Kilp Video perlantikan Hakim: Wan Azizah kemuka usul gesa kerajaan tubuh Suruhanjaya Diraja

teks penuh adalah seperti berikut;
Tan Sri Yang Dipertua
Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) dengan ini saya ingin mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan

Saya Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh) mohon mencadangkan:

“BAHAWA SATU SURUHANJAYA DIRAJA DITUBUHKAN UNTUK MENYIASAT PENYALAHGUNAAN KUASA DALAM PERLANTIKAN HAKIM-HAKIM NEGARA”

Tan Sri Yang diPertua,

Sejak 20 September 2007, media tempatan dan antarabangsa telah melaporkan dengan meluas, pendedahan bukti berbentuk video oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung isu penyalahgunaan kuasa dan campur tangan dalam perlantikan hakim-hakim Malaysia.
Teruskan membaca

MP Pengkalan chepa vs MP Jerai

Salahuddin tuntut kerajaan bentang Kertas Putih Dasar Pekerja Asing

Kenyataan media Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Haji Ayub pada 25 Oktober 2007.

Salahuddin Hari ini dan semalam semua Ahli Dewan Rakyat yang merupakan barisan depan ‘stakeholders’ Negara ini membangkit dan membahaskan dengan hangat dan kesemuanya tidak berpuashati merakamkan kebimbangan dan ketakutan terhadap kebajiran pekerja asing di Tanah Air.

Pembentukan Dasar Pekerja Asing tidak harus hanya membabitkan Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sahaja kerana mereka hanya mewakili perspektif dan kepentingan pihak yang tertentu

Teks Penuh
Semalam saya telah mengemukakan usul di bawah peraturan mesyuarat 18 bagi membincangkan Kertas Putih Dasar Pekerja Asing kerana ia akan merupakan satu rangka dasar yang sangat penting untuk kepentingan masa depan Negara.

Bagaimanapun telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.

Hari ini dan semalam semua Ahli Dewan Rakyat yang merupakan barisan depan ‘stakeholders’ Negara ini membangkit dan membahaskan dengan hangat dan kesemuanya tidak berpuashati merakamkan kebimbangan dan ketakutan terhadap kebajiran pekerja asing di Tanah Air.

Pembentukan Dasar Pekerja Asing tidak harus hanya membabitkan Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sahaja kerana mereka hanya mewakili perspektif dan kepentingan pihak yang tertentu.

Kerajaan harus bersedia keluar dari kotak “Comfort Zone” untuk menghadapi realiti masalah dan cabaran tentang Masalah Pekerja Asing
Teruskan membaca