Dr Wan Azizah minta penjelasan langkah kerajaan supaya negara tidak disenaraihitam

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan pengoperasian Akta Antipemerdagangan Orang 2007 mencapai objektif Akta tersebut khususnya dalam memastikan mangsa yang dipermerdagangkan dibela dan dipelihara sepenuhnya.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri [Datuk Fu Ah Kiow]: Tuan Yang di-Pertua, Akta Antipermerdagangan Orang 2007 telah dikuatkuasakan sebahagiannya pada 1 Oktober 2007. Penguatkuasaan Bahagian I dan Bahagian II serta seksyen 66 dan seksyen 67 akta ini dilaksanakan bagi membolehkan Majlis Bagi Anti pemerdagangan Orang ditubuhkan dan melaksanakan fungsi-fungsinya termasuklah memastikan penyediaan infrastruktur bagi melaksanakan akta ini secara keseluruhan disediakan sepenuhnya.

Penyediaan infrastruktur ini termasuklah latihan kesediaan pegawai penguat kuasa, pegawai pelindung serta pegawai-pegawai perundangan bagi bidang kehakiman dan pendakwaan serta penyediaan tempat-tempat perlindungan dan pemulihan mangsa
pemerdagangan orang. Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 ini dijangkakan akan dilaksanakan secara keseluruhannya pada awal tahun 2008.

Walau bagaimanapun, penguatkuasaan akta ini bergantung kepada kesediaan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan lain yang terlibat dalam pelaksanaan akta ini seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan lain-lain.

Pada ketika ini, dua lokasi telah dikenal pasti bersesuaian bagi dijadikan tempat perlindungan mangsa pemerdagangan orang ini. Kajian terperinci masih lagi dilaksanakan bagi mengenal pasti lokasi-lokasi lain yang bersesuaian bagi dijadikan tempat perlindungan mangsa; memandangkan mangsa pemerdagangan orang ini bukan sahaja terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak, malah ia juga melibatkan mangsa lelaki. Sekian, terima kasih.

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Saya ingin hendak bertanya soalan tambahan; kerana negara kita telah disenaraihitamkan sebagai negara mengimport, transit dan juga mengeksport dalam pemerdagangan wanita dan manusia ini.

Jadi apakah kriteria-kriteria yang akan kerajaan terpaksa lakukan tindakan-tindakan supaya negara kita tidak akan disenaraikan lagi dan kita akan dikeluarkan daripada senarai tersebut. Soalan yang satu lagi adalah bagaimanakah tindakan yang diambil atas mangsa-mangsa kerana kita tidak mahu mangsa-mangsa itu telah dijadikan sebagai juga mangsa apabila mereka didakwa atas kesalahan imigresen dan atas kesalahan yang lain kerana mereka sepatutnya adalah mangsa pemerdagangan. Terima kasih.

Datuk Fu Ah Kiow: Malaysia ini disenaraihitamkan pada ketika itu mungkin mereka tidak sedar bahawa usaha sedang dijalankan untuk meluluskan satu akta di Parlimen dan sejak kita meluluskan akta ini bahawa pihak antarabangsa pun telah mengetahui keseriusan dan betapa seriusnya Malaysia terhadap menangani masalah anti pemerdagangan ini.

Tentang mangsa ini, salah satu elemen yang penting dalam pelaksanaan akta ini ialah bagaimana kita dapat membezakan mangsa yang betul-betul mangsa TIP atau trafficking in person atau mereka yang secara dengan kerelaan sendiri diperdagangkan. Untuk mereka yang diperdagangkan, tindakan akan diambil terhadap mereka yang melakukan pemerdagangan tersebut tetapi untuk mangsa, kita tidak ambil tindakan terhadap mereka. Untuk mereka yang memang tahu dan rela diperdagangkan, maka mereka boleh diambil tindakan di bawah lain-lain akta seperti imigresen dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: