Salahuddin minta Tim. Menteri Keselamatan tarik balik ucapannya

Datuk Fu Ah Kiow: Yang Berhormat sentiasa mengulang-ulangi apa yang diperkatakan dan berapa kali telah dijawab di sini semasa polis ambil tindakan untuk menangani situasi yang tegang itu, maka polis tidak ada pilihan lain kecuali guna kuasa yang perlu…

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Timbalan Menteri,
Datuk Fu Ah Kiow: Nanti, biar habis dulu.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tugas polis kawal tunjuk perasaan, kawal perhimpunan ini satu tugas yang baik. Teruskan!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Sri Gading, Sri Gading, sila duduk.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Supaya keselamatan negara terjamin, apa berlaku di Pakistan? Apa berlaku? Berpuluh-beratus mati!
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: [Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Jangan dengar parti pembangkanglah.
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Yang Berhormat, walaupun tembak orang?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Sri Gading, duduk.
Yang Berhormat ada peluang berucap, tetapi bukan pada ketika masa ini. Cukup, cukup Yang Berhormat.

Datuk Fu Ah Kiow: Mana-mana pihak jangan celah begitulah. Kalau dicelah, saya hendak jawab secara rasional pun tak boleh.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Itu tak rasionallah? Ini tak rasional.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bukan tak rasional, salah tak rasional! Kita rasional, polis rasional!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya minta semua duduk dan Timbalan Menteri teruskan jawapan.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bangun]
Datuk Fu Ah Kiow: Jadi, pihak penganjur tidak menghormati undang-undang. Bila tidak dibagi…
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Itu tidak betul. Itu memesongkan Dewan, 36(12)!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tidak ada memesongkanlah. Betullah!

Datuk Fu Ah Kiow: Tadi sudah kata jangan celah.
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Peraturan Mesyuarat 36(12).
Datuk Fu Ah Kiow: Tidak apa, you boleh rujuk. Kalau hendak rujuk, rujuklah.
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Ini memesongkan Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat!
Datuk Fu Ah Kiow: Saya pun habis juga. Kalau you rasa nak rujuk, rujuklah.
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Pihak kementerian menuduh bahawa penganjur tidak menghormati arahan. Kami telah tidak mengadakan perhimpunan pada malam tersebut!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup Yang Berhormat!
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Macam mana Yang Berhormat menteri boleh mengatakan kami mengadakan perhimpunan? Itu memesongkan Dewan!

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Menyampuk] Patut dirujuk!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat
Timbalan Menteri teruskan jawapan. Kubang Kerian sila duduk.
Datuk Fu Ah Kiow: Sekali lagi, permit tidak dibagi.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Datuk, habislah! Ini kementerian tidak payahlah. Panggil kementerian lainlah. Tidak boleh selesai masalah!

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Permit tidak dibagi, kami tidak mengadakan perhimpunan!
Datuk Fu Ah Kiow: Rayuan telah ditolak.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kementerian lainlah jawab!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sri Gading, kalau tidak minat dengar saya minta boleh keluar tunggu rehat di luar.
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Bukan, ini tuduhan Tuan Yang di-Pertua. Ini tuduhan!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Cukup, cukup.

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: You mislead the House!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, cukup, cukup. Cukup! Yang Berhormat, Yang Berhormat!
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Saya hendak Peraturan Mesyuarat 26(1)(p). Minta Timbalan Menteri ini dirujuk kepada Jawatankuasa Khas. Memesongkan Dewan!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ini cara dia jawab. Kecuali Yang Berhormat ada niat. Kalau tidak ada, saya fikir tidak perlu. Cukup, cukup, cukup!
Datuk Fu Ah Kiow: Ok Yang Berhormat, saya terus. Saya terus…

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Dia berniat Datuk! Ini isu menggunakan peluru hidup! Menembak orang awam!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup! Selesaikan. Cukup!
Datuk Fu Ah Kiow: Yang Berhormat, isu ini sudah selesai. Banyak cukup untuk kita tanya semasa usul…
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Adakah Timbalan Menteri bersedia berdebat dengan saya di luar Dewan?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat!
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: 36(1)(b). Peraturan Mesyuarat 26(1)(p). Okey?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 26(1)(p). Saya minta bahawa Timbalan Menteri ini dirujuk kepada Jawatankuasa kerana dia memesongkan Dewan, menuduh kami meneruskan.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Saya sokong, saya sokong. Saya menyokong cadangan yang dibuat oleh Kubang Kerian.

Satu Respons

  1. highway kuala krai kota bahu…PAS jangan jadi rubbber stamp saja as harga Kem kew dari 700 juta dah jadi 17000 juta…tolong tengok le paklah dgn anuar musa dgn mustapha mohamad nak buat duit ni

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: