Pekerja asing: Husam desak kerajaan bentang kertas putih di Parlimen

KOTA BHARU 17 Okt.: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendesak kerajaan supaya satu Kertas Putih berhubung masalah pekerja asing dibentangkan di Parlimen bagi memastikan rakyat terutama wanita tidak tersekat daripada mendapat peluang pekerjaan.

Beliau juga turut menuntut kerajaan supaya menjalankan siasatan penuh mengenai masalah tersebut supaya rakyat tidak terpinggir di negara sendiri.

Beliau berkata, kemasukan pekerja asing yang terlalu ramai telah memberi kesan yang buruk kepada sistem sosial masyarakat.

“Saya difahamkan banyak isu yang berbangkit daripada masalah ini. Kebanjiran pekerja asing juga menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sosial.

“Justeru saya meminta kerajaan supaya mengeluarkan satu kertas putih bagi menyelesaikan masalah kemasukan pekerja asing,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Satu Respons

  1. Ya … aku sokong YB Datuk Husam ..

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: