Kebebasan SPR tidak bertindak sesuka hati

KUALA LUMPUR: Warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan (IC) sama ada nombornya mempunyai lapan atau 12 angka dan nama mereka terdapat dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah layak mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

“Mereka akan tetap dibenarkan untuk mengundi dalam pilihan raya umum ke-12 akan datang,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika menjawab soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa).

Abdul Halim bertanyakan sama ada kerajaan bersetuju dengan cadangan SPR sebelum ini supaya hanya pemilik MyKad yang dibenar mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

SPR antara lain memberi alasan kemungkinan identiti pemegang kad pengenalan lama boleh diragui kerana nama mereka tidak lagi terdapat dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara.

Mengenai soal kebebasan SPR yang dibangkitkan Abdul Halim, Mohamed Nazri berkata secara dasarnya SPR tidak boleh bertindak sesuka hati kerana ia juga terikat dengan perundangan di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya.

Menjawab soalan Datuk Mahadzir Mohd Khir (BN-Sungai Petani), beliau berkata cadangan penggunaan dakwat dalam proses mengundi pada pilihan raya umum kali ini adalah berdasarkan kepada kehendak orang ramai yang mahu memastikan pilihan raya berjalan secara adil dan bebas.

“Kalau rakyat merasakan bahawa mereka puas hati kalau diletakkan dakwat di tangan mereka, kita buatlah. Soal primitif atau pun tidak, itu tidak penting buat kita,” katanya.

Satu Respons

  1. […] “Mereka akan tetap dibenarkan untuk mengundi dalam pilihan raya umum ke-12 akan datang,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika menjawab soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa). (Selanjutnya) […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: