Dato Kamarudin: Terengganu negeri kedua isi rumah termiskin, jawab Kerajaan kepada Wakil BN Kuala Nerus

Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bercakap tentang perbahasan Rang Undang-undang Belanjawan 2008 ini dengan bercakap ringkas sahaja.

Saya mendapati bahawa ucapan-ucapan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada dua-dua pihak adalah amat baik sekali, mengandungi cadangan-cadangan, fakta-fakta, rintihan-rintihan
yang amat baik sekali yang saya harap pihak kerajaan akan mengambil masa dan memberikan sedikit tumpuan supaya masalah-masalah rakyat yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini dapat dijelaskan dengan sebaik-baiknya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mulakan hanya dengan membaca jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada satu soalan lisan yang bertarikh 3 September 2007, hari Isnin yang tidak dapat dijawab oleh sebab-sebab teknikal masa dan oleh kerana keputusan dan
cadangan Tuan Yang di-Pertua, antaranya supaya mencetak soalan-soalan yang tidak dijawab
dengan jawapan-jawapannya sekali, maka saya terbaca dan ianya diletakkan soalan yang
terakhir bernombor 28 pada 3 September itu.

Soalannya datang daripada Yang Berhormat kita daripada Kuala Nerus kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan soalannya minta menyatakan bilangan terakhir rakyat termiskin mengikut kaum dan negeri dan soalan seterusnya setakat manakah kejayaan strategi
kerajaan membasmi kemiskinan di kalangan rakyat termiskin dan apakah strategi kerajaan untuk mencapai matlamat miskin sifar.

Jawapan daripada pihak Jabatan Perdana Menteri berbunyi berikut, “Berdasarkan pendapatan garis kemiskinan yang baru dan perangkaan daripada penyiasatan pendapatan isi rumah terkini tahun 2004, bilangan isi rumah termiskin adalah berjumlah 67,300 isi rumah.

Pecahannya mengikut negeri adalah seperti turutan berikut. Mengikut negeri yang paling banyak keluarga isi rumah yang termiskin, nombor 1 yang termiskin ialah negeri Sabah dengan 32,400 isi keluarga; nombor 2, Terengganu dengan 8,300 isi rumah yang miskin…”

Nombor 2, Terengganu, patutlah Yang Berhormat bagi Kuala Nerus ingin tahu dan saya mengucap syabas kepadanya kerana minat untuk mengetahui, khususnya kedudukan negeri Terengganu.

“Nombor 3, negeri Perak, 5,700 isi rumah yang miskin; nombor 4, negeri Sarawak, 5,200 isi rumah yang miskin; nombor 5, negeri Kedah, 5,000 isi rumah yang miskin; nombor 6 barulah dicapai oleh negeri Kelantan, kalau Kedah 5,000, Kelantan 3,600 isi rumah miskin…”

Kemudian, “Nombor 7, Pahang; nombor 8, Johor; nombor 9, Perlis; nombor 10, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur; nombor 11, Selangor, nombor 12, Negeri Sembilan; nombor 13, Melaka; dan nombor 14, Pulau Pinang.”

Jadi ini, Tuan Yang di-Pertua, adalah hakikat yang amat penting untuk seluruh kita faham dan mengetahui dan untuk pihak kerajaan terutamanya mengambil tindakan yang besar dan yang penting untuk mengelakkan supaya berlaku kemiskinan isi rumah, kemiskinan tegar dan sebagainya.

Ini statistik tahun 2004. Belum kita ambil kira kenaikan tol, kenaikan minyak, inflasi yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Tanjong tadi dan banyak lagi kenaikan-kenaikan harga, keputusan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tentang hendak dipinda balik, dengan izin, consumer price index supaya benar-benar memberikan gambaran
kemiskinan yang setepatnya dalam negara kita ini, Tuan Yang di-Pertua, yang saya fikir perlu kita fikir dan bincang dan tidak lagi mengambil kira negeri tertentu sahaja ke yang dituduh miskin atau sebagainya.

Jelas di sini tidak ada kaitan dengan parti politik, tidak ada kaitan dengan Kerajaan Barisan Nasional ataupun pembangkang. Kemiskinan ini adalah satu perkara yang benar-benar berlaku.

Hari ini kita dimaklumkan bahawa ECER dilancarkan di Kuala Terengganu dan petang ini di Kota Bharu.

Saya diberitahu bahawa ulasan ataupun siaran langsung ucapan Menteri Besar ataupun yang bukan daripada pihak kerajaan, tidak disiarkan langsung. Hanya daripada pihak Kerajaan Persekutuan sahaja. Ini saya fikir adalah pendekatan yang tidak tepat kerana kemiskinan adalah perkara yang perlu kita tanggapi tanpa mengira parti politik….

[Disampuk] Ya, petang ini di Kota Bharu.
Ini isi rumah mengikut etnik. Agihan isi rumah termiskin mengikut kumpulan etnik utama pula menunjukkan kumpulan etnik bumiputera adalah tertinggi iaitu 65,100 isi rumah atau 96.7%. Ini diikuti etnik India – 1,200 isi rumah, atau 1.8%, manakala etnik Cina seramai 700 isi rumah.

Ini sekali lagi menandakan dasar-dasar kerajaan yang kononnya hendak membangunkan
bumiputera Sabah Sarawak, Semenanjung dan sebagainya jelas tidak berjaya kerana 97%
daripada isi rumah miskin adalah di kalangan bumiputera.

Yang mengejutkan isi rumah etnik India adalah nombor dua tingginya padahal peratusan dalam negara kita, masyarakat kaum India adalah yang ketiga dan sebagainya. Ini saya fikir, saya cadangkan supaya kita fikirkan dan kita ambil sebagai perkara yang serius dan tidak boleh lagi di partisan politic kan dengan izin, hanya untuk kepentingan pihak-pihak yang tertentu.

Ini mesti dianggap sebagai satu masalah nasional yang mesti ditanggapi oleh kerajaan dengan amat serius sekali dengan kerjasama semua pihak.

Perkara kedua, Tuan Yang di-Pertua, yang saya ingin laporkan dan minta kerajaan memberi pendirian yang jelas ialah laporan yang kita semua terima iaitu laporan Suhakam tentang suatu penyiasatan yang diadakan berkaitan dengan peristiwa di KLCC pada 28 Mei 2006. Ini dilaporkan dan dibentangkan sebagai kertas kita di Dewan yang mulia ini.

Sebagaimana kita maklum, 28 Mei 2006 adalah beberapa ratus orang penunjuk perasaan yang
memprotes tentang, khususnya kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya. Yang menjadi ianya bahan untuk penyiasatan oleh pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia iaitu SUHAKAM, ini ialah kerana dalam perhimpunan tersebut, polis telah masuk dan memukul penunjuk-penunjuk
perasaan, menahan dan antara penunjuk-penunjuk perasaan, ada yang tercedera.

Yang saya ingin petik secara ringkasnya, pertama yang amat mengejutkan saya ialah pada 26 Mei 2006 tersebut, kita membaca akhbar esoknya bahawa antara selain daripada polis, FRU, polis pakaian biasa dan sebagainya, lori-lori dan trak-trak, semburan air, penggunaan kayu belantan dan sebagainya, hari itu kita dilaporkan helikopter juga ada terlibat sama.

Dalam bacaan akhbar, saya sangka helikopter ini digunakan oleh pihak polis untuk memberikan kepada polis satu advantage dari segi mereka dapat melihat penunjuk perasaan ini berhimpun dari sumber mana, penjuru mana, kemudian berkeliaran lari ke penjuru mana supaya dapat
melaporkan kepada tentera dan polis di bawah itu, di mana hendak menahan dan sebagainya.

Tetapi yang amat memeranjatkan saya, penemuan oleh suruhanjaya Suhakam ini ialah rupanya helikopter itu digunakan untuk tujuan mengacau dengan terbang rendah untuk mewujudkan suasana bising yang terlalu tinggi sehingga ucapan tidak dapat didengar oleh berapa orang yang ada di situ.

Keduanya penemuan daripada Suruhanjaya ini bahawa tahap taraf ketinggian helikopter itu adalah membahayakan polis yang menjadi juruterbang yang ada di dalamnya, membahayakan sudah tentunya orang-orang yang berhimpun di bawah itu.

Maka dengan sebab itu ialah findings dengan izin, daripada panel ini, on the used of the helicopter, Tuan Yang di-Pertua menyatakan dengan izin bahawa, the panel in the enquiring refers to the Civil Aviation Regulations 1996 which among others regulate the manner of the low flying , regulations 5(i)(b)provided that the helicopter shall not fly below such height as would and able it to alike without danger, dan sebagainya. Maknanya polis pun tidak mengikuti ciri-ciri memandu dengan selamat kapal terbang atau helikopter ini. Inilah sebabnya kalau kapal terbang Nuri terhempas, yang dituduhnya ialah juruterbang tidak pandai memandu dan kesalahan juruterbang.

Di sini jelas juruterbang diarah dan diakui oleh Ketua Polis, bahawa diarahkan untuk terbang rendah untuk menakutkan dan untuk mewujudkan bising. Ini saya fikir perkara yang perlu dijelaskan dan perlu dielakkan daripada berlaku seterusnya.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua saya ingin juga menyebutkan di sini bahawa panel ini telah menyatakan dengan jelas bahawa apa yang dilakukan pihak polis, oleh kerajaan, oleh kementerian setakat ini adalah bercanggah dengan ciri-ciri yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Cameron Highlands tadi tentang perlunya hak asasi manusia dijaga dengan baik.

Cadangan daripada suruhanjaya ini ialah pertamanya dengan izin, decriminalizing peaceful assembly without license. Janganlah jadikan perhimpunan aman sebagai perhimpunan yang mewajibkan permit atau lesen. Decriminalizing maknanya jangan jadikannya suatu jenayah, secara ringkas.

Kedua, that the rights of any person engage in lawful advocacy, protests or decent are not limited by the OCPD or any other authority dan seterusnya bahawa tak bolehlah hak asasi yang dituntut oleh Yang Berhormat bagi Cameron Highland hanya diputuskan oleh OCPD atau pegawai yang ada di kampung atau pun di kawasan yang tertentu.

Ketiga, that there shall be a reasonable definition of national security. Maknanya istilah keselamatan negara ini janganlah digunakan terlalu sangat hinggakan berhimpun empat lima orang tidak bawa senjata pun dianggap mengancam keselamatan negara dan sebagainya.

Seterusnya panel ini mengesyorkan antara lain human life should be respected and preserved. Sebagaimana Yang Berhormat bagi Cameron Highland sebut, every one is allowed to participate in peaceful assembly, dibenarkan perhimpunan secara aman.

Ini saya nak sebut secara ringkas sebagai point yang kedua. Point yang ketiga Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan cadangan SUHAKAM juga iaitu hak asasi manusia dari sudut ISA.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa minggu yang lalu seorang rakyat Malaysia bernama Abdul Malek Husin telah dibebaskan oleh Mahkamah di atas tahanan ISA dan telah dengan tepatnya diputuskan oleh mahkamah, membenarkan dan bersetuju dengan tuntutan ganti rugi beliau.

Mahkamah telah membenarkan pada sidangnya bertarikh 18 Oktober 2007, pampasan kepada Abdul Malek Hussin sejumlah RM2.5 juta kerana beliau bukan sahaja ditahan di bawah ISA, tetapi beliau juga mendakwa dan hakim menerima dakwaan beliau ini bahawa beliau telah diseksa, beliau telah dipukul bukan oleh polis biasa, tetapi hingga ke pada Ketua Polis Negara pada masa itu Tan Sri Rahim Noor antara orang yang memukul beliau pada hari malam pertama beliau ditahan pada 25 September 1998. Hakim bersetuju dengan apa yang didakwa oleh Abdul Malek bahawa beliau telah diancam, dipukul, dan diseksa.

Tuan Yang di-Pertua, antara point yang penting yang telah disebutkan oleh Datuk Hishamuddin dan ini diulas oleh Yang Berhormat dari Jerai dalam ucapan beliau, tentang hak asasi dan keselamatan. Datuk Hishamuddin mengatakan bahawa tidak memadai dalam pertuduhan polis untuk menahan orang di bawah ISA hanya dengan mengatakan bahawa orang tersebut disyaki telah melakukan sesuatu yang mengancam keselamatan negara.

Mengikut hakim ini ianya tidak boleh. It is my judgment that in the life of what I have said about this form cannot be taken as due compliance article 5 (3). Saya tak baca semuanya.

Keduanya Hakim Datuk Hishamuddin juga mengatakan bahawa dengan izin, the nature of the interrogations shows clearly it’s political nature and that was been done for collateral purposes i.e. intelligent gathering for political purposes and nothing to do with genuine for national security.

Saya berharap bahawa pihak kerajaan memahami apa yang dinyatakan oleh Hakim Datuk Hishamuddin Yunus ini dan saya menganggap bahawa kedudukan ISA sekarang, selain daripada penghakiman Datuk Hishamuddin, laporan daripada SUHAKAM, cadangan daripada Suruhanjaya penambahbaikan polis, kesemuanya mendesak supaya pertamanya perhimpunan secara aman mestilah dijadikan sesuatu yang sah, yang halal dan tidak dianggap sebagai bercanggah dengan udang-undang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Sistem Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]
Keduanya ialah bahawa undang-undang ISA sudah sampai masanya untuk kita hapuskan daripada Buku Undang-undang Negara kita. Inilah cadangan-cadangan dan perkara-perkara yang saya ingin sebutkan dan saya ingin memberi peluang kepada rakan-rakan yang lain untuk berucap selepas ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
—————–
Ucapan membahaskan Bajet 2008 pada 29 Oktober 2007

Satu Respons

  1. mereka kan pandai perintah negara… kununnya, apa nama. orang yang kaya-raya ialah PATRIK BADAWI. Malaysia melangkah ke arah kehancuran di bawah Be End!

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: