Dakwat ‘Indelible ink’ dicalit pada kuku jari telunjuk sebelah kiri pada pilihanraya ke 12

Majlis Kebangsaan telah memutuskan dakwat ‘indelible ink’ tidak mengandungi bahan-bahan najis yang haramkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata penggunaan indelible ink dibenarkan oleh syarak dan justeri itu SPR akan mula menggunakan dakwat ini untuk dicalitkan di atas kuku jari telunjuk tangan sebelah kiri semasa pilihanraya umum ke 12 yang akan datang.

Datuk Nazri menjawab soalan secara bertulis keatas soalan Haji Abdul Fatah Bin Haji Harun [ PAS – Rantau Panjang ] di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam soalan asalnya, Abdul Fatah minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan di atas cadangan SPR dan lain-lain pihak untuk melaksanakan cap dakwat pada ibu jari pengundi pada pilihan raya akan datang.

Salahuddin: Apakah sikap negara kita terhadap isu nuklear Iran?

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh tentang dua perkara sahaja. Tentang perkara 050000 – IDHL dan juga tentang perkara yang melibatkan 020000 – Hubungan Dua Hala Dan perancangan Dasar.

Tuan Pengerusi, peruntukan yang diperuntukkan bagi tahun ini, bagi IDHL saya nampak merosot daripada RM11,815 tahun 2007 tetapi bagi tahun 2008 hanya tinggal RM6,300,008 sahaja.

Memandangkan kepada institut ini yang saya merasakan sangat penting berdasarkan kepada perkembangan yang sedang berlaku diperingkat antarabangsa. Sebagai contoh Tuan Pengerusi, bagi rakyat Malaysia yang peka tentang persekitaran antarabangsa sudah tentu akan memfokuskan perhatian kita pada petang ini tepat jam 5 petang waktu Malaysia, giliran negara kita yang akan berhujah di ICJ tentang isu pertindihan Pulau Batu Putih.

Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, adakah peruntukan yang secukupnya ataupun adakah di bawah institut ini kita telah membekalkan suatu peruntukan dan juga tenaga manusia yang secukupnya, tenaga pakar yang secukupnya untuk kita menangani isu ini?
Teruskan membaca

‘Menteri tak ada standard’ jaga RTM untuk propaganda Umno


Teruskan membaca

Pelajar celaru mental akibat campurtangan pemimpin Umno

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Terima kasih. Adakah kerajaan sedar ramai murid yang jadi tidak menentu dan bercelaru mental sehingga dibuang daripada sekolah hasil daripada kecelaruan pentadbiran sekolah oleh kerana tekanan politik, campur tangan orang politik terlalu banyak di akar kering. [Dewan gamat]

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Sabar, sabar. Kalau bising menandakan ianya betul sebab sudah tidak senang hati. Adakah kerajaan mempunyai satu cara untuk mengurangkan sedikit mainan politik UMNO khususnya di sekolah-sekolah ini? Sekian, terima kasih. [Dewan gamat]

Tuan Yang di-Pertua: Hendak jawab boleh jawab. Tidak jawab tidak apa.
Puan Komala Devi: Tuan Yang di-Pertua, saya harap pihak pembangkang tidak akan politikkan isu pelajaran di negara ini sebab kita akan terus pelihara semua sekolah. Terima kasih.
Teruskan membaca

Dr Hayati minta kerajaan beri insentif kepada penternak individu

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada belangkas, banyak kajian yang dibuat terhadap haiwan-haiwan yang hidup dalam negara kita ini memberi kesan positif terhadap kesihatan dan juga kegunaan untuk pertanian, misalnya lintah. Yang lain adalah cacing untuk membuat baja kompos.

Jadi soalan saya kepada Kementerian Pertanian, apakah insentif-insentif yang selalunya diberikan oleh kementerian untuk mereka yang secara individu menternak ataupun membela haiwan-haiwan ini untuk sama ada kesihatan ataupun pertanian. Yang saya bagi contoh tadi, cacing untuk membuat baja kompos menggunakan najis lembu dan juga lintah yang digunakan untuk kesihatan kosmetik. Terima kasih.
Teruskan membaca

‘Menteri makan gaji buta’ akibat kemerosotan ranking Universiti

Merosotnya ranking universiti-universiti di negara ini mesti dipersalahkan kepada kerajaan terutama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed.

Sambil menyatakan kekesalan terhadap kemerosotan yang amat memalukan negara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang Haji Abdul Fatah Harun menyifatkan perkara itu berpunca dari kesibukan Menteri Pengajian Tinggi, naib-naib canselor dan pihak berkuasa di universiti sibuk berpolitik untuk memastikan mahasiswa menyokong kerajaan.

“Oleh kerana terlalu sibuk memenjarakan mahasiswa di dalam kandang kerajaan, menteri berkenaan, naib-naib canselor dan pihak berkuasa di universiti bukan sahaja mengakibatkan pilihan raya pelajar di institusi-instusi pengajian tinggi sama sekali tidak demokratik dan menghina daya intelek para pelajar, malah lebih buruk lagi ranking universiti-universiti di negara ini telah jatuh ke tahap yang amat memalukan kita sebagai rakyat negara ini.

“Memenjarakan para pelajar di dalam kandang kerajaan seolah-olah menjadi kerja sepenuh masa menteri berkenaan, naib-naib canselor dan pihak berkuasa di universiti,” kata beliau.

Kejatuhan yang memalukan itu, kata Abdul Fatah, boleh menyebabkan Menteri Pengajian Tinggi, naib-naib canselor dan pihak berkuasa di universiti dituduh makan gaji buta atau melakukan penyelewengan akademik sehingga mengorbankan nama negara lebih-lebih lagi masa hadapan serta daya saing para pelajar.

Beliau bimbang pelajar-pelajar dari luar negara tidak akan berminat lagi untuk melanjutkan pengajian di negara ini kerana kualiti yang buruk.

Baru-baru ini, ranking Times Higher Education Supplement (THES) tidak menyenaraikan walau satu pun universiti di Malaysia dalam ranking 200 universiti terbaik dunia 2007.

Keadaan itu semakin merosot berbanding tahun lalu di mana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diletakkan dalam kedudukan 185 dalam ranking itu manakala Universiti Malaya pada ranking 192.

Mustapa kelihatan menyalahkan kaedah yang digunakan untuk membuat ranking oleh Ququarelli-Symmonds (QS), sebuah syarikat swasta British bagi pihak THES. Kaedah tersebut telah diubah, yang menurut syarikat itu bertujuan menjadikan kajian lebih tepat.

“Akibatnya ranking bagi hampir semua institusi yang tersenarai, termasuk yang berada dalam kedudukan 20 terbaik dunia juga berubah,” kata menteri itu.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang menolak alasan yang diberikan Mustapa itu sambil menyatakan Universiti Malaya telah merudum dari tangga ke 54 ke tangga 246 sedangkan Universiti Nasional Singapura hanya jatuh dari tangga ke 19 ke tanggan ke 33 sahaja.

Beliau mempersoalkan mengapa perkara itu berlaku sedangkan kedua-dua universiti di tubuhkan di zaman sebelum merdeka.

Kemerdekaan negara kita bermula dengan tunjuk perasaan

Kemerdekaan negara ini bermula dengan demonstrasi dan tunjuk perasaa yang digerakkan oleh para pejuang kemerdekaan, kata Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman.

Sambil menolak dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kononnya perhimpunan aman rakyat bukan cara Malaysia, Dr Hayati berkata sejarah merakamkan dengan terang dan jelas bahawa para pemimpin Umno sendiri berdemonstrasi menentang penjajahan British termasuk Malayan Union.

“Ketika menentang Malayan Union, Allahyarham Datuk Onn Jaafar sendiri memimpin demonstrasi menentang Malayan Unnion dan beliau adalah antara pengasas Umno malah Presiden Umno yang pertama,” katanya.

Di samping gerakan-gerakan perjuangan yang lain, demonstrasi demi demonstrasi yang bermula ketika penentangan Malayan Union itulah yang merintis jalan ke arah kemerdekaan negara ini.

“Kalau tidak kerana demonstrasi dan tunjuk perasaan mungkin negara ini tidak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,” katanya.

Beliau kesal dengan Perdana Menteri dan pengampu-pengampunya yang bercakap “ikut sedap mulut” tanpa membuat kajian.

“Kerana cakap ikut sedap mulut itu, ada blogger yang menyifatkan Perdana Menteri dan menghina Onn,” katanya.

Blogger Amin Iskandar (aminiskandar.wordpress.com) menyatakan: “Pak Lah yang diketahui umum dikawal oleh menantunya telah menghina pengasas Umno, Dato Onn Jaafar. Kenyataan Pak Lah yang mengatakan bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia dan Umno adalah satu fakta yang salah.

“Perdana Menteri kelima itu telah menidakkan peranan ‘Demonstrasi Jalanan’ yang dipimpin oleh Dato Onn Bin Jaafar (atuk Ketua Pemuda Umno) dalam melawan Malayan Union”.

Perdana Menteri mendakwa, demokrasi jalanan “bukan cara kita, bukan cara Malaysia, bukan cara amalan demokrasi Malaysia. Amalan demokrasi jalanan kita tak dapat terima langsung”.