Kerajaan gagal, kata Devamany (MIC – Cameron Highlands)

Dalam sesi soal jawab semalam, ketika Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Raman Suliman menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mengenai usaha kerajaan membantu kaum India di negara ini, Devamany bangun mencelah dengan berkata:

“50,000 orang datang semalam (Ahad), ini satu kegagalan Tan Sri (Yang Dipertua), jadi saya rasa perkara ini perlu dilihat secara serius,” katanya merujuk kepada perhimpunan haram Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) kelmarin kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) meminggirkan kaum India di Malaysia.

Devamany mengulangi perkara itu ketika Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum menjawab soalan beliau mengenai peratusan terkini kakitangan India dalam perkhidmatan polis dan tentera.

“Kerajaan sudah menjanjikan macam-macam dalam Dasar Pembangunan Malaysia 2020 dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk masyarakat India mengenai pengambilan kaum itu dalam perkhidmatan awam, peluang masuk ke IPTA, pelbagai latihan dan bantuan kewangan.

“Namun, reaksi semalam, hampir berpuluh-puluh ribu menunjukkan kekecewaan. Maka, ini menunjukkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri memberikan peluang yang kecil, tetapi janji yang besar,” katanya.

Ditemui di lobi Parlimen kemudiannya, Devamany berkata, beliau tidak kesal kerana membuat kenyataan itu dan beliau tidak mengkritik dasar kerajaan kerana apa yang dilakukannya hanyalah berjuang demi kepentingan masyarakatnya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: