Salahuddin: Putrajaya, Cyberjaya kita bangunkan sendiri. Kenapa WPI kita tubuhkan JK peringkat Menteri

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Saya ingin mendapat penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

WPI ada berbeza sedikit dengan NCER dengan ECER. Sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, WPI ini ada ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Di Peringkat Menteri antara Malaysia dan Singapura dan bolehkah Yang Berhormat memperjelaskan di dalam Dewan yang mulia ini apa fungsi dan tugas Jawatankuasa Di Peringkat Menteri ini dan tidakkah ia merupakan satu sejarah baru selepas kita merdeka 50 tahun, satu wilayah yang dibangunkan oleh dua kuasa. Kita berkongsi kuasa dengan satu negara jiran kita Singapura dan tidakkah ini melibatkan keselamatan dan isu kedaulatan negara.

Tidak pernah berlaku sebelum ini kita membangunkan negara kita dengan projek-projek mega, kita membangunkan Putrajaya, kita membangunkan Cyberjaya, kita bangunkan sendiri, kita membangunkan NCER, ECER dengan kerajaan kita sendiri tetapi kenapa WPI kita menubuhkan jawatankuasa di peringkat Menteri kedua negara.

Tidakkah ini menjejaskan masalah sovereignty, masalah keselamatan dan juga masalah kedaulatan negara kita. Minta penjelasan.

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tidak ada apa-apa ikatan tentang penubuhan, ia cuma sebagai satu PR dari segi perniagaan. Itu sahaja, tidak ada ikatan apa-apa tentang penubuhan perkara ini, ia tidak ada perjanjian, tidak ada apa semua, ini adalah sebagai PR untuk tujuan pelaburan khususnya bagi negara jiran. Jadi tidak
timbul masalah kehilangan sovereignty kita dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, pelan induk pembangunan komprehensif ….
(30 Oktober 2007)

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: