Perlantikan Imam…. tidak timbul perpecahan di Kelantan

Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Saya hendak bagi contoh di Kelantan. Apabila kita bercakap tentang perpaduan, tentang kebaikan, kita bermula daripada kita, daripada atas, barulah semua.

Di Kelantan sepanjang zaman, Majlis Agama Islam itu di bawah Duli Yang Maha Mulia. Dahulu negeri-negeri lainnya pun sama di bawah Sultan yang menjadi lambang perpaduan, tetapi akhir-akhir ini semua negeri kecuali Kelantan, pinda – Yang Dipertua itu di bawah Menteri Besar.

Saya bagi contoh, Terengganu, bila bertukar kerajaan, imam pun nampak bertukar. Bila bertukar pula, ini perpecahan berlaku. Jadi kalau kita balik kepada asal kita, di mana majlis agama Islam ini terletak di bawah yang mengendalikan masjid-masjid di bawah Sultan yakni lambang perpaduan.

Kerajaan Negeri Kelantan tidak langsung mempunyai kuasa kepada masjid. Langsung tidak ada kuasa – pelantikan imamnya, pelantikan jawatankuasa masjidnya. Pelantikan jawatankuasa masjid ini dikendalikan oleh DO-DO. Jadi sebab itulah tidak timbul perpecahan di Kelantan.
Sama ada PAS naik ke, UMNO naik ke, dia tidak boleh ganggu masjid.

Jadi kalau kita bermula daripada sini, di sebalik ini, kita tidak banyak cakap. Saya setuju dengan Larut, perkara ini harus dibendung tetapi kita bermula daripada kita. Kita tidak boleh hendak kawal orang ramai.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.
Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Kita kawal dengan undang-undang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Macam membuat ucapan lagi.
Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Tidak. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ya.

Prof. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin: Yang Berhormat dari Sungai Petani tadi telah membangkitkan adakah JAKIM ada mempunyai kuasa, dan kita menjawab ada mempunyai kuasa mempengaruhi. Saya tidak mahu mengatakan tidak ada kuasa. Kuasa mempengaruhi dan menasihati ada.

Sebab itu selalu dalam bahasa-bahasa yang saya gunakan, saya gunakan bahasa mempengaruhi, kuasa menasihati ada sebenarnya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: