Soalan Jawab Lisan
Rang Undang-Undang
Rang Undang-undang Perbekalan 2008 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “ Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang ”. (22 Oktober 2007) DAN
Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan:
“ Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada empat puluh lapan billion satu ratus lapan belas juta dua ratus enam puluh sembilan ribu ringgit (RM48,118,269,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2008, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2008, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun 2007, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut. ”
Usul
Tuan Haji Abdul Fatah Bin Haji Harun [ Rantau Panjang ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya suatu Suruhanjaya Diraja hendaklah ditubuhkan bagi menyiasat semua laporan-laporan
dakwaan salah laku rasuah dan penyelewengan yang dihadapkan kepada Bekas Ketua Badan Pencegah Rasuah, Datuk Zulkifli Mat Noor dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Fakta-fakta kes yang dibawa oleh bekas Pengarah BPR Sabah, Ramli Manan terhadap Bekas Ketua Pengarah BPR itu sepatutnya tidak terlepas begitu sahaja oleh Peguam Negara. Begitu juga laporan yang dibuat oleh pegawai Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengenai dakwaan kes rasuah membabitkan Ketua Polis Negara seperti yang dinyatakan dengan jelas di Dewan yang mulia oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Kubang Pasu pada mesyuarat lalu membayangkan suatu yang tidak kena telah berlaku dalam institusi Kerajaan kini.
Alasan penutupan kes-kes berprofil tinggi seperti ini oleh Peguam Negara menggambarkan betapa Integriti Jabatan Peguam Negara semakin terhakis dan kian lemah dari masa ke semasa. Rakyat sepatutnya diyakinkan dengan pertanggungjawaban Kerajaan untuk memerangi salah laku rasuah, penyelewengan dan jenayah berprofil tinggi yang kian parah.” (Perdana Menteri)
Filed under: Soalan dewan, Ucapan, Usul | Leave a comment »