Pada 21 Oktober 2007, wakil rakyat daripada PAS iaitu YB Tuan Hj Mohd Taulan Rasul, ADUN Tokai dan YB Dr Hj Mohd Hayati Othman, Ahli Parlimen Pendang mengadakan Hari terbuka PAS Kawasan Pendang.
Menurut Dr Hayati, Hari Terbuka PAS Pendang kali ini diadakan di empat zon yang dipilih khas untuk dimeriahkan oleh masyarakat setempat bersama dengan kepimpinan kawasan Pendang serta penyokong dan para simpatis PAS.
Turut hadir AJK PAS Kawasan dan AJK UPU yang bertanggung jawab mengendalikan majlis tersebut.
Di UPU Jenun, lebih dari seribu orang tetamu dari kaum Tionghua turut menghadiri majlis tersebut yang turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah dengan menyediakan hadiah berupa barangan keperluan makanan harian dan sumbangan duit raya oleh kedua-dua orang wakil rakyat tersebut kepada kanak-kanak yang berada didalam majlis tersebut.
Majlis juga turut dihadiri oleh masyarakat Cina di Pekan Jenun tersebut.
Jamuan hari raya turut disediakan oleh cawangan-cawangan dari kawasan sekitar Pekan Jenun dan makanan habis hanya dalam masa satu jam walaupun pun jumlah yang disediakan agak banyak kerana kedatangan tetamu yang tak dijangka seramai itu.
Diharap pada tahun depan, majlis semeriah ini dapat diteruskan untuk meraikan masyarakat setempat dengan dihadiri oleh wakil kawasan dan wakil rakyat. Majlis biasanya diadakan dirumah wakil rakyat, tetapi rakyat biasanya tidak dapat hadir kerana mungkin jauh, tetapi kalau wakil rakyat yang turun kekawasan, maka ini akan lebih mengeratkan lagi masyarakat dengan wakil rakyat.
Hari ini, satu lagi majlis yang sama akan diadakan di Pekan Tanah Merah , Pendang .
Filed under: ADR Pendang, Dalam kawasan | Leave a comment »