Soalan MP PAS – 29 Nov, 2007

Soalan Jawab Lisan

  • Soalan ke 14 – Tuan Haji Ismail Bin Noh [ Pasir Mas ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan bagi melindungi negara ini dari jenayah besar dan nyatakan indeks jenayah besar mengikut negeri-negeri sepanjang 5 tahun kebelakangan ini.
  • Isu PKFZ: Lim Kit Siang cadang potong gaji Menteri Pengangkutan RM10

    Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: [Dewan riuh]. Apa lagi? Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya berdiri untuk mengemukakan satu usul yang berbunyi bahawa “Perbelanjaan diluluskan dengan syarat mengurangkan sebanyak RM10.00 daripada butiran 10000 emolumen iaitu dengan memotong gaji Menteri Pengangkutan sebanyak RM10.00” [Dewan riuh]. Mahu potong lebih banyak? [Dewan riuh].

    Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Tidak. Mahu potong you punya gaji sekarang.

    Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Nanti you kena potong. “Sebanyak RM10.00 di bawah Maksud Bekalan B.28 Butiran 10000 Emolumen”.

    Tuan Pengerusi, pada hari pertama sesi Perbahasan Bajet di Parlimen selama 45 hari bermula 27 Ogos ke 19 Disember 2007, saya telah membawa skandal bail out Zon Bebas Pelabuhan Kelang, Port Klang Free Zone (PKFZ) sebanyak RM4.6 bilion, melalui satu usul berkenaan perkara tertentu berkepentingan orang ramai dan berkehendak disegerakan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) iaitu bail out untuk Zon Bebas Pelabuhan Kelang kerana skandal PKFZ ini masih belum dipertanggungjawabkan kepada Parlimen sehingga sekarang sama ada oleh Menteri Pengangkutan ataupun Menteri Kewangan.

    Biarpun ia telah dibongkar di public domain seperti berikut:-
    (i) Penyelewengan pembelian tanah seluas seribu ekar biarpun terdapat bantahan daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara;
    (ii) Penyelewengan pengurusan yang menyebabkan Jebel Ali Free Trade Zone (JAFZI) menarik diri daripada projek ini dan mungkin bertukar menjadi sebuah projek gajah putih;
    (iii) Pertikaian terhadap kos PKFZ terlampau tinggi yang menjulang kepada RM4.63 bilion daripada anggaran asal RM1.1 bilion. Empat surat sokongan Kementerian Pengangkutan yang tidak sah dan dikeluarkan tanpa kebenaran di mana ia kemudian digunakan oleh kontraktor turnkey Kuala Dimensi Sdn. Berhad (KDSB) untuk mendapatkan bon sebanyak RM4.6 bilion; dan
    (iv) Perkadaran AAA daripada Malaysia Rating Corporation Bhd. untuk projek PKFZ.

    Mengapakah kerajaan dan 26 juta rakyat Malaysia perlu menanggung beban ini jika bail out RM4.6 bilion ini memang berlaku biarpun terdapat jaminan-jaminan awal bahawa projek PKFZ adalah bersesuaian dan mampu mencari sumber kewangan sendiri tanpa menggunakan walau seringgit untuk wang rakyat.

    Mengapakah Perdana Menteri melanggar janjinya untuk tidak menjalankan bail out untuk projek-projek gajah putih berbilion-bilion ringgit yang merupakan skandal kewangan terbesar untuk permulaan mana-mana perdana menteri?

    Itulah usul tergempar pada 27 Ogos. Biarpun begitu, usul tergempar saya pada hari pertama ini telah ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua kerana ia dilihat sebagai tidak perlu disegerakan.

    Sejak itu, untuk 3 bulan yang lepas, saya telah berkali-kali membangkitkan perkara ini untuk meminta kerajaan bertanggung jawab terhadap skandal bail out PKFZ sebanyak RM4.6 bilion ini tetapi saya terus menemui jalan buntu. Up against the wall kerana apa yang saya dapati ialah jawapan-jawapan yang boleh disifatkan sebagai dengan izin prevarication dan evasion.

    Memutarbelitkan dan penafian di mana persoalan saya ditendang daripada sesebuah kementerian ke sesebuah kementerian yang lain. Di kalangan Kementerian Pengangkutan kepada Kementerian Kewangan dan juga Jabatan Perdana Menteri, tiada sesiapapun yang ingin memberi jawapan bersesuaian atau menerima sikap bertanggung jawab di mana mereka ini sama ada menyatakan sama ada soalan saya telah dijawab ataupun ianya harus dijawab oleh kementerian yang lain.

    Saya telah membangkitkan skandal bail out PKFZ semasa Perbahasan Peringkat Dasar, Peringkat Jawatankuasa Perbekalan Tambahan 2007 serta Bajet 2008, tetapi Parlimen dan negara kita masih belum mendapat sebarang jawapan yang memuaskan hati. Apabila saya membangkitkan isu ini semasa Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Bajet 2008 untuk Jabatan Perdana Menteri, menteri yang berkenaan Yang Berhormat daripada Padang Rengas ada mengatakan bahawa soalan-soalan berkenaan skandal PKFZ haruslah dijawab dengan tepatnya
    oleh Menteri Pengangkutan.

    Apabila saya membangkitkan isu ini semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Bajet 2008 untuk Jabatan Perdana Menteri, Menteri yang berkenaan Yang Berhormat bagi Padang Rengas ada mengatakan bahawa soalan-soalan berkenaan skandal PKFZ haruslah dijawab dengan tepatnya oleh Menteri Pengangkutan.

    Apabila saya membangkitkan isu ini sekali lagi pada hari Isnin yang lalu semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan yang dijawab oleh Setiausaha Parlimen, beliau mengatakan bahawa beliau akan menjawab melalui jawapan bertulis. Saya telah meminta jawapan bertulisnya untuk disampaikan dalam masa satu minggu.

    Biarpun begitu Yang Berhormat Setiausaha Parlimen adalah tidak begitu komited terhadapnya. Sekarang ini sudah dua minggu berlalu dan saya masih menunggu mengenai jawapan bertulis itu.

    Apa yang sedang disembunyikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen dalam skandal bail out PKFZ sebanyak RM4.6 bilion ini? Sekarang saya dapatlah satu jawapan daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya tidak ada masa untuk meneliti tetapi nampaknya sangat umum dan tidak memberikan jawapan yang dikehendaki, yang perlu supaya ia adalah akauntabiliti, transparensi dan good governance dalam skandal PKFZ.

    Oleh sebab rekod latar belakang yang sebegini di mana prinsip kebertanggungjawaban tidak dijunjung, maka saya telah membantah pada minggu lepas terhadap apa yang saya sifat sebagai satu government on the run apabila Yang Berhormat Menteri Pengangkutan meninggalkan Malaysia ke London untuk menghadiri Perhimpunan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang ke-25.

    Oleh kerana beliau patut tahu bahawa perkara ini akan menjadi perkara yang utama dan tidak mendatangkan satu Escape Act tetapi sekurang-kurangnya protes ini adalah berkesan dan kita ada meminda satu jadual sehingga kementerian ini ditundakan daripada hari Khamis lalu kepada hari ini. Yang Berhormat Menteri pun ada di sini, saya mengalu-alukan sikap itu dan patutlah ia terus menjadi sikap semua menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian dan portfolio mereka.

    Saya harap pada hari juga kita boleh tengok akhirnya satu fabrication dan erasion; dan memberi jawapan yang tepat kepada soalan-soalan mengenai PKFZ’s scandal.
    Teruskan membaca

    Dato’ Halim minta bangunan IPD Kota Bharu diganti

    Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini mudah sahaja. Pertama saya hendak tahu bilakah bangunan kontinjen polis Kelantan ini siap dan berapakah jumlah perbelanjaan bila siap nanti.

    Yang keduanya bangunan IPD Kota Bharu yang berumur lebih 40 tahun sebelum perang lagi bangunan ini kayu yang sangat memalukan imej polis di Kota Bharu. Bilakah akan dibangunkan sedangkan kedudukan tanah telah selesai dengan kerajaan negeri.

    Datuk Fu Ah Kiow: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini saya fikir terkeluar sedikit. Ini isu pembangunan. Saya tak dapat jawab secara khusus, kalau secara bertulis saya boleh bagi jawapan. Terima kasih.
    (27 Nov 2007)