Fatah: Pembatalan Projek Insinerator Broga akibat kedegilan kerajaan

Soalan asal (Soalan ke7) – Soalan ke 7 – Tuan Haji Abdul Fatah Bin Haji Harun [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa pembatalan projek Insinerator di Broga akibat kegopohan Kerajaan yang tidak mengambil kira laporan EIA dan bantahan masyarakat sekeliling.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Azizah binti Mohd. Dun]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Broga ketika diluluskan pelaksanaannya telah menepati prosedur semasa, termasuk mempunyai Kajian Impak Alam
Sekitar ataupun EIA.
Teruskan membaca

Salahauddin cadangkan Malaysia tingkatkan tahap keselamatan Negara

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, walaupun jawapan yang diberikan menyatakan bahawa ASEAN tidak cenderung untuk mengadakan satu pakatan ketenteraan, namun begitu kita kena melihat a way forward tentang ancaman-ancaman yang sedang dihadapi oleh dunia pada hari ini.

Kita mengatakan bahawa Malaysia tidak berminat sebagai contohnya untuk melaksanakan pakatan ketenteraan, tetapi kita melihat Singapura mereka memperuntukkan bajet tahunan yang besar untuk membeli senjata-senjata canggih sebagai contohnya, yang persenjataan mereka itu jauh lebih canggih daripada negara kita.

Jadi, adakah kita boleh kekal dalam paradigma ini dengan kita mengatakan kita tidak perlu, tidak sesuai lagi dan tidak ada ancaman besar. Adakah kita mahu menunggu ancaman besar baru kita mahu mengajak negara-negara ASEAN melihat tentang ancaman-ancaman ini? Minta penjelasan.
Teruskan membaca

Lim Kit Siang vs Samy Vellu

Isu Cadangan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Samy Vellu untuk menaikkan tol mulai 1 Januari 2008.

Soalan dan Usul MP PAS 1 November 2007

Soalan Jawab Lisan

  • Soalan ke 7 – Tuan Haji Abdul Fatah Bin Haji Harun [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa pembatalan projek Insinerator di Broga akibat kegopohan Kerajaan yang tidak mengambil kira laporan EIA dan bantahan masyarakat sekeliling.
  • Rang Undang dan Usul

  • Rang Undang-undang Perbekalan 2008 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “ Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang ”. (31 Oktober 2007) DAN

    Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan:
    “ Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada empat puluh lapan bilion satu ratus lapan belas juta dua ratus enam puluh sembilan ribu ringgit (RM48,118,269,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2008, dan bagi tujuan-tujuan dan butiranbutiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan
    2008, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun 2007, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut. ”
    Menyambung semula perbahasan atas masalah (31 Oktober 2007)