Video klip Linggam: Zaid sokong cadangan pembangkang supaya Suruhanjaya DiRaja ditubuh

KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan mempersoalkan rasional penubuhan panel bebas khas untuk menyiasat kesahihan rakaman klip video yang kononnya membabitkan perbualan seorang peguam dengan seorang yang dikatakan hakim kanan mengenai pelantikan hakimhakim, memandangkan ia tidak mempunyai kuasa memanggil mana-mana pihak memberi keterangan.

Datuk Mohd Zaid Ibrahim (BN-Kota Baru) berkata kerana ketiadaan kuasa, anggota panel khas itu hanya terpaksa bergantung kepada ihsan individu tertentu untuk memberi maklumat atau keterangan.

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2008 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata dalam keadaan sedemikian, adalah lebih wajar jika ditubuhkan Suruhanjaya Diraja yang sekurang-kurangnya mempunyai kuasa untuk memanggil pihak-pihak tertentu untuk memberi keterangan.

“Dengan menubuhkan panel ini, kerajaan seperti tiada keyakinan terhadap polis dan Badan Pencegah Rasuah, sebab kalau percaya, tidak perlu lantik panel,” katanya.

Mohd Zaid turut melahirkan rasa khuatir publisiti terhadap kes berkenaan yang diketengahkan oleh bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga pemimpin parti pembangkang, boleh mendorong rasa simpati rakyat terhadap parti itu.

Satu Respons

  1. […] hanya terpaksa bergantung kepada ihsan individu tertentu untuk memberi maklumat atau keterangan. (Selanjutnya) Samy cadang tol naik 1 Januari 2008PUTRAJAYA: Kementerian Kerja Raya akan mengemukakan kertas […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: