Kerajaan tidak bercadang gubal akta khas untuk tangani Bloggers

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi tidak bercadang untuk menggubal akta khas bagi menangani masalah penulisan blog yang negatif, kata Timbalan Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga bercadang untuk bekerjasama dengan penulis blog bagi membangunkan satu kod etika yang boleh diguna pakai oleh penulis blog di Malaysia.

“Peruntukan undang-undang sedia ada dan kod etika yang akan dibangunkan adalah mencukupi untuk menangani isu blog yang tidak bertanggungjawab,” katanya menjawab soalan Datuk Idris Haron (BNTangga Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Shaziman menjawab soalan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS – Tumpat) yang dijadualkan pada 15 November nanti.

Dalam soalan asalnya Dato’ Kamarudin minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan pendirian terhadap komitmen kerajaan terhadap kebebasan internet di negara ini dengan beberapa kes bloggers ditahan dan diugut untuk diambil tindakan oleh kerajaan.

Shaziman berkata Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia itu juga memainkan peranan penting dalam membantu memupuk sikap kawal selia kendiri di kalangan rakyat dan beberapa program kesedaran awam telah diadakan.

Beliau berkata individu yang menyalahgunakan internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

“Selain itu, ia juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan,” katanya.

Menjawab soalan Markiman Kobiran (BNHulu Langat), Shaziman berkata pada tahun ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan terhadap 11 laman web yang tidak mematuhi peraturan dan memenuhi syarat.

“Kesemua 11 laman web itu diarah tutup dan sehingga kini sebanyak dua kes dibawa ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Satu Respons

  1. […] Shaziman menjawab soalan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS – Tumpat) yang dijadualkan pada 15 November nanti. (Selanjutnya) […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: