Dato’ Kamarudin minta kerajaan jelaskan kedudukan undang-undang sivil dan syariah kini

Dato’ Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menjelaskan kedudukan undang-undang sivil dan syariah sebagaimana dicadangkan oleh tiga Hakim Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menjelaskan kedudukan undang-undang sivil dan syariah sebagaimana yang dicadangkan oleh tiga Hakim Mahkamah Persekutuan baru-baru ini memandangkan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah masing-masing telah dibahagikan dengan jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan khususnya melalui Fasal (1) dan (1A) Perkara 121 dan senarai Persekutuan dan senarai negeri dalam jadual ke-9.
Teruskan membaca