Ismail Noh: Pemandu bas dibekalkan maklumat agama

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebagai seorang yang bersama-sama, kadang-kadang naik bas daripada Kota Bahru ke Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Saya melihat bahawa alangkah baiknya sekiranya pemandu-pemandu bas untuk perjalanan jauh ini bila mereka diambil dan dipastikan bahawa setidak-tidaknya mereka ini ditanya atau dibekalkan dengan sedikit sebanyak maklumat agama. Kalau mereka mempunyai maklumat agama dengan sendirinya mereka jauhi diri mereka daripada dadah. Mereka jauhi diri mereka dari perkara-perkara yang tidak baik.

Setidak-tidaknya bila mereka sampai ke satu destinasi mereka menunaikan solat sembahyang. Ini boleh mengingatkan mereka bahawa mereka sekarang ini sedang membawa 50 nyawa dalam bas bersama-sama, dan bukan sekadar 50, di belakang 50
itu ada ratusan anak-anak.

Perkara ini tidak dapat dicapai melainkan dengan unsur agama sahaja yang dapat kontrol mereka. Apakah kementerian berhasrat untuk setidak-tidaknya memberi suatu arahan kepada syarikat-syarikat penguasa bas ini supaya mereka mengambil dan mengenal pasti setidak-tidaknya dalam temu duga mereka supaya pemandu-pemandu ini terdiri dari kalangan yang sekurang-kurangnya ada maklumat 10% agama atau 20% agama.

Sekiranya mereka dikendalikan dengan kesedaran agama terlebih awal sebelum daripada yang lain, untuk mendapat wang yang banyak dan sebagainya, saya rasa dapat mengurangkan sedikit. Ini bukannya masalah untuk mendapat wang banyak, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Wang yang banyak belum tentu dapat menyelesaikan masalah. Masalahnya sekarang ini ialah
masalah sifat, sikap dan masalah kesedaran sendiri.

Oleh kerana itulah saya bercadang kalau Yang Berhormat mengambil satu inisiatif yang lebih jauh sedikit iaitu dengan memberi arahan kepada penguasa-penguasa bas supaya mereka kenal pastikan pemandu bas perjalanan jauh ini diambil dari kalangan yang setidak-tidaknya ada kesedaran agama sedikit.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Terima kasih Yang Berhormat di atas saranan itu. Pokoknya ialah setiap syarikat bas bertanggungjawab ke atas pemandunya. Kaedah dan cara bagi sesebuah syarikat bas ingin menyedarkan pemandunya mengenai
tanggungjawabnya kita serahkanlah kepada syarikat bas, tetapi kita boleh berikan panduan jika dari segi soal tanggungjawabnya, dari segi kaedah agama merupakan antara yang perlu, itu tidak menjadi masalah kerana kita serahkan kepada syarikat bas. Ini kerana syarikat bas yang akan bertanggungjawab kepada pemandunya.

Jika pemandunya didapati bersalah dan sebagainya, maka kita bukan sahaja mengejar pemandu tetapi syarikat bas itu mesti bertanggungjawab. Inilah antara pendekatan yang akan kita ambil supaya kita dapat tentukan perkhidmatan pengangkutan awam melalui bas misalnya akan berada pada tahap yang memuaskan dan menjamin keselesaan dan juga keselamatan.
(5 Nov. 2007 – Penggulungang oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: