Ismail Noh bahas Menteri Jakim

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa yang telah diterangkan tadi dan saya kaitkan sikit dengan kursus-kursus Tabung Haji. Bagi saya sendiri sebenarnya saya berpuas hati dengan perjalanan kursus-kursus sepanjang dilakukan oleh pihak Tabung Haji kepada peserta-peserta.

Tinggal lagi saya lihat barangkali isi ataupun modul kursus itu sendiri perlu diperbanyakkan dan dipertingkatkan sedikit dengan mengambil masa yang begitu banyak daripada awal. Jangan lima, enam bulan naik haji baru kita mulakan kursus.

Kalau dapat Yang Berhormat, kursus ini dibuat seawal-awalnya dan mukadimah kursus itu ditekankan kepada pengenalan Islam. Saya tidak nampak itu. Ditekankan kepada pengenalan Islam, kasih sayang kepada Islam, dulu sebelum masuk kepada haji kerana kadang-kadang orang kita dia tahu haji tetapi Islam itu sendiri dia belum lagi.

Walaupun dia menganut Islam, barangkali kerana dia masa belajar, dia tertinggal. Dia pergi haji dalam keadaan dia tidak mengenali sepenuhnya tentang Islam. Mahul Islam.

Saya rasa kalau buku kursus itu diambil lima helai dulu misalnya, terangkan dulu tentang
Islam, tentang akidah kemudian baru masuk tentang haji. Kadang-kadang begini Yang Berhormat, bila dia sudah tawaf, sai dan sudah segala-galanya dengan tawaf widak dia balik.

Sampai saja di Jeddah Yang Berhormat dia buang kain, buang tudung. Ertinya dia kenal haji tapi dia tidak kenal Islam sama juga dia kenal sembahyang tetapi tidak kenal Islam. Dia sembahyang, dia sembahyang tetapi Islam dia tidak kenal, ini masalah juga.

Sesampainya di Jeddah dia buang semuanya, tudung dan sebagainya dan bagi laki-laki pun lebih kurang dan bagi perempuan saya tengok lebih lagi. Kerana itu saya rasa kursus ini mesti dimantapkan dengan Tasawur al-Islam ini yang pertama sekal,i kemudian masuklah bab haji.

Yang kedua Yang Berhormat, saya mengucapkan terima kasih di waktu saya pergi haji dua tahun lepas walaupun saya daripada parti pembangkang saya diminta juga untuk memberi ceramah di Mina.

Saya beritahu saya kata, tak apa ustaz cumanya ada beberapa peraturan dan saya patuh pada peraturan itu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, cukuplah.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Sikit saja, saya hendak confirm balik. Jadi seboleh-bolehnya Tabung Haji mengambil kesempatan daripada senarai-senarai yang ‘hudjaj’ itu, mereka dapat senarai-senarai ini ustaz-ustaz profesional, dari kalangan-kalangan universiti dan sebagainya ambil dia dan beri ceramah dengan panduan-panduan tertentu masa mereka berada di Mina kerana di waktu itulah sebenarnya untuk melahirkan rasa sedar dan rasa insaf dengan orang-orang yang tertentu dan sudah dapat kita kenal pasti daripada senarai-senarai
daripada yang ada di tangan kita.

Jadi saya rasa kalau Yang Berhormat berbuat sedemikian saya rasa itu lebih indah dan lebih wajar kepada jemaah haji kita yang mereka guna duit sebegitu banyak untuk mengikuti sehingga haji mereka sempurna. Terima kasih Yang Berhormat.

Prof. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin: Ahli Yang Berhormat bagi Pasir Mas yang telah mencadangkan dua perkara iaitu pengenalan Islam dimasukkan juga dalam modul kursus haji serta memberi peluang kepada penceramah-penceramah jemputan semasa mereka berada di Mina dan Tanah Suci.

Jadi respons saya kalau yang pertama saya rasa tidak boleh adakan daripada awallah. Maknanya sebab apa kursus Tabung Haji ini biasanya bagi yang mereka yang telah pun…

Kursus Tabung Haji yang kita sediakan untuk ibadah haji sahaja. Sekarang ini ada orang kritik juga. Katanya dua jam boleh selesai kursus Tabung Haji tapi kalau tambah banyak lagi saya
rasa dua minggu atau dua bulan tidak boleh selesai. Jadi point saya, saya hendak pergi kepada
yang kata dua jam kursus haji.

Saya menganggap bahawa kita perlu fokus dalam kursus itu kepada ibadah haji sahaja. Sebab tanggungjawab mendidik itu bukan masa mengerjakan haji itu saja. Masa lain juga adalah banyak institusi-institusi adalah bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat. Kalau di sekolah zaman sekolah menengah kemudian tempat kerja dan sebagainya. Banyak institusi yang perlu mainkan peranan.

Jadi masa yang terhad apabila dipilih baru kita adakan dan mulakan dengan kursus tadi. Mereka yang ada potensi untuk mengerjakan haji kita adakan kursus jadi mereka ikut. Jika daripada awal lagi belum tahu ada potensi ke, ada dapat hendak jadi bakal calon jemaah haji.

Jadi sebab itulah kita merasakan bahawa masa yang diperuntukkan itu sudah hampir dengan pemilihan maka kita beri peluang kepada pra kursus di peringkat mukim, kemudian di peringkat daerah dan kemudian kemuncaknya ialah di peringkat perdana iaitu negeri-negeri kita adakan Kursus Perdana Jemaah Haji. Jadi saya rasa kalau hendak tambah lagi kurikulum itu kita kena siasat dululah dari segi boleh ataupun tidak melaksanakannya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: