Salahuddin: Pampasan Jambatan Bengkok RM222.4 juta wang rakyat

Pampasan wang rakyat RM222.4 juta umpama mencurah garam di laut, kata Salahuddin dalam soalan tambahannya kepada Menteri Kerjaraya, Dato’ Samy Vellu di Dewan Rakyat hari ini.

Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [Kubang Kerian] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan jika jambatan bengkok ke Singapura disiapkan dan jumlah yang perlu dikeluarkan apabila dibatalkan termasuk pampasan, jalan sementara dari Tambak Johor ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan lain-lain.

Menteri Kerja Raya [Dato’ Seri S. Samy Vellu]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Gerbang Selatan Bersepadu mempunyai dua pakej asal iaitu Pakej Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin iaitu KIK dan Pakej Jambatan Bengkok dan Jambatan Kereta api dengan izin Road and Rail Bridges.

Tarikh milik tapak bagi kedua-dua projek pakej ialah pada 1 Januari 2003 tetapi atas keputusan kerajaan, kontrak bagi Jambatan Bengkok telah ditamatkan pada 12 April 2006.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, harga asal kontrak bagi Pakej Jambatan Bengkok dan Jambatan Kereta api ialah RM1.113 bilion. Lanjutan dari keputusan kerajaan untuk menamatkan pakej Jambatan Bengkok, maka jumlah pampasan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM222.4 juta.

Bagi membolehkan Kompleks KIK beroperasi, kerajaan memutuskan untuk membina jalan sementara untuk menghubungkan Tambak Johor ke kompleks tersebut dengan jumlah kos RM190.7 juta.

Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 1 Ogos 2007 antara lain telah memutuskan supaya satu jawatankuasa Kabinet ditubuhkan bagi meneliti cadangan untuk membina sebuah laluan dari Tambak Johor ke Kompleks KIK.

Lanjutan daripada mesyuarat jawatankuasa tersebut, Kementerian Kerja Raya dijangka akan membentangkan memorandum Jemaah Menteri pada 28 November 2007 berhubung pelaksanaan laluan tersebut.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Kerja Raya telah mengambil kira keperluan-keperluan Kerajaan Negeri Johor dalam pelaksanaan laluan ini agar ia sejajar dengan rancangan struktur Pusat Bandar Johor Bahru serta infrastruktur.

Infrastruktur yang berkait dengannya seperti Koridor Monorail dan ‘Automated People Movable’. Kementerian juga telah membincangkan, memperincikan cadangan tersebut supaya operasi kenderaan berat tidak perlu dipindah ke link kedua.

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Berdasarkan jawapan yang diberi sebentar tadi, bila projek ini dibatalkan, makna kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM222.4 juta dan saya rasa ini satu jumlah yang besar, yang membazir yang telah menggunakan wang rakyat seolah-olah dicurahkan ke laut.

Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, semasa projek asal ini dicadangkan dalam era Yang Berhormat Perdana Menteri yang dulu, dibatalkan di dalam era Yang Berhormat Perdana Menteri yang ada pada hari ini.

Saya nak bertanya pada Yang Berhormat Menteri, apakah peranan Yang Berhormat Menteri sebagai Menteri Kerja Raya pada waktu cadangan asal ini dibuat dan pada waktu tiba-tiba projek ini dibatalkan. Macam dengan izin just play a fool, macam main-main. Ini duit rakyat yang dicurahkan.

Jadi soalan tambahan saya, apa peranan Yang Berhormat? Adakah jadi “yes man” saja? Dulu pun “yes man”…
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Menyampuk] Ini batu apilah, soalan batu apilah ini.
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: .. jadi minta penjelasan. Ini wang rakyat, Sri Gading. Wang rakyat, ini bukan sikit wang rakyat.

Dato’ Seri S. Samy Vellu: Ahli Yang Berhormat ini, dia jadi “yes man” kepada parti bukan? Bila Ahli Yang Berhormat ada pandangan sendiri? Tidak ada pandangan sendiri, bilabila masa pun. Bila ada soalan berkenaan dengan Parlimen, cakap Parlimen punya soalanlah.

Ini mahu cakap politik. Yang Berhormat minta soalan, saya bagi soalan dan jawapan sebagai
gentlemen, tapi you tak ada jawab macam gentlemen.

Tuan Yang di-Pertua, mana-mana satu keputusan yang dilakukan oleh kementerian itu bukanlah atas peribadi menteri. Jemaah Menteri memutuskan, bila-bila Jemaah Menteri mengambil apa-apa keputusan itu atas nama kerajaan. Kita ada juga satu-satu cadangan yang lain. Oleh kerana itu kita minta kontraktor jangan mula, jangan teruskan dengan kerja mulamulanya.

Selepas itu kita batalkan kontrak. 24 bulan kontraktor tunggu di tapak dengan pekerja dan juga dengan pegawai-pegawai. Oleh kerana kita mahu juga, jadi beberapa keputusan mesti dilakukan sebelum kita mula kerja. Ini bukanlah satu kerja yang boleh dilakukan.

Kita ada kaitan dengan Singapore dalam perkara ini. Yang Berhormat tak tahu, adakah tahu mana Singapore? Selatan ke utara?

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Yang Berhormat, masa hendak buat…
Dato’ Seri S. Samy Vellu: Saya tak nak bagi Yang Berhormat cakap. Ikutlah peraturan.
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Bukan, masa hendak buat…
Tuan Yang di-Pertua: Duduk Yang Berhormat.
Dato’ Seri S. Samy Vellu: Saya tidak bagi peluang.

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Ini soalan susah hendak jawab?
Dato’ Seri S. Samy Vellu: Saya tidak bagi peluang. Tuan Yang di-Pertua, ada juga beberapa paip-paip besar, air daripada Persekutuan ke Singapura. Satu-satu paip bila dipindahkan pun ambil masa dua tahun. Tidak tahu pula tu, satu hari kita pecahkan paip itu, siapa akan membayar ganti rugi kepada Singapura? Awak bayarkah?

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: [Menyampuk]
Dato’ Seri S. Samy Vellu: Mana, you tidak tahu, tidak tanya. Tidak mempunyai pengalaman dalam perkara…
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Dulu tak fikir ke? Dulu tidak fikir ke dulu?
Dato’ Seri S. Samy Vellu: Tidak, saya tidak bagi peluang lagi. Saya tidak bagi peluang.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Menyampuk]
Dato’ Seri S. Samy Vellu: Tidak tahu, cakap besar-besar. Mahu main-main juga. Ini
Dewan you tidak boleh main sama saya. You tahukah?

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat itu tidak tahu apa yang berlaku. Dia soal-soal saja, walaupun dia minta soalan, sebagai gentleman saya sudah jawab. Lagi dia mahu main politik dalam pandangan dia. Apa pandangan itu? Itu bukan pandangan, itu main-main saja.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: