Salahudin ajak Pemuda Umno bincang isu kepentingan generasi muda negara

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub menjemput pergerakan Pemuda Umno untuk mengadakan perbincangan bersama berhubung beberapa isu yang menyentuh kepentingan generasi muda negara ini.

YB Salahuddin Ayub Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS berkata sejak kebelakangan ini banyak isu nasional telah dibangkitkan ke pengetahuan rakyat dan sewajarnya kedua-dua sayap parti politik utama mewakili orang Melayu di negara ini berjumpa dan bersama-sama mengatasinya.

“Kita mahu masyarakat melihat pemuda Pas dan Umno bukan hanya bertarung atas pentas politik semata-mata tetapi adalah satu kumpulan yang berkongsi pentas bagi mewakili satu golongan.

“Ia adalah golongan muda yang diwakili oleh kami berdua,” katanya kepada media di sini hari ini.

hishamuddin-keris Salahudin mengulas demikian mengenai surat yang dikirimnya semalam kepada Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mencadangkan satu pertemuan diadakan bagi membincangkan perkara terbabit bagi merealisasikannya.

Salahuddin berkata percubaan kali keduanya itu diharapkan membuahkan hasil selepas jemputan bagi membincangkan isu gejala sosial kira-kira dua tahun lepas tidak mendapat maklum balas daripada Pemuda Umno.

Salahuddin ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1428

Selamat HR drp Salahuddin

Selamat HR drp Salahuddin

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1428 dari MP PAS

kad raya

Ahli-Ahli Parliman PAS (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
……. bersama salam dan kemesraan serta sokongan anda semua selama ini amat kami hargai.

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada:
mppas 2004-2008
YB Salahuddin Ayub (Kubang Kerian – Ketua Whip)
YB Dato Kamarudin Jaffar (Tumpat)
YB Dato Abdul Halim bin Abdul Rahman (Pengkalan Chepa)
Haji Abdul Fatah Haron (Rantau Panjang)
Ustaz Ismail bin Noh (Pasir Mas)
Senator Wan Ubaidah bt Omar
Senator Mumtaz bt Md Nawi
Wan Mohd Johari bin Wan Omar – Sekretariat Ahli Parlimen PAS

“Minal Aidil Wal Fai zin”