Salahuddin: KM Sabah disiasat BPR….. Kerajaan Negeri Sabah kurnia gelaran tertinggi kepada KP BPR

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam ucapan dasar saya juga saya menimbulkan masalah isu kehakiman.

Dalam topik doctrine separation of powers ini secara umumnya kita melihat memang terdapat satu pengasingan kuasa di antara eksekutif dan kehakiman, dan pelantikan hakim-hakim ini.

Baru-baru ini negara digemparkan dengan beberapa insiden tentang pelantikan hakim
dan juga hakim di Mahkamah Persekutuan yang melibatkan Zaki Tun Azmi. Ini menimbulkan
semacam dispute di antara raja-raja dan di pihak eksekutif. Saya ingin mendapat penjelasan
daripada Yang Berhormat Menteri.

Saya mendapat makluman bahawa Mesyuarat Raja-Raja hari ini kebanyakan sultan tidak diiringi oleh menteri-menteri besar kecuali Menteri Besar Kelantan.

Adakah ini menandakan satu peperangan bermula di atas isu ini? Kalau ini berlaku saya merasakan penjelasan dengan izin, what went wrong dalam isu yang memang menjadi satu pertikaian rakyat Malaysia pada hari ini.

Keduanya tentang ACA tadi, tentang Ketua Pengarah BPR. Baru-baru ini Ketua Pengarah BPR dianugerahkan dengan satu darjah paling tinggi daripada Kerajaan Negeri Sabah yang membawa gelaran Dato’ Seri Panglima. Kita difahamkan bahawa Ketua Menteri Sabah, kes 80 police report dan juga ada sebahagiannya sedang disiasat oleh BPR.

Saya merasakan dalam bila kita bercakap tentang integriti BPR dan sekarang ini Ketua Pengarah BPR sepatutnya dia stand himself, dengan izin. Kalau kes dia masih dalam siasatan ataupun telah selesai disiasat tetapi di anugerahkan dengan bintang tertinggi daripada negeri Sabah sepatutnya dia membuat satu keputusan untuk menjaga integriti BPR itu sendiri.

Ini dia menerima penganugerahan itu yang sudah tentu pada kebiasaannya konvensyen hendaklah di recommend oleh Ketua Menteri Sabah. Jadi saya minta penjelasan bagi dua isu yang penting ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya hendak mengucapkan tahniahlah. Saya pun tidak sangka Yang Berhormat sudah jadi kerabat diraja. Tahu semua apa yang raja bincang. Saya tidak tahu.

Jadi, oleh kerana saya tidak tahu apa yang telah di bincang, saya tidak berani jawab di sini sebab saya tidak pergi dan saya tidak berhak untuk masuk dalam mesyuarat itu. Kalau Yang Berhormat hendak bertanya, tanya kepada orang yang tahu dan memang saya tidak tahu.

Hari ini pun saya tidak tahu bahawa ada menteri besar yang tidak hadir dan macam-macam lagi. Saya pun tidak tahu. Mungkin kerana ada perasmian ECER di Kuantan. Mungkin oleh kerana macam Kelantan buat di Kelantan, Kelantan seorang sahajalah yang ada.

Jadi, di negeri-negeri lain, macam kata di Terengganu ini Menteri Besar Pahang pun pergi, Menteri Besar Johor pun pergi. Ramai menteri besar yang pergi. Jadi ini satu perkara yang penting. Mungkin itu yang menyebabkan mereka tidak hadir bersama. Itu pun saya tidak tahu tetapi yang sah malam esok saya akan pergi bankuet. Jadi, kalau hendak katakan kalau ada perang dingin, itu tidak betullah, Yang Berhormat. Kemudian, berkenaan dengan…

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Penjelasan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sekejap, sekejap. Belum habis lagi. Berkenaan dengan penerimaan anugerah Sabah ini, saya difahamkan bahawa Ketua Pengarah BPR, Dato’ Ahmad Said Hamdan, dia pernah serve di negeri Sabah. Semenjak dia dilantik sebagai ketua pengarah, inilah the first opportunity.

Yang di-Pertua Negeri Sabah menyambut hari jadi dia dan oleh kerana itu dia mengenangkan jasa yang dia telah serve Sabah beberapa tahun dahulu itulah dia dapat anugerah itu. Saya rasa tidak ada… sebab tidak berani pun.

Dia ketua pengarah, kalau ada orang kata quid pro quo dia tidak berani sebab dia sentiasa di kaca mata orang ramai dan saya percaya ini adalah genuine hasil daripada perkhidmatan di Sabah dan this is the first opportunity untuk memberikan anugerah ini semenjak Dato’ Ahmad Said Hamdan menjadi Ketua Pengarah BPR.
(30 Oktober 2007)

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: