Salahuddin ucap tahniah kepada Penyelidik di IPTA

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi. Saya cuma ada dua perkara sahaja iaitu mengenai Butiran 020200 – Jabatan Metrologi Malaysia.

Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian sejauh manakah efektifnya Sistem
Amaran Awal tentang tsunami dan juga bencana-bencana alam yang lain yang telah mula dipasang dalam negara kita.

Apakah progress dan perkembangannya dan adakah kita yakin dan percaya bahawa Sistem Amaran Awal ini telah sedikit sebanyak membantu negara di dalam menghadapi bencana-bencana alam yang semakin tidak terduga yang sedang berlaku di dalam negara kita akibat daripada global warming dan juga perubahan cuaca yang tidak menentu.

Oleh itu saya harap mendapat penjelasan sama ada sistem ini telah pun dipasang dan di manakah tempat-tempatnya dan apakah keberkesanannya pada tahap yang ada pada hari ini.

Kedua, Tuan Pengerusi, 030500 – Bahagian Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). Isu yang penting untuk diberitahu dalam Dewan yang mulia ini ialah tentang isu bagaimana setiap hasil penyelidikan ini, adakah telah dapat dikomersialkan.

Saya difahamkan bahawa di Malaysia, pengalaman Sistem Inovasi Kebangsaan atau National Innovation System diperkenalkan oleh Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN) melalui MOSTI, kementerian yang berkenaan dalam framework R&D yang dijalankan oleh kebanyakan daripada universiti-universiti dalam negara kita yang telah dinaiktarafkan kepada universiti penyelidikan.

Isu yang sering kali dibangkitkan apabila hasil-hasil penyelidikan yang dilakukan oleh pakar-pakar kita, alhamdulillah, saya mengucapkan tahniah kepada para penyelidik yang bekerja bertungkus-lumus di IPTA kita.

Melakukan pelbagai jenis penyelidikan ini termasuklah seperti dalam bidang biotech, kita cuba mengkomersialkan tanaman halia sebagai satu asas penting dalam dunia kosmetik dan seumpamanya.
Teruskan membaca

Soalan Dr Wan Azizah – 28 November 2007

Soalan Jawab Lisan

  • Soalan ke 5 – Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah peranan Kementerian dalam memastikan kadar jenayah di negara ini menurun kerana status atau keadaan kehidupan wanita, keluarga dan masyarakat mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan status kadar jenayah (positive correlation).
  • Dr Wan Azizah minta penjelasan langkah kerajaan supaya negara tidak disenaraihitam

    Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan pengoperasian Akta Antipemerdagangan Orang 2007 mencapai objektif Akta tersebut khususnya dalam memastikan mangsa yang dipermerdagangkan dibela dan dipelihara sepenuhnya.

    Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri [Datuk Fu Ah Kiow]: Tuan Yang di-Pertua, Akta Antipermerdagangan Orang 2007 telah dikuatkuasakan sebahagiannya pada 1 Oktober 2007. Penguatkuasaan Bahagian I dan Bahagian II serta seksyen 66 dan seksyen 67 akta ini dilaksanakan bagi membolehkan Majlis Bagi Anti pemerdagangan Orang ditubuhkan dan melaksanakan fungsi-fungsinya termasuklah memastikan penyediaan infrastruktur bagi melaksanakan akta ini secara keseluruhan disediakan sepenuhnya.

    Penyediaan infrastruktur ini termasuklah latihan kesediaan pegawai penguat kuasa, pegawai pelindung serta pegawai-pegawai perundangan bagi bidang kehakiman dan pendakwaan serta penyediaan tempat-tempat perlindungan dan pemulihan mangsa
    pemerdagangan orang. Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 ini dijangkakan akan dilaksanakan secara keseluruhannya pada awal tahun 2008.

    Walau bagaimanapun, penguatkuasaan akta ini bergantung kepada kesediaan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan lain yang terlibat dalam pelaksanaan akta ini seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan lain-lain.

    Pada ketika ini, dua lokasi telah dikenal pasti bersesuaian bagi dijadikan tempat perlindungan mangsa pemerdagangan orang ini. Kajian terperinci masih lagi dilaksanakan bagi mengenal pasti lokasi-lokasi lain yang bersesuaian bagi dijadikan tempat perlindungan mangsa; memandangkan mangsa pemerdagangan orang ini bukan sahaja terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak, malah ia juga melibatkan mangsa lelaki. Sekian, terima kasih.
    Teruskan membaca

    Kerajaan gagal, kata Devamany (MIC – Cameron Highlands)

    Dalam sesi soal jawab semalam, ketika Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Raman Suliman menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mengenai usaha kerajaan membantu kaum India di negara ini, Devamany bangun mencelah dengan berkata:

    “50,000 orang datang semalam (Ahad), ini satu kegagalan Tan Sri (Yang Dipertua), jadi saya rasa perkara ini perlu dilihat secara serius,” katanya merujuk kepada perhimpunan haram Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) kelmarin kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) meminggirkan kaum India di Malaysia.

    Devamany mengulangi perkara itu ketika Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum menjawab soalan beliau mengenai peratusan terkini kakitangan India dalam perkhidmatan polis dan tentera.

    “Kerajaan sudah menjanjikan macam-macam dalam Dasar Pembangunan Malaysia 2020 dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk masyarakat India mengenai pengambilan kaum itu dalam perkhidmatan awam, peluang masuk ke IPTA, pelbagai latihan dan bantuan kewangan.

    “Namun, reaksi semalam, hampir berpuluh-puluh ribu menunjukkan kekecewaan. Maka, ini menunjukkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri memberikan peluang yang kecil, tetapi janji yang besar,” katanya.

    Ditemui di lobi Parlimen kemudiannya, Devamany berkata, beliau tidak kesal kerana membuat kenyataan itu dan beliau tidak mengkritik dasar kerajaan kerana apa yang dilakukannya hanyalah berjuang demi kepentingan masyarakatnya.

    Salahuddin: Pampasan Jambatan Bengkok RM222.4 juta wang rakyat

    Pampasan wang rakyat RM222.4 juta umpama mencurah garam di laut, kata Salahuddin dalam soalan tambahannya kepada Menteri Kerjaraya, Dato’ Samy Vellu di Dewan Rakyat hari ini.

    Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [Kubang Kerian] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan jika jambatan bengkok ke Singapura disiapkan dan jumlah yang perlu dikeluarkan apabila dibatalkan termasuk pampasan, jalan sementara dari Tambak Johor ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan lain-lain.

    Menteri Kerja Raya [Dato’ Seri S. Samy Vellu]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Gerbang Selatan Bersepadu mempunyai dua pakej asal iaitu Pakej Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin iaitu KIK dan Pakej Jambatan Bengkok dan Jambatan Kereta api dengan izin Road and Rail Bridges.

    Tarikh milik tapak bagi kedua-dua projek pakej ialah pada 1 Januari 2003 tetapi atas keputusan kerajaan, kontrak bagi Jambatan Bengkok telah ditamatkan pada 12 April 2006.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, harga asal kontrak bagi Pakej Jambatan Bengkok dan Jambatan Kereta api ialah RM1.113 bilion. Lanjutan dari keputusan kerajaan untuk menamatkan pakej Jambatan Bengkok, maka jumlah pampasan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM222.4 juta.

    Bagi membolehkan Kompleks KIK beroperasi, kerajaan memutuskan untuk membina jalan sementara untuk menghubungkan Tambak Johor ke kompleks tersebut dengan jumlah kos RM190.7 juta.
    Teruskan membaca

    Dr Mohd Hayati minta kementerian pinda peraturan perbankan Islam

    Soalan ke 7 – Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
    (a) jumlah bank dan institusi kewangan yang mengamalkan perbankan Islam dan jumlah yang tidak mengamalkan perbankan secara Islam dan jumlah aset serta transaksi masing-masing; dan; dan
    (b) apakah Kementerian dan jabatan Kerajaan yang menggunakan perkhidmatan perbankan berlandaskan syariah dan bukan syariah.
    Teruskan membaca

    Dr Mohd Hayati: Sejauhmana seriusnya kementerian mendidik petani?

    Soalan MP PAS – 27 November 2007

    Soalan Jawab Lisan

  • Soalan ke 6 – Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan jika jambatan bengkok ke Singapura disiapkan dan jumlah yang perlu dikeluarkan apabila dibatalkan termasuk pampasan, jalan sementara dari Tambak Johor ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan lain-lain.
  • Soalan ke 14 – Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah indeks kerohanian yang diguna pakai oleh Kerajaan untuk remaja masa kini dan bagaimana kajian dijalankan oleh responden terlibat.