Orang asing jadi eksekutif ‘top rangking’ dalam syarikat negara kita?

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita mendapat banyak FDI seperti mana yang disebutkan tadi tetapi yang menjadi masalahnya adalah kalau kita lihat kepada insentif di WPI misalnya diberikan peluang kepada pelabur-pelabur untuk membawa masuk pekerja-pekerja daripada serata tempat.

Saya mendapat gambaran dari Pulau Pinang misalnya, banyak syarikat-syarikat internasional yang telah menjadikan eksekutif ataupun mereka yang berada di top ranking dalam syarikat tersebut daripada orang-orang asing yang mengendalikan syarikat tersebut.

Apakah peranan kerajaan dalam mengawal ataupun mengontrol syarikat-syarikat ini supaya orang-orang tempatan ataupun eksekutif dan profesional kita sendiri yang berada di top ranking dalam syarikat-syarikat multinasional ini. Terima kasih.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew]: Tuan Yang di-Pertua, sebab-sebab utama bagi negara asing melabur di negara kita ini adalah kerana negara kita terdapat profesional yang mampu menjalankan tugas dan juga pekerja-pekerja teknikal. Jadi, ini tidaklah betul bahawa syarikat multinasional mengambil pekerja teknikal daripada negara mereka sahaja.

Untuk makluman Yang Berhormat kita ada satu syarat mengenai pengambilan pekerja-pekerja dari luar negara. Misalnya untuk technical staff kita ada satu kriteria mengikut saiz kilang itu iaitu untuk pekerjaan biasa, satu pekerja asing kepada satu pekerja tempatan. Sekian, terima kasih.

Soalan asal (no 3) Tuan Bernard S. Maraat @ Ben [Pensiangan] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan memandangkan kerajaan telah pun membuat reformasi struktur atau ”Structure Reforms” yang berkesan dan dinamik supaya Malaysia lebih kompetitif dan menyerlah untuk menarik pelaburan langsung asing atau FDI lebih banyak lagi sebagaimana
negara-negara Vietnam, Singapura, India dan China, berapa banyakkah FDI telah masuk ke negara ini dari tahun 2005 sehingga Julai 2007.