkan untuk duduk bersama berbincang isu perpaduan Melayu dan perpaduan nasional.

Lihat teks penuh surat Salahuddin di bawah. Apakah respon Pemuda Umno?

PAS/DPPP/1.03.04-07(010)
8 Oktober 2007/ 26 Ramadhan 1428

Kepada :

YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,
Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,
Tingkat 28, Menara Dato’ Onn,
Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur.

YB. Dato’ Seri;

PERTEMUAN UNTUK MEMBINCANGKAN MENGENAI PERPADUAN MELAYU DAN NASIONAL

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya melihat perkembangan terkini tuntutan-tuntutan di dalam Perhimpunan Parti Kompenan BN mukthir ini amat memerlukan supaya kita dapat berbincang dan bertemu.

Saya berharap agar kita dapat bertemu dan membincangkan berkaitan perpaduan Melayu bahkan lebih luas lagi berkaitan perpaduan nasional.

Pihak saya menanti persetujuan dan menunggu supaya kita boleh bertemu kelak.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah;

YB SALAHUDDIN AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

s.k ; Setiausaha Agung PAS

Dipenghujung Ramadhan dan diambang Syawal ini sesuai sangatlah langkah Salahuddin mengambil peluang bagi meneliti perkara ini. Bagaimana pula dengan Hishamuddin yang sanggup menghunus keris keramatnya menentang sesiapa saja yang mempertikai Hak Keistimewaan bangsa Melayu.

Blog Roslan SMS menulis dalam tajuk “Mari kita bincang isu perpaduan Melayu”, Ketua Pemuda Gerakan Mah Siew Keong ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Gerakan baru-baru ini mencadangkan agar kesemua 14 parti komponan Barisan Nasional bergabung bawah satu parti demi membina dan memperkukuhkan perpaduan nasional. Ketika itu barulah konsep Malaysian Malaysia iaitu satu bangsa satu negara dapat direalisasikan.

Ketua Pemuda GERAKAN Mah Siew Keong semasa menyampaikan ucapannya dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda GERAKAN semalam telah mencadangkan agar semua parti komponan dalam Barisan Nasional bergabung menjadi satu parti tunggal demi menjamin perpaduan nasional.

Beliau menyebut bahawa cadangan inilah yang pernah dibawa oleh pegasas Umno, Dato Onn Jaafar satu ketika dahulu, sebelum negara Merdeka iaitu untuk Umno membuka keahliannya kepada semua kaum di Malaya ketika itu, iaitu pada tahun 1951. Walaubagaimanapun ketika itu rakyat belum lagi bersedia. Kebetulan semasa Mah menyampaikan ucapannya itu cucu Dato Onn iaitu Hishamuddin, hadir selaku ketua Pemuda Umno Malaysia.

Itu cadangan Pemuda Gerakan. Walaupun hampir kesemua pimpinan parti komponan BN memberikan reaksi yang negatif, sekurang-kurangnya Mah muncul sebagai pemimpin Pemuda yang berani menyuarakan pandangannya.

Sementara itu beberapa pihak lain pula mengesyorkan jika dikalangan parti komponan BN sudah berani berbincang dan mencadangklan perkara sedrastik ini demi apa yang dikatakan perpaduan nasional, mengapa atas nama perpaduan Melayu dan mungkin juga turut menjurus ke perpaduan nasional, Pemuda Umno dan PAS patut turut duduk berbincang perkara yang sama?

Perpaduan nasional hanya akan dapat dibina jika bangsa Melayu yang merupakan tonggak dalam negara ini mampu berpadu dan bersatu terlebih dahulu.

Salahuddin akan tetap menunggu surat jawapan Hishamuddin demi perpaduan orang Melayu dan perpaduan nasional.

2 Respons

  1. kalau ketua pemuda UMNO betul-betul sayangkan Melayu, sudah WAJIB dia menyambut baik cadangan sdr Salahuddin ini dengan mengenepikan sebarang prejudis dan keangkuhan. Jangan nanti sudah tersepit baru mencari saudara seagama. Hanya rakan se aqidah yang boleh dipercayai dan dapat membantu kita. Kita kena ingat dari 14 komponen itu, berapa yang akan sokong Islam?

  2. […] Semalam, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS, telah mengutus sepucuk surat kepada rakan sejawatannya Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien, bagi menawarkan untuk duduk bersama berbincang isu perpaduan Melayu dan perpaduan nasional. (Selanjutnya) […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: