Bantuan pelajar miskin: Semua negeri mengaku ramai pelajar miskin di negerinya

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Terima kasih, Kepala 120000 – Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Saya ucapkan terima kasih kerana penambahan RM100 juta pada tahun hadapan ini, satu penambahan yang banyak.

Cuma saya hendak tanya adalah penambahan ini adakah penambahan pelajar miskin yang baru didapati di Malaysia ini ataupun kerajaan hendak menambahkan jumlah yang diberi kepada pelajar-pelajar ini kerana sudah menjadi lumrah pemimpin sekarang ini apabila kerajaan hendak mengeluarkan bantuan, banyak negeri yang mengaku ramai rakyat miskin di kawasan dia ataupun pelajar miskin di dalam negeri dia.

Tetapi apabila main politik, Kelantanlah menjadi mangsa, punya Kelantanlah mempunyai pelajar miskin. Demikian juga kalau kita lihat umpamanya waktu pelancaran ECER baru-baru ini.
Teruskan membaca

Inflasi pada kadar 20% lapor akhbar Star, sepatutnya lebih tinggi lagi, kata Dato Kamarudin

Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ada hanya dua atau tiga perkara yang ingin disebutkan dalam hal ini. Pertamanya 020500 – Subsidi Gas Cecair(LPG), Diesel dan Petrol.

Saya sealiran dengan ramai Ahli Yang Berhormat yang telah bercakap tentang ini, khususnya Yang Berhormat Ketereh dan rakan-rakan yang lain tetapi saya tidak sependapat dengan Yang Berhormat Ledang yang mencadangkan supaya pemunya kereta-kereta bersisi besar dikenakan cukai jalan yang lebih untuk mengelakkan daripada dinaikkan harga minyak kepada pengguna kereta.

Tuan Pengerusi, kita kena faham bahawa inflasi kita mengikut The Star pada kadar 20%. Itu The Star kepunyaan MCA dan kerajaan dari sudut itu, dan The Star akhbar dalam negara kita yang mana kadar ranking kedudukan akhbar telah menurun menjunam begitu banyak berani kata 20%. Kalau betul-betul bebas mungkin The Star akan kata lebih daripada 20% inflasi negara kita.
Teruskan membaca

Dato’ Halim minta Kerajaan hapuskan ‘faedah’ pinjaman perumahan dan kereta kakitangan

Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bercakap ringkas dan padat di bawah Butiran 010400 – Pengurusan Pinjaman Perumahan.

Di dalam bajet ini ada dianggarkan RM23 juta untuk projek itu. Negara ini diisytiharkan negara Islam dan pendekatannya yang mana Yang Berhormat-Yang Berhormat Menteri-menteri, pendekatan Islam Hadhari, saya hendak tanya, kalaulah negara ini Islam, dia tidak boleh ambil, tidak boleh lagi dia mengenakan faedah kepada pinjaman.
Teruskan membaca

Dr Hayati minta hapuskan servis tax di R&R

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Yang pertama tentang kastam. Berhubung dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Jasin, saya pun ingin mengemukakan hasrat ketidakpuasan hati peniaga-peniaga terutamanya di tempat R&R Lebuh Raya Utara Selatan.

Terutamanya di restoran Arowana di Bukit Merah. Baru-baru ini saya makan di situ nasi goreng
hanya cili, kacang peas, carrot dengan ayam seketul kecil, pedas sampai tidak boleh makan, RM6 satu pinggan, teh ais RM1.50. Kenapa mahal sangat? Dia kata, “service and sales tax”…
Teruskan membaca

Speaker tegur Ahli Parlimen BN (termasuk menteri) tidak hadir sidang

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib hari ini sekali lagi menegur kehadiran tidak memuaskan anggota Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat.

Seperti kira-kira dua minggu lepas, kehadiran yang tidak memuaskan hari ini juga telah menyebabkan banyak soalan pada sesi soal jawab lisan tidak dapat dikemukakan.

“Saya harap Yang Berhormat yang ada soalan untuk dikemukakan pada hari tertentu hadir, bangun bila dijemput untuk mengemukakan soalan.

“Begitu juga diharap Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen yang berkenaan dengan soalan yang dikemukakan mestilah hadir untuk memberikan respons.

“Sama ada hendak jawab atau tidak terpulang pada mereka, tetapi mesti hadir untuk respons pada soalan yang dikemukakan,” katanya.

Ramli berkata demikian sebaik tamat sesi soal jawab lisan hari ini di mana 10 daripada 25 soalan gagal dikemukakan.

Sebelum itu, Ketua Pembangkang Lim Kit Siang meminta Speaker menegur dengan keras kepada Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen kerana tidak untuk menjawab soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen.

Daripada jumlah itu 8 soalan tidak dikemukakan kerana anggota Parlimen tidak hadir, manakala dua lagi tidak dapat dijawab kerana wakil dari Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar tidak hadir.

Ekoran itu, kesemua soalan yang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini diselesaikan sebelum tempoh bagi sesi soal jawab tamat.

Ini menyebabkan Speaker memberi peluang kepada anggota Parlimen yang hadir untuk mengutarakan soalan yang tersenarai.

Pada 29 Okt lepas, Ramli pernah memberi teguran sama dengan mengeluarkan arahan supaya ketidakhadiran anggota Parlimen direkodkan.

Mengulas perkara itu ketika ditemui di kamar beliau kemudiannya, Ramli menyifatkan ketidakhadiran itu sebagai perkembangan yang tidak sihat kerana persidangan Parlimen merupakan mesyuarat yang paling penting.

“Ini perkembangan yang tidak sihat…sedangkan mereka (anggota Parlimen) telah diberikan notis sejak Rabu bahawa soalan mereka akan disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

“Mereka (anggota Parlimen) sepatutnya bangga soalan mereka naik, terpilih daripada banyaknya soalan yang dikemukakan itu,” tegasnya dan menurutnya setiap penggal sejumlah 1,200 soalan untuk soal jawab lisan dikemukakan anggota Parlimen dan soalan-soalan yang tersenarai adalah antara yang terpilih.

Bagi wakil kerajaan pula, Ramli mengingatkan mereka supaya sentiasa mendahulukan tanggungjawab wajib sebagai wakil kerajaan bagi mengelak sebarang tanggapan yang tidak elok terhadap diri masing-masing.

“Bidang kehakiman syariah kita tumpu perkara nikah kahwin..sedangkan Islam itu luas

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya akan menyebut butiran 090000 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Saya melihat bahawa kehakiman ataupun bidang kehakiman syariah di negara kita ini hanya tertumpu kepada perkara-perkara yang biasa sahaja iaitu perkara-perkara yang melibatkan nikah kahwin, cerai, mutaah, penjagaan anak, hak penjagaan bila berlaku penceraian dan kematian.

Sedangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan umat Islam ini terlalu luas. Sebab itu saya mengambil kesempatan pada petang ini, menyeru kepada JAKIM supaya sentiasa mendesak ataupun memohon daripada pihak kerajaan supaya ruang lingkup Mahkamah Syariah ini diperbesarkan daripada apa yang telah sedia ada.

Contohnya masalah zina. Masalah zina yang berlaku di negara kita sekarang ini begitu meluas sekali. Sehingga barang kali sudah menjadi suatu kebiasaan kepada sesetengah pihak. Kerana itulah JAKIM mesti berusaha untuk mendapatkan ruang lingkup ini setidak-tidaknya kes zina ini dibicarakan juga di Mahkamah Syariah.

Setidak-tidaknya orang Islam tahu bahawa, zina ini suatu perkara yang dilarang oleh Allah SWT berdasarkan kepada ayat Al-Quran. [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. Allah SWT menerangkan iaitu JAKIM mesti mengambil inisiatif yang secukup-cukupnya supaya keadaan ini dapat dikawal.

Yang kedua dalam butiran seterusnya, saya juga merujuk kepada dakwah pembangunan keluarga Islam dan pengurusan masjid. Saya melihat bahawa JAKIM mesti mengadakan dahulu peringkat awal ini, mengadakan seberapa banyak pendakwah-pendakwah yang berkualiti.

Selagi JAKIM tidak mampu atau tidak berusaha untuk mengadakan pendakwah-pendakwah ini, maka sudah tentu orang-orang-orang ini kita tidak boleh hantar sama ada kepada golongan-golongan sebagaimana disebutkan oleh sahabat kita tadi, Orang Asli dan sebagainya.

Jadi di kesempatan ini, JAKIM mesti menyediakan dan institut latihan dakwah ini mesti diperkasakan. Saya tidak tahu cerita kerja, satu jabatan, satu institut latihan dakwah yang telah sedia ada. Apakah peranan mereka? Kewangan sudah ada, apa sudah ada, tapi saya lihat bahawa kerja-kerjanya tidak dibuat sebagai mana yang sepatutnya.

Yang kedua masalah masjid.
Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, gulung.
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Ya, saya gulung. Masjid ini iaitu, masjid bukan sahaja kita melihat kepada fizikal masjid, indah, cantik dan sebagainya. Apa yang paling penting sekali bagaimana kita hendak mengisi masjid itu, supaya masjid dapat benar-benar memainkan
peranan, setidak-tidaknya bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku kepada remaja kita.

Khutbah masjid mesti diperbaiki dari semasa ke semasa, setidak-tidaknya mengambil kesempatan dengan apa yang berlaku.

Kadang-kadang saya dengar khutbah yang dibaca di masjid. lain yang berlaku lain yang dibaca. Tidak semasa…
Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, cukup.
Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Jadi saya pohon daripada JAKIM supaya sentiasa membuat pemantauan kepada masjid dan khutbah-khutbah supaya ia dapat berperanan sebagaimana yang dikehendaki. Sekian, terima kasih.
(Ucapan membahaskan peringkat Jawatankuasa – Jabatan Perdana Menteri – 7 November 2007)

Kilang bihun bersebelahan ladang khinzir, apa tindakan JAKIM, tanya Dr Hayati

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Hanya berhubung dengan isu JAKIM. Kita berharap pihak JAKIM yang telah memberi bantuan kepada kerajaan negeri untuk menghidupkan kelas-kelas KAFA.

Kerana baru-baru ini saya balik dari kawasan pilihan raya, saya dapati dua bulan guru-guru KAFA ini tidak mendapat ganjaran elaun mereka, dan sebelum ini sampai tiga bulan tidak dapat. JAKIM yang memberi peruntukan kepada negeri Kedah pada 2006 sebanyak RM19.49 juta, rupa-rupanya tidak cukup jumlah tersebut dan kerajaan negeri tidak dapat membayar gaji ataupun elaun kepada guru-guru JAKIM.

Sepatutnya mereka mesti menunjukkan baki kredit, tetapi bagi negeri Kedah pada 2002 baki menjadi kredit RM9.2, tetapi seterusnya tahun 2003, 2004, 2005 dan 2006 baki ini menjadi baki deficit sehingga ke RM16.96 juta.

Jadi saya harap, JAKIM perlu memberi perhatian terhadap bantuan kepada kerajaan negeri ini untuk menambahkan peruntukan supaya guru-guru KAFA mendapat gaji mereka pada masa yang ditetapkan.

Perkara kedua adalah berhubung dengan isu logo halal JAKIM ini. Saya harap pengajaran daripada TV3 dua malam lepas, perkara ini perlu diberi perhatian oleh JAKIM iaitu sebuah kilang membuat bihun berada bersebelahan dengan ladang menternak khinzir, dan kilang bihun ini mengeluarkan bihun yang ditandakan dengan logo halal.

Jadi saya harap pihak JAKIM perlu membuat serbuan ataupun perlu memberikan perhatian terhadap label-label yang telah diberikan label halal ini kepada makanan-makanan yang dijualkan di pasaran terbuka.

Oleh kerana mereka ini bukan hanya mengeluarkan bihun yang di cop halal, tetapi mereka mendapat sub kilang ataupun sub supply daripada kilang-kilang yang lain. Mungkin sub supply inilah yang diragui halalnya. Jadi saya harap itulah dua perkara yang dibangkitkan. Terima kasih.
(Ucapan perbahasan pada peringkat Jawatankuasa – Jabatan Perdana Menteri – 7 November 2007)

Pegawai Polis dalam JSJ Komersial dengan tiba2 diambil tindakan menjadi tandatanya?

Ucapan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian] pada perbahasan peringkat Jawatankuasa
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini dengan mengemukakan butiran 02000 menyentuh tentang Badan Pencegah Rasuah di bawah kepala perundangan dan pendakwaan.

Tuan Pengerusi, BPR telah menjalankan tanggungjawab dan saya ingin merakamkan ucapan tahniah kerana baru-baru ini telah datang ke negeri Kelantan dengan begitu tangkas dan cepat untuk mengambil penyiasatan terhadap ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan tentang dakwaan beliau disogokkan dengan sejumlah wang dalam tempoh 16 tahun yang lalu.

Saya juga bila menyentuh tentang butiran 020100 – Pendakwaan ini juga saya ucapkan tahniah di atas tangkasnya BPR menyiasat Ketua Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman baru-baru ini yang melibatkan Datuk Ramli Yusuff tentang pelbagai pendakwaan dan dakwaan yang melibatkan beliau dengan unsur-unsur rasuah.

Saya mengharapkan ketangkasan BPR ini dapat dipertingkatkan apabila kita melihat rupa bentuk ataupun budaya rasuah ini telah mula menjelmakan dirinya dengan wajah-wajah yang lebih baru dengan menggunakan taktik dan pendekatan-pendekatan yang lebih sofistikated dengan izin, dengan lebih canggih, bersesuaian dengan cara budaya hidup masyarakat dalam negara kita pada hari ini.

Saya suka untuk mengemukakan dalam Dewan yang mulia ini tentang satu buku yang ditulis oleh Syed Husin Al-Attas tahun 1969, sebuah buku yang bertajuk “Total Corruption vs. Pocket of Corruption” dengan izin. Buku ini ditulis oleh Al-Marhum Syed Husin Al-Attas tahun 1968 yang saya merasakan pandangan beliau terhadap gejala rasuah ini pada waktu itu adalah merupakan satu bentuk atau aktiviti yang dilakukan kebanyakannya oleh pegawai-pegawai di peringkat bawah.

Rasuah pada ketika itu dalam tahun-tahun 60-an mungkin awal 70-an yang melibatkan pegawai-pegawai yang terlibat dalam kes-kes penguatkuasaan, kes mungkin yang melibatkan tentang saman-saman kecil seperti saman-saman trafik dan seumpamanya kerana pihak yang memberi merasakan tidak puas hati dan pihak yang menerima merasakan puas hati terhadap aktiviti ini.

Namun apa yang berlaku pada hari ini kita melihat zaman telah jauh berubah, cara dan pendekatan, dan taktik-taktik yang digunakan selalunya kita lihat semakin up to date.

Dalam seminar yang baru-baru ini, seminar tentang korupsi, tentang corruption yang diadakan di dalam negara kita yang dihadiri oleh negara-negara seperti negara-negara barat seperti Kanada, ada wakil daripada negara Scandinavia yang kita lihat telah mengemukakan kertas-kertas kerja yang begitu menarik perhatian kita semua tentang bagaimana kita melihat dalam proses pendakwaan dan perundangan ini, mereka telah jauh ke hadapan dengan mereka memberikan kuasa-kuasa yang lebih luas kepada BPR, kepada agensi-agensi rasuah dalam negara mereka untuk bertindak bersesuaian dengan zaman dan pendekatan masa kini.

Negara jiran kita sebagai contoh Singapura, yang kita melihat kertas-kertas kerja yang dibentangkan telah menggunakan peralatan yang lebih canggih, peralatan-peralatan, kamera-kamera yang begitu canggih, yang sudah tentu melibatkan perbelanjaan ataupun bajet yang lebih banyak.

Saya menyokong sekiranya perbelanjaan ataupun bajet yang diperuntukkan kepada BPR bagi tahun ini bagi tujuan perbelanjaan mengurus, diperuntukkan RM146,727,000 ini tidak menjadi masalah untuk saya menyokongnya malahan saya suka mencadangkan kalau ada bajet tambahan pada masa-masa yang akan datang, BPR diperuntukkan lagi sejumlah wang untuk mereka membeli peralatan-peralatan yang lebih canggih ini, saya akan turut menyokong kerana sudah sampai masanya kita melihat BPR ini perlu lebih ke hadapan untuk menghadapi situasi pada zaman ini.

Tuan Pengerusi. Saya terus kepada di bawah Kepala 020000 di bawah tajuk BPR – Perundangan dan Pendakwaan.
Teruskan membaca

Harga petrol akan naik 70 sen selepas pilihanraya umum ke 12?

Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bimbang tentang fenomena Ah Long ini tambah-tambah lagi ramalan ekonomi kita amat buruk di masa yang terdekat ini, dengan ramalan dan pengakuan oleh The Sunday Star baru-baru ini, bahawa inflasi sebenarnya bukan 2% yang diumumkan oleh kerajaan secara rasmi tetapi lebih berbentuk 20%.

Kalau kita kira bahawa harga minyak petrol akan naik 70 sen seliter selepas pilihan raya umum yang akan datang ini, harga tol akan dinaikkan, maka inflasi akan menjadi lebih teruk dan orang ramai akan terpaksa meminjam secara betul atau tidak betul.

Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, ialah jawapan penghujung Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tadi tentang sistem-sistem pinjaman mikro yang lainnya.

Saya hendak bertanya kepada kementerian sama ada ianya akan terus menggalakkan lagi sistem pajak gadai terutamanya bagi masyarakat Melayu, sistem pajak gadai Islam yang nampaknya dalam pengalaman negeri Kelantan telah mencapai kejayaan yang amat baik, di mana diwujudkan sistem pajak gadai Islam di kebanyakan daripada bandar-bandar besar di Kelantan dan amat berjaya.

Adakah kementerian berhajat untuk mempelajari kejayaan negeri Kelantan ini dalam semangat Wilayah Pembangunan Timur dan sebagainya, dan memastikan bahawa di negeri-negeri lain di negara kita ini sistem itu dilaksanakan juga. Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan): Tuan Yang di-Pertua, saya sebut tadi tentang institusi perbankan yang telah pun ada sistem mikro kredit ini termasuk juga peminjam-peminjam wang
yang berlesen.

Tidak lupa juga saya hendak sebut tentang TEKUN di bawah kementerian lain dan juga Amanah Ikhtiar Malaysia. TEKUN di bawah MECD, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Amanah Ikhtiar Malaysia di bawah Kementerian Kewangan, dan mereka juga aktif di masyarakat untuk memberi pinjaman dan amat mudah sekali untuk membuat pinjaman dan kadarnya amat tinggi sedikitlah, kadar interest agak tinggi sedikit.

Tentang Ar-Rahnu ini sebenarnya adalah dimulakan oleh Kerajaan Pusat dan diwujudkan di tiap-tiap negeri bukan di Kelantan sahaja, memang tiap-tiap negeri ada. Jadi tidak perlu, kita belajar sesama sendiri tidak payah kata orang lain kena belajar daripada Kelantan, tidak.

Semua sekali tiap-tiap negeri pun ada. Jadi seperti yang disebut tentang inflasi tadi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya yang dilaporkan dalam surat khabar, itu dia mengambil sebahagian
sahaja daripada basket, goodsnya kita ambil sebagai indicator Tuan Yang di-Pertua.

Ada yang kenaikannya rendah ada yang tinggi, ada hal-hal bahan makanan dia naik tinggi sedikit, tetapi kalau dibandingkan keseluruhan dalam basket itu yang ada lebih daripada 1,000 barangan, kalau dikira sekali memang inflasi kita dalam lingkungan 2%, begitu sahaja. Jadi kalau dia ambil hanya bahan makanan memang tinggi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Soalan asal Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kredit mikro yang dilaksanakan oleh bank-bank komersial semenjak Disember tahun 2006 sudah
berjaya mengurangkan kes-kes penganiayaan Ah Long terhadap peminjam Ah Long. Jika tidak,
mengapa.
(7 November 2007)

Dr Hayati ingin tahu statistik ‘denggi bermutasi’ dalam negara

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam jawapan nombor 7 semalam, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen ada menyebut tentang mutasi kepada virus denggi ini.

Soalan yang ingin saya tanya apakah jumlah ataupun kalau tidak ada statistik sekarang, boleh beri jawapan bertulis. Jumlah denggi yang disebabkan oleh virus yang bermutasi ini dalam negara kita?

Apakah langkah-langkah kerajaan ataupun kementerian dalam menghadapi virus yang bermutasi yang menyebabkan denggi ini. Ini kerana kita tahu trend denggi sekarang ini, bukan macam trend dahulu, ia ada demam, ada rashes, ada sakit tulang-tulang, kemudian shock syndrome, lepas itu mati.

Sekarang ini apabila kes datang ke klinik ataupun hospital, dia demam tanpa rash, kalau kita buat health test pun negatif, tapi bila masuk wad empat lima hari terus meninggal disebabkan oleh denggi shock syndrome.

Jadi soalan saya berapakah statistik tentang denggi disebabkan virus bermutasi ini? Apakah kerajaan mempunyai satu cara untuk mendiagnosis dengan cepat macam kita ada test kit seperti pada penyakit tifoid ataupun untuk pregnancy test.

Kalau sekiranya belum ada, adakah kerajaan bercadang untuk membentuk ataupun membuat kajian supaya test kit ini dapat kita lakukan kerana saya takut, bimbang trend denggi yang sekarang ini boleh menyebabkan kematian dengan segera dan cepat dan kita dapat kesan seperti mana denggi sebelum ini. Terima kasih.

Dato’ Lee Kah Choon (Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan): Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan denggi ini, pada masa sekarang kita mempunyai empat jenis strain yang kita ada iaitu dengue 1, dengue 2, dengue 3 dan dengue 4. Ini bermakna apabila seseorang itu mendapat dengue 1, dia tidak mengatakan bahawa dia tidak boleh dapat dengue 2. So ini bermakna bahawa kalau seseorang itu mendapat dengue 1 barangkali dia akan dapat dengue 2 dan dengue 3, dengue 4 dan sebagainya.
Teruskan membaca