Abdul Fatah minta kerajaan tidak politikkan peranan JPP di Kelantan

Abdul Fatah juga minta kerajaan tidak lantik Pengerusi Kesedar dari kalangan “orang politik”.

Abdul Fatah minta penjelasan Menteri Pertanian mengenai negeri yang tidak mewartakan kawasan untuk tanaman kekal ?

Dato Abd Halim: Bantuan untuk bapa tunggal yang miskin dan uzur?

Dato’ Abdul Halim (PAS Pengkalan Chepa) minta penjelasan mengenai keluasan tanah padi yang boleh memberikan hasil 10 tan ?

Abdul Fatah: MARDI perlu ambil kira faktor sawah yang luas

Soalan dan Usul MP PAS – 19 November 2007

Soalan Jawab Lisan

  • Soalan ke 6 – Tuan Haji Ismail Bin Noh [ Pasir Mas ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian bagi meningkatkan taraf hidup petani yang masih lagi rendah dan pendapatan mereka tidak mencukupi.
  • Soalan ke 13 – Dato’ Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menjelaskan kedudukan undang-undang sivil dan syariah sebagaimana dicadangkan oleh tiga Hakim Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.
  • Rang Undang-Undang

  • Menyambung Semula Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2008 (D.R.43/2007) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2008 seperti berikut :-
    (Menteri Kewangan)
    “ Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang
    sebanyak tidak lebih daripada empat puluh lapan bilion satu ratus lapan belas juta dua ratus enam puluh sembilan ribu ringgit (RM48,118,269,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2008, dan bagi tujuan-tujuan dan butiranbutiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2008, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun 2007, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut. ”
    Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (15 November 2007)