Pembatalan Jambatan Bengkok, Kerajaan bayar Pampasan RM237 juta

KUALA LUMPUR, 24 Okt : Kerajaan telah meluluskan pembayaran pampasan sebanyak RM237 juta apabila menamatkan cadangan pembinaan jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor tidak lama dahulu, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr Hilmi Yahaya.

Dr Mohd Hayati “Jumlah ini termasuk tuntutan bayaran kerja yang telah dilaksanakan di tapak, yang berjumlah RM55 juta menjadikan jumlah sebenar pampasan adalah sebanyak RM237 juta,” katanya menjawab soalan Dr Mohamed Hayati Othman (BN-Pendang).

Dalam soalan asal, Dr Mohamed Hayati minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah yang dibayar oleh Kerajaan di atas pembatalan projek yang dirancang Kerajaan setelah diadakan MOU sepanjang lima tahun lepas, kepada syarikat mana dan jumlah pampasan serta alternatif kepada pembatalan tersebut, contohnya seperti jambatan bengkok dan projek insinerator Broga.

Dr Hilmi berkata sebagai alternatif kepada pembatalan kontrak jambatan bengkok itu, kerajaan kini sedang berbincang dengan kerajaan negeri bagi membina laluan tetap yang menghubungkan Tambak Johor dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin.

Beliau berkata kerajaan menamatkan dua buah projek iaitu pembinaan jambatan tersebut dan pembinaan Loji Rawatan Terminal Sisa Pepejal di Broga, Selangor sepanjang lima tahun lepas.

Namun bagi projek insinerator di Broga, jumlah bayaran pampasan masih belum diputuskan dan kerajaan sedang dalam proses membuat semakan dan perbincangan dengan pihak kontraktor berkenaan, katanya.

“Pada masa ini sisa pepejal dari kawasan Kuala Lumpur dilupuskan ke tapak pelupusan di Bukit Tagar,” katanya.

Soalan dan Usul MP PAS dan PKR – 25 Oktober 2007

Soalan Jawab Lisan

  • Soalan ke 7 – Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-
    (a) bagaimanakah sambutan Tahun Melawat Malaysia 2007 pada setengah tahun ini; dan
    (b) jumlah pelancong yang mengunjungi Malaysia dan butiran pelancong dari negara mana yang datang ke Malaysia.
  • Soalan ke 15 – Dato’ Haji Abdul Halim Bin Abdul Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pelan tindakan dan program perindustrian bagi membangun Koridor Timur khasnya di Terengganu dan Kelantan yang diserahkan kepada Petronas.
  • Rang Undang-Undang

  • # Rang Undang-undang Perbekalan 2008 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “ Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang ”. (22 Oktober 2007) DAN

    Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan:
    “ Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada empat puluh lapan billion satu ratus lapan belas juta dua ratus enam puluh sembilan ribu ringgit (RM48,118,269,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2008, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2008, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun 2007, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut. ”

  • Dr Hayati sempat mencelah mengenai Kambing Boer-Jamnapari

    Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah berhubung dengan penternakan. Tadi disebut oleh Setiausaha Parlimen tentang penternakan. Saya dapati ramai di antara belia kita yang menternak kambing sekarang ini kerana mereka nampak kambing ini merupakan satu sumber daging untuk negara kita.

    Tetapi yang menjadi masalah ialah kambing yang induknya dibeli ataupun diberi melalui apa-apa insentif tentang kambing Boer dan Jamnapari. Apabila saya bertanya pengalaman mereka, Boer dan Jamnapari ini dia digalakkan supaya mengawan dengan kambing kita yang kecil-kecil ini.

    Jadi dia tidak berapa hendak mengawan sebab mungkin tidak sekufulah, orang kata.[Disampuk]
    Jadi saya hendak bertanya, apakah pengembang-pengembang pertanian kita ini turun ke padang untuk mengajar petani tentang teknologi permanian berhadas untuk benih-benih kambing ataupun induk ini menghasilkan benih melalui kambing-kambing kita secara yang saintifik, bukannya secara semula jadi dengan mengawan kerana kambing Jamnapari ini dia kurang mengawan.

    Dia tidak berapa hendak mengawan dengan kambing kita. Terima kasih.

    Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani: Terima kasih Yang Berhormat. Memang sekarang ini selain daripada saya katakan institut daripada Jabatan Haiwan sendiri, kita juga ada pelbagai ladang swasta yang kita libatkan untuk memberikan latihan, khasnya kepada usahawan-usahawan yang berminat di dalam hal-hal seperti Yang Berhormat katakan tadi, kambing Boer.

    Memang kambing Boer ini, Yang Berhormat, memang yang ganasnya kambing Boer. Yang tidak
    berapa ganasnya kambing local.

    Jadi tidak apa. Yang Berhormat, kita sekarang ini memang menjurus kepada untuk memberi latihan supaya penternak-penternak sendiri mengadakan artificial insemination supaya mereka sendiri yang mengawan.

    Kita mesti mengawankan. Bermakna jika yang semula jadi tidak menjadi, kita pula yang harus mengawankan mereka sebab ini akibat daripada peredaran masa dan teknologi yang terkini.

    Satu cara juga, Yang Berhormat, sebab sekali Yang Berhormat bertanya hal ini, kita sekarang ini juga membawa frozen semen, air mani yang dibekukan dan kita mengadakan satu kerjasama yang baik dengan South Africa sebab di situlah asal usulnya kambing Boer yang kita
    hendak bawa dan untuk makluman Yang Berhormat, di South Africa, semua petani dan penternak sudah pantai membuat artificial insemination tetapi sekarang ini kita akan membawa
    teknik ini supaya setiap petani atau penternak sendiri yang membuatkan artificial insemination.
    Terima kasih.

    Soalan asal Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas
    Tani menyatakan:
    (a) jumlah siswa yang menceburkan diri dalam bidang pertanian dan ternakan di Kolej Pertanian Kedah dan;
    (b) apakah langkah-langkah kementerian untuk mempertingkatkan jumlah penyertaan siswa dalam bidang pertanian dan ternakan di Kolej Pertanian Kedah.

    (23 Oktober 2007)

    Kursus di IKBN ‘tidak up to date’ – Salahuddin

    Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Soalan tambahan saya berapa tahun sekalikah Kementerian Belia dan Sukan ini mengkaji semula tentang kurikulum di IKBN ini? Kerana terdapat dakwaan bahawa terdapat beberapa kursus yang dikatakan ‘tidak up to date’ dengan pasaran kerja yang lebih kompetitif.

    Jadi kalau boleh kementerian memberitahu Dewan mulia ini adakah kementerian telah mengkaji tentang tahap ataupun mutu kurikulum ini supaya pelatih-pelatih ini tamatkan kursus khususnya dalam bidang teknikal mereka dapat memenuhi prasarana kerja. Terima kasih.

    Dato’ Liow Tiong Lai, Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Terima kasih Kubang Kerian, berhubung dengan kurikulum. Kajian kurikulum dibuat sepanjang masa kita perlu memenuhi syarat-syarat MLVK. Syarat-syarat ini telah ditetapkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan dan untuk menduduki MLVK, SK1 hingga SK5 dia mempunyai kurikulumnya tersendiri dan kita juga sentiasa mengkaji semula untuk bukan sahaja memadatkan lagi kurikulumnya bahkan juga memendekkan sama ada belia meminta bahawa kursus-kursus seperti automotif tidak perlu dua tahun.

    Kebelakangan ini kita telah pendekkannya satu setengah tahun untuk membolehkan mereka menduduki peperiksaan SKM2 agar mereka dapat terus masuk ke pasaran dan kerjasama dengan pihak swasta juga adalah baik untuk melihat keperluan pihak swasta dalam dari segi keperluan pasaran.

    Oleh itu saya ingin maklumkan pada ahli-ahli yang berhormat bahawa kurikulum di IKBN akan sentiasa dikaji dan tambahan pula kita akan masukan silibus dan kursus-kursus yang baru seperti hospitality, service industry, termasuk industri pertanian, penyelenggaraan, hiasan dalaman, reka bentuk multimedia.

    Ini semua kursus-kursus baru yang akan diperkenalkan dalam IKBN. Terima kasih.

    Soalan asal Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan setakat mana teras untuk pembangunan belia melalui pertambahan akses kepada pendidikan dan latihan telah memberi peluang kepada belia untuk mendapat pekerjaan di kategori profesional dan teknikal.
    (23 Oktober 2007)

    SPR tidak bebas sebab pengumumannya tidak diterima kerajaan

    Dato’ Haji Abdul Halim bin Abdul Rahman [Pengkalan Chepa] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya hanya MyKad sahaja akan digunakan dalam pilihan raya ke-12 nanti.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]:
    Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pendirian kerajaan ialah bahawa semua warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan sama ada lapan angka
    ataupun 12 angka, serta namanya terdapat di dalam daftar pemilih SPR, adalah layak untuk
    mengundi di dalam sesuatu pilihan raya di negara ini.

    Oleh itu mereka akan tetap dibenarkan untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang akan datang, bila saya tidak tahulah. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Pengkalan Chepa.

    Dato’ Haji Abdul Halim bin Abdul Rahman [Pengkalan Chepa]: Soalan tambahan. JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) telah mengenakan denda kepada mana-mana rakyat yang tidak menukar kepada MyKad, dan pengumuman Pengerusi SPR menunjukkan bahawa SPR adalah sebuah badan bebas.

    Adakah kerajaan menganggap bahawa SPR ini tidak sebagai sebuah badan bebas? Kalau tidak badan bebas, apakah pengumuman-pengumuman ini mesti dirujuk kepada kerajaan terlebih dahulu sebelum dibuat pengumuman. Apakah dasarnya dan perkara-perkara prosedur pun kena dirujuk kepada kerajaan?

    Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, dalam apa-apa hal
    sekalipun apabila satu tindakan ataupun pengumuman yang dibuat oleh mana-mana badan, kalau ianya mendapat satu reaksi daripada rakyat yang merasakan bahawa tidak bersetuju dan tidak adil dengan pengumuman yang telah dibuat, maka jatuhlah kepada pihak atau tanggungjawab kerajaan untuk memperbetulkan keadaan itu.

    Bukan maknanya iaitu bahawa SPR tidak ada kebebasan.

    Kita semua tahu iaitu bahawa kita mempunyai Akta Suruhanjaya Pilihanraya, kalau nak dikirakan iaitu bahawa SPR itu pun tidak bebas daripada legislative kerana segala tindakannya itu hanya boleh dilakukan oleh akta yang diluluskan oleh kita.

    Jadi, janganlah terlalu seronok sangat nak bincang tentang kebebasan sebenarnya, kerana kalau diikut pun SPR tidak boleh bertindak sesuka hati, kerana dia hanya boleh bertindak mengikut apa yang telah ditentukan oleh kita dalam legislative di bawah Akta Suruhanjaya Pilihanraya.
    (Soalan ke 23 Oktober 2007)

    Pemimpin Umno guna sekolah main politik – Fatah Haron

    Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, saya ada satu persoalan yang baru saya kemukakan di sini, iaitu adakah pihak kerajaan sedar di antara sebab-sebab pelajar sekarang ini kurang sedikit akhlak atau moral, hasil daripada terlalu banyak campur tangan orang politik di sekolah.

    Beberapa Ahli Barisan Nasional: [Membantah]
    Datuk Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Soalan yang lebih baiklah.

    Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Khususnya daripada kalangan pemimpin-pemimpin UMNO.
    Datuk Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Nak main politik sahajalah, PAS kalahlah.

    Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Menggunakan sekolah untuk kursus, perjumpaan hari raya dan sebagainya. Ini menyebabkan guru-guru rasa cemuh [Disampuk] kepada pemimpin-pemimpin politik yang menggunakan sekolah sebagai platform untuk mencari pengaruh di kalangan ibu bapa. Adakah kerajaan sedar?

    Datuk Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Sedar, orang PAS main politik.
    Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, ini tuduhan yang tidak betul, sebab orang PAS ini mungkin jarang masuk sekolah. Sebenarnya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional ini yang banyak membantu sekolah, sebab kalau Mesyuarat Agung PIBG, masalah sekolah, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional inilah tempat sekolah mengadu untuk mendapat bantuan. Jadi, kalau dia jemput pemimpin PAS apa yang pemimpin PAS boleh bantu sekolah?

    Kalau pemimpin PAS masuk sekolah lagi boleh memecahbelahkan sekolah. Dia nanti asyik cakap politik, cuba mencari pengaruh di sekolah, sebab itu pihak sekolah menjemput pemimpin
    Kerajaan Barisan Nasional yang boleh membantu mereka.

    Jadi tidak ada sebab kerana pemimpin UMNO masuk sekolah maka timbul masalah disiplin. Malah saya dapat laporan kebanyakan ahli Barisan Nasional inilah yang banyak membantu pihak sekolah dan meningkatkan kualiti pendidikan dengan mengadakan berbagai-bagai program, bukan sahaja program untuk meninggikan pendidikan, tetapi juga program-program untuk membentuk modal insan, kerana Barisan Nasional bertanggungjawab untuk memastikan modal insan yang dilahirkan betul-betul seperti yang diharapkan oleh Perdana Menteri, tidak seperti PAS yang hanya tahu pada politik, cakap menggunakan air liur dengan lidah, kemudian mempengaruhi guru-guru supaya tidak bersetuju dengan kerajaan.

    Jadi PAS tidak dapat masuk sekolah, dia rasa iri hati dan tuduhan melulu dibuat dalam Dewan ini. Terima kasih.

    Soalan asal Dato’ Ir. Shaari bin Hassan [Tanah Merah] minta Menteri Pelajaran menyatakan senarai pelajar-pelajar yang dibuang sekolah mengikut negeri dan sebab-sebab setiap kes sejak tahun 2003.

    Usul 18 Salahuddin minta bentang Kertas Putih mengenai pekerja warga asing

    Teruskan membaca

    Dr Hayati – 24 Oktober

    Kebebasan SPR tidak bertindak sesuka hati

    KUALA LUMPUR: Warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan (IC) sama ada nombornya mempunyai lapan atau 12 angka dan nama mereka terdapat dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah layak mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

    “Mereka akan tetap dibenarkan untuk mengundi dalam pilihan raya umum ke-12 akan datang,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika menjawab soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa).

    Abdul Halim bertanyakan sama ada kerajaan bersetuju dengan cadangan SPR sebelum ini supaya hanya pemilik MyKad yang dibenar mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

    SPR antara lain memberi alasan kemungkinan identiti pemegang kad pengenalan lama boleh diragui kerana nama mereka tidak lagi terdapat dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara.

    Mengenai soal kebebasan SPR yang dibangkitkan Abdul Halim, Mohamed Nazri berkata secara dasarnya SPR tidak boleh bertindak sesuka hati kerana ia juga terikat dengan perundangan di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya.

    Menjawab soalan Datuk Mahadzir Mohd Khir (BN-Sungai Petani), beliau berkata cadangan penggunaan dakwat dalam proses mengundi pada pilihan raya umum kali ini adalah berdasarkan kepada kehendak orang ramai yang mahu memastikan pilihan raya berjalan secara adil dan bebas.

    “Kalau rakyat merasakan bahawa mereka puas hati kalau diletakkan dakwat di tangan mereka, kita buatlah. Soal primitif atau pun tidak, itu tidak penting buat kita,” katanya.

    Soalan dan Usul MP PAS – 24 Oktober 2007

    Soalan Jawab Lisan – 10.00 pagi hingga 11.30 pagi

  • Soalan ke 13 – Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah yang dibayar oleh Kerajaan di atas pembatalan projek yang dirancang Kerajaan setelah diadakan MOU sepanjang lima tahun lepas, kepada syarikat mana dan jumlah pampasan serta alternatif kepada pembatalan tersebut, contohnya seperti jambatan bengkok dan projek insinerator Broga.
  • Usul-Usul (11.30 pagi)

  • Usul 18 (1) oleh Salahuddin Ayub mengenai kebanjiran pekerja asing.
  • Rang Undang-Undang

  • Rang Undang-undang Perbekalan 2008 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “ Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang ”. (22 Oktober 2007) DAN

    Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan:
    “ Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada empat puluh lapan billion satu ratus lapan belas juta dua ratus enam puluh sembilan ribu ringgit (RM48,118,269,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2008, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2008, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun 2007, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut. ”