Dr Hayati: Sudah dua tahun umum projek, kini senyap?

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada dua Butiran 89000 dan juga 60000.

Dua tahun lepas diumumkan pengambilan balik tanah untuk membesarkan jalan daripada pekan Pendang ke Sungai Tiang dan penama-penama telah dipanggil untuk berbincang tentang harga tetapi sejak akhir tahun ataupun sejak tahun ini ianya sudah senyap.
Teruskan membaca

Soalan MP PAS dan PKR – 26 November 2007

Soalan Jawab Lisan

  • Soalan ke 7 – Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
    (a) jumlah bank dan institusi kewangan yang mengamalkan perbankan Islam dan jumlah yang tidak mengamalkan perbankan secara Islam dan jumlah aset serta transaksi masing-masing; dan; dan
    (b) apakah Kementerian dan jabatan Kerajaan yang menggunakan perkhidmatan perbankan berlandaskan syariah dan bukan syariah.
  • Soalan ke 10 – Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan pengoperasian Akta Antipemerdagangan Orang 2007 mencapai objektif Akta tersebut khususnya dalam memastikan mangsa yang dipermerdagangan dibela dan dipelihara sepenuhnya.
  • Soalan ke 15 – Tuan Haji Abdul Fatah Bin Haji Harun [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa Menteri Besar Kelantan tidak dijemput sewaktu Majlis Pecah Tanah Jambatan Sultan Yahya Petra kedua pada 2 Ogos lalu.
  • Soalan ke 22 – Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Dasar Ekonomi Baru akan diteruskan untuk membela kepentingan Melayu.
  • Soalan ke 26 – Dato’ Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian akan mengkaji kegagalan ‘North Klang Port’ yang kerugian berbilion ringgit.