Kilp Video perlantikan Hakim: Wan Azizah kemuka usul gesa kerajaan tubuh Suruhanjaya Diraja

teks penuh adalah seperti berikut;
Tan Sri Yang Dipertua
Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) dengan ini saya ingin mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan

Saya Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh) mohon mencadangkan:

“BAHAWA SATU SURUHANJAYA DIRAJA DITUBUHKAN UNTUK MENYIASAT PENYALAHGUNAAN KUASA DALAM PERLANTIKAN HAKIM-HAKIM NEGARA”

Tan Sri Yang diPertua,

Sejak 20 September 2007, media tempatan dan antarabangsa telah melaporkan dengan meluas, pendedahan bukti berbentuk video oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung isu penyalahgunaan kuasa dan campur tangan dalam perlantikan hakim-hakim Malaysia.

Ini telah mencetuskan krisis kehakiman yang baru, sehingga menyebabkan kegelisahan di kalangan rakyat terhadap sistem kehakiman negara.

Pendedahan isu perlantikan ini wajib dibahaskan kerana bukan sahaja ianya amat jelas melibatkan kepentingan ramai di mana keseluruhan rakyat Malaysia bernaung di bawah sistem kehakiman negara tetapi ianya juga melibatkan nama baik Malaysia di mata dunia dan juga kewibawaan kerajaan yang di amanahkan untuk berperanan menjaga dan mempertahankan hak dan kepentingan rakyat.

Perdana Menteri sendiri, sebagai ketua kerajaan, telah menggesa supaya segala kepincangan dan penyelewengan dilaporkan kepadanya, maka amatlah mustahak usul ini diberi ruang untuk dibahaskan oleh ahli-ahli dewan yang diberi mandat oleh rakyat.

Sebagaimana yang kita sedia maklum sebagai ahli dewan yang mulia ini, sistem demokrasi didukung oleh tiga komposisi yang utama iaitu sistem perundangan, eksekutif dan kehakiman. Malah sejak krisis kehakiman pada 1988, kepercayaan rakyat pada kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman di negara ini semakin merosot.

Tan Sri Yang DiPertua,

Saya ingin mengemukakan perkara tertentu, iaitu penubuhan badan Suruhanjaya DiRaja Khas untuk menyiasat krisis kehakiman September 2007 supaya kebenaran akan muncul bagi menjawap soalan-soalan asas termasuk, bagaimana sistem perlantikan hakim-hakim negara boleh disalahgunakan oleh pihak luar daripada proses dan tanggungjawab tersebut.

Tan Sri Yang DiPertua,

Usul yang melibatkan kebebasan kehakiman perlu disegerakan kerana persepsi masyarakat terhadap kewibawaan institusi kehakiman akan semakin merosot selagi keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman tidak dipulihkan dan diselesaikan.

(ADDITION) Berkaitan dengan isu-isu yang disebut, perkembangan terbaru yang amat merisaukan seperti kegagalan pihak panel bebas dan pihak Badan Pencegah Rasuah, yang sekarang, kelihatan seperti lebih cenderung memburu dan mencari pihak yang membuat rakaman, di samping mengugut pihak yang mendedahkan pita video tersebut, termasuk Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah dan Sim Tze Tzin, dengan dakwaan dan penjara.

Selagi kita melengahkan keputusan dan proses menubuhakan sebuah Suruhanjaya DiRaja, rakyat akan terus memegang pandangan negatif terhadap sistem kehakiman negara. Ini akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap keseluruhan sistem demokrasi di negara ini.

Demi mempertahankan dan memulihkan kewibawaan badan kehakiman negara kita maka dengan ini saya mohon mencadang.

Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Ahli Parlimen Permatang Pauh

Satu Respons

  1. […] Dr Wan Azizah mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pita video pendedahan bukti berbentuk video oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung isu penyalahgunaan kuasa dan campur tangan dalam perlantikan hakim-hakim Malaysia. (Selanjutnya) […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: