Forum Jenayah dan Rasuah: Ucapan Dato Husam Musa

Forum anjuran Ketua Whip PAS di Parlimen, Salahuddin Ayub, di Hotel KL Internasional, Kuala Lumpur pada 4 November 2007

Soalan dan Usul MP PAS – 5 November 2007

Soalan Jawab Lisan

  • Soalan ke 7 – Dato’ Haji Abdul Halim Bin Abdul Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi menaik taraf pentadbiran Hospital dan Klinik.
  • Soalan ke 24 – Tuan Haji Abdul Fatah Bin Haji Harun [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah pampasan yang terpaksa dibayar oleh Kerajaan ekoran pembatalan Insinerator di Broga.
  • Soalan ke 26 – Tuan Haji Ismail Bin Noh [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah Kerajaan bagi memastikan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) berjalan lancar khususnya di negerinegeri Pantai Timur, Semenanjung Sabah dan Sarawak.
  • Rang Undang-Undang dan Usul

  • Rang Undang-undang Perbekalan 2008 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “ Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang ”. (1 November 2007) DAN

    Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan:
    “ Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang
    sebanyak tidak lebih daripada empat puluh lapan bilion satu ratus lapan belas juta dua ratus enam puluh sembilan ribu ringgit
    (RM48,118,269,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2008, dan bagi tujuan-tujuan dan butiranbutiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2008, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun 2007, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut. ”
    Menyambung semula perbahasan atas masalah (1 November 2007)