Salahuddin kemuka usul mengenai protes pro demokrasi di Myanmar hari ini




Hari ini, hari pertama sidang Dewan Rakyat, Salahuddin Ayub akan mengemukakan usul tergempar di Parlimen bagi membolehkan dewan yang mulia ini merunding dan membincang berkaitan protes pro-demokrasi terhadap junta tentera Myanmar bagi menghentikan penyalahgunaan hak asasi manusia di negara berkenaan

Teks penuh usul adalah seperti berikut:-
YB. Tan Sri Ramli Ngah Talib
Yang DiPertua,
Dewan Rakyat Parlimen Malaysia,
50680 Kuala Lumpur. 9 Oktober 2007

YB. Tan Sri,

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT PERKARA 18 (1)

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini diberikan notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

YB. Tuan Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) mohon mencadangkan:

“Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merunding dan membincang berkaitan protes pro-demokrasi terhadap junta tentera Myanmar bagi menghentikan penyalahgunaan hak asasi manusia di negara berkenaan”

Tan Sri Yang diPertua,

Lebih 100,000 orang penunjuk perasaan antikerajaan diketuai oleh 20,000 orang barisan sami Buddha mengetuai perarakan dalam protes umum terbesar di Myanmar sejak pemberontakan prodemokrasi dihancurkan oleh tentera pada 1988 yang diadakan pada 26 September baru-baru ini.

Manakala kira-kira 2,000 orang berkumpul di kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur pada 28 September dan 2 Oktober. Dan sekumpulan kira-kira 50 orang warga Myanmar, termasuk beberapa orang buangan, mengadakan demonstrasi yang hingar-bingar di Dag Hammarskjold Plaza, tidak jauh dari Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut laporan, berbelas orang terbunuh, termasuk seorang jurufoto Jepun, apabia tentera melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di jalan raya. Seorang warga Singapura pula dilaporkan ditembak dengan peluru getah. Media juga melapurkan bahawa 10 ditahan manakala kira-kira 10 orang lagi cedera atau diganggu ketika junta tentera Myanmar cuba menyekat liputan mengenai demonstrasi pro-demokrasi.

Turut ditangkap termasuk Min Zaw, koresponden akhbar harian Jepun, Tokyo Shimbun, dan tiga wartawan muda Myanmar yang tidak dibenarkan berkomunikasi dengan orang lain. Dilaporkan juga lebih 1,500 orang termasuk wartawan ditahan.

Saya mohon mencadang,

SALAHUDDIN HAJI AYUB

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: