‘Mari lawan!’ – Sothinathan challenged Po Kuan to a “fight”

Berlaku semasa Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menggulung perbahasanya di peringkat Jawatankuasa pada 19 November 2007 lalu.

Soalan MP PAS – 22 November 2007

Soalan Jawab Lisan

  • Soalan ke 12 – Tuan Haji Abdul Fatah Bin Haji Harun [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah laporan EIA Projek Penyaluran Air Mentah Antara Negeri (ISRWT) Pahang-Selangor hendak dibentangkan kepada masyarakat awam.
  • Rang Undang-Undang dan Usul

  • Menyambung Semula Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2008 (D.R.43/2007) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2008 seperti berikut :-
    (Menteri Kewangan)
    “ Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang
    sebanyak tidak lebih daripada empat puluh lapan bilion satu ratus lapan belas juta dua ratus enam puluh sembilan ribu ringgit
    (RM48,118,269,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2008, dan bagi tujuan-tujuan dan butiranbutiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2008, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun 2007, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut. ”
    Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (21 November 2007)

  • Dato Abdul Halim: Apakah ‘policy protection’ kerajaan terhadap Proton ini?

    l

    Dato’ Haji Ab. Haim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Sekejap. Menyambung soal Proton ini. Mengikut jawapan Yang Berhormat, kita bertambah bercelaru seolah-olah bergantung kepada pasaran, kepada taste pengguna dan sebagainya, demand.

    Jadi saya hendak tahu sebenarnya, apakah policy protection kerajaan terhadap Proton ini? Jawab dengan jelas. Adakah dasar itu ada atau tidak? Kalau ada, adakah ianya bergantung kepada pasaran semata-mata? Apa dia sebenarnya? Supaya jangan celaru, supaya jelas.

    Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Katalah Yang Berhormat seorang businessman, Yang Berhormat hendak jual barangan di pasaran, siapa tentukan pasaran tersebut? Pasaran tentukan.
    Teruskan membaca

    Salahuddin: Sejauhmana kerajaan membantu pengedar2 Proton

    Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang Dipertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya ke belakang sedikit tentang dasar automotif tadi, tentang Proton ya.

    Baru-baru ini saya mendapat maklumat bahawa Proton Edar telah menghantar surat kepada lebih kurang 70 wakil di seluruh negara supaya mereka meningkatkan lagi prestasi mereka dan ada di antara mereka ini telah diberikan surat sama ada mereka menutup perniagaan mereka.

    Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang dasar tadi dan ada insentif RM 40 juta, RM 50 juta kalau tidak saya untuk membantu pengedar-pengedar Proton di seluruh negara ini. Masalah sekarang ini Tuan Yang Dipertua adalah tentang isu sama ada mereka boleh bersaing atau tidak.

    Harga pasaran kereta dari Jepun dan Korea, SsangYong, Kia dan seumpamanya cukup bersaing dengan Proton. Sedangkan kita melihat pengedar-pengedar ini menghadapi masalah tentang rakyat Malaysia hendak pilih jenis kereta yang mana, harganya lebih kurang.

    Jadi dengan surat yang dikeluarkan oleh Proton Edar ini kepada agen-agen jualan ini, kalau mereka tidak boleh mencapai target mereka, mereka diberikan dua tawaran, sama ada menutup syarikat mereka ataupun menerima pampasan awal. Ini pada saya membunuh masa hadapan pengedarpengedar Proton khususnya di kalangan bumiputera dan sembilan syarikat di Kelantan sendiri yang terdiri daripada kalangan bumiputera menghadapi ancaman ini.

    Jadi saya minta penjelasan apakah dasar yang ditetapkan oleh kerajaan supaya mereka ini boleh bersaing dan tidak menerima surat yang semacam surat ugutan ini. Minta penjelasan.

    Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Tuan Pengerusi, apa yang dilakukan oleh Proton Edar itu saya tidak tahu, syarikat itu sendiri.

    Saya cuba berbincang dengan Yang Berhormat dari segi business logic. Business logic ini Yang Berhormat buka syarikat, orang ini buka syarikat dan tidak ada jualan, apa akan berlaku? Akhirnya tutup juga.

    Jadi melalui dana RM10 juta ini apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan supaya daripada ramai pengedar ini dikonsolidasikan, dicantumkan dan dalam proses itu ada syarikat-syarikat yang tidak berdaya maju tidak mampu. Dalam mana-mana tamadun sekali pun, baik Amerika, baik negara Eropah, Jepun, Korea yang kita anggap maju, kalau dia tidak berdaya, dia akan tutup sendiri.
    Teruskan membaca