Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang di Pertua, bolehkah Yang Berhormat terangkan berapa sebenarnya jumlah doktor lelaki dan perempuan dalam angkatan tentera?
Berapa jumlah doktor lelaki dan perempuan dan nurse yang di hantar di Lebanon dan berapa jumlah tentera-tentera kita yang tercedera dalam serangan-serangan sama ada dari Hasbullah ataupun Israel.
Saya dapat maklumat ini daripada pelawat yang pergi memang banyak tentera kita yang cedera kerana mungkin serangan Hasbullah.
Dato’ Zainal Abidin bin Zain: Tuan Yang di Pertua, Yang Berhormat biasanya doktor ini kita tidak dedahkan dia barisan hadapan. Kalau ada doktor yang tertembak dia adalah di bahagian belakang sekali. Ini masuk dalam golongan nasib yang paling malang.
Kerana kalau doktor ini di letak di bahagian depan pun dia tidak akan memeriksa kerana yang akan terkena kemalangan ini orang yang di bahagian depan. Kita tidak hantar, doktor kita dan kor perubatan kita di bahagian hadapan di dalam khidmat dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan negara-negara yang memohon perkhidmatan kita.
Saya mohon satu notis untuk mendapat berapakah bilangan terutama sekali bilangan laki-laki dan bilangan perempuan. Biasanya yang kita hantar yang paling banyak ialah doktor lakilaki doktor perempuan ini tidak banyak kita hantar. Insya-Allah saya akan menjawab secara lisan. Terima kasih.
(30 Oktober 2007)
Filed under: ADR Pkln Chepa |
Tinggalkan Jawapan