Dr Mohd Hayati minta kementerian pinda peraturan perbankan Islam

Soalan ke 7 – Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) jumlah bank dan institusi kewangan yang mengamalkan perbankan Islam dan jumlah yang tidak mengamalkan perbankan secara Islam dan jumlah aset serta transaksi masing-masing; dan; dan
(b) apakah Kementerian dan jabatan Kerajaan yang menggunakan perkhidmatan perbankan berlandaskan syariah dan bukan syariah.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Terima kasih Yang Berhormat Pendang dan Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sektor perbankan konvensional Malaysia terdiri daripada 22 bank perdagangan dan 14 bank pelaburan. Sektor perbankan Islam pula terdiri daripada 11 bank Islam, lima daripadanya beroperasi sebagai bank Islam sepenuhnya manakala enam lagi merupakan subsidiari bank yang lain.

Tujuh bank perdagangan dan enam bank pelaburan turut menyertai Skim Perbankan Islam yang membolehkan institusi perbankan konvensional menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam.

Selain daripada itu, institusi kewangan pembangunan turut menawarkan produk perbankan Islam dan terdapat sebuah bank koperasi iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, yang menjalankan perniagaan secara perbankan Islam sepenuhnya.

Sehingga 30 September 2007, jumlah aset sektor perbankan di Malaysia ialah RM1.19 trilion dan daripada jumlah ini, aset perbankan Islam adalah sebanyak RM147 bilion iaitu sebanyak 12.3%.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga telah mengguna pakai khidmat perbankan Islam, dalam urusan penerimaan dan pembayaran kerajaan. Kesemua akaun di 25 cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan di 10 Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS) bagi kementerian telah menggunakan perbankan Islam termasuk bank perdagangan yang menyediakan window perbankan Islam, Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Dalam laporan Euro Tribune minggu lepas, MD Kuwait Finance House mengatakan bahawa negara-negara Teluk sedang melarikan diri daripada simpanan mereka di negara-negara Barat sejumlah USD1.5 trilion. Negara-negara ini bersiap sedia untuk datang ke Asia untuk menjadikan sistem kewangan Islam di Asia ini sebagai tempat-tempat pelaburan mereka. Persoalannya, setakat manakah persediaan negara kita dalam bersaing dengan negara seperti Hong Kong, Australia dan juga China yang juga berusaha untuk membuka sistem perbankan Islam di negara mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun yang akan datang?

Soalan saya, kerana di dalam negara sendiri hakikatnya beberapa produk seperti produk Al-Bai-Bithaman Ajil dan juga Al-ijarah Thuman Bait merupakan produk-produk yang selalu digunakan oleh pelanggan tetapi ia nampaknya seperti menindas. Misalnya saya bagi contoh Albai Bithaman Ajil pinjaman perumahan, pinjam RM70,000 kita terpaksa membayar sampai RM140,000 ini sudah tentu melebihi daripada faedah yang dikenakan oleh bank konvensional.

Saya nak mendapat pandangan daripada kementerian, apakah kementerian berhasrat untuk meminda sistem dalam produk-produk pinjaman ini supaya tidak melakukan penindasan terhadap pelanggan. Ini kerana Bank Islam baru ini dikatakan penjenamaan baru, tetapi masih lagi berpemikiran dengan pemikiran lama. Kenapakah mereka tidak mengekalkan tulisan jawi di dalam logo Bank Islam itu? Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sebenarnya telah pun di bawah Program MIIFC iaitu Malaysian International Islamic Financial Centre. Melalui program ini memang kerajaan menggalakkan bank-bank luar masuk ke sini, dan setakat ini sudah ada tiga yang kita semua ketahui iaitu Financial House, Al-Raji, Al-Asia Banking daripada Timur Tengah.

Selain daripada itu mana-mana bank yang ingin membuka cawangan masing-masing dibenarkan, iaitu mereka sekarang ini tidak perlu membuka bank di sini tetapi mereka dibenarkan membuka cawangan mereka masing-masing di bawah Islamic Banking, Tuan Yang di-Pertua. Ini termasuk daripada Labuan dibenarkan juga buka cawangan di Semenanjung ataupun di seluruh Malaysia. Dah ada galakan dan memang pihak Timur Tengah sangat-sangat berminat untuk datang ke Malaysia, Tuan Yang di-Pertua.

Selain daripada itu seperti yang di sebut oleh Yang Berhormat tadi tentang produkproduk yang nampaknya ada unsur-unsur penindasan. Memang Tuan Yang di-Pertua, konsepnya menjual dan beli, jual dan dimasukkan keuntungan. Jadi nampak jelas banyak
bayaran yang akan dikenakan, tetapi ia ditetapkan daripada awal sehingga akhir. Produk-produk lain ia ada unsur-unsur kenaikan bila naik interest rate akan dinaikkan bayaran.

Sebenarnya produk-produk ini adalah produk Bank Negara yang sentiasa menerima cadangan-cadangan produk baru dan dinilai oleh Jawatankuasa Syariah Bank Negara. Kalau mana-mana produk yang didapati boleh dilancarkan, dilaksanakan akan di benar dilaksanakan. Bermakna produk-produk sentiasa berubah, Tuan Yang di-Pertua.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: