Isu PKFZ: Lim Kit Siang cadang potong gaji Menteri Pengangkutan RM10

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: [Dewan riuh]. Apa lagi? Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya berdiri untuk mengemukakan satu usul yang berbunyi bahawa “Perbelanjaan diluluskan dengan syarat mengurangkan sebanyak RM10.00 daripada butiran 10000 emolumen iaitu dengan memotong gaji Menteri Pengangkutan sebanyak RM10.00” [Dewan riuh]. Mahu potong lebih banyak? [Dewan riuh].

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Tidak. Mahu potong you punya gaji sekarang.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Nanti you kena potong. “Sebanyak RM10.00 di bawah Maksud Bekalan B.28 Butiran 10000 Emolumen”.

Tuan Pengerusi, pada hari pertama sesi Perbahasan Bajet di Parlimen selama 45 hari bermula 27 Ogos ke 19 Disember 2007, saya telah membawa skandal bail out Zon Bebas Pelabuhan Kelang, Port Klang Free Zone (PKFZ) sebanyak RM4.6 bilion, melalui satu usul berkenaan perkara tertentu berkepentingan orang ramai dan berkehendak disegerakan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) iaitu bail out untuk Zon Bebas Pelabuhan Kelang kerana skandal PKFZ ini masih belum dipertanggungjawabkan kepada Parlimen sehingga sekarang sama ada oleh Menteri Pengangkutan ataupun Menteri Kewangan.

Biarpun ia telah dibongkar di public domain seperti berikut:-
(i) Penyelewengan pembelian tanah seluas seribu ekar biarpun terdapat bantahan daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara;
(ii) Penyelewengan pengurusan yang menyebabkan Jebel Ali Free Trade Zone (JAFZI) menarik diri daripada projek ini dan mungkin bertukar menjadi sebuah projek gajah putih;
(iii) Pertikaian terhadap kos PKFZ terlampau tinggi yang menjulang kepada RM4.63 bilion daripada anggaran asal RM1.1 bilion. Empat surat sokongan Kementerian Pengangkutan yang tidak sah dan dikeluarkan tanpa kebenaran di mana ia kemudian digunakan oleh kontraktor turnkey Kuala Dimensi Sdn. Berhad (KDSB) untuk mendapatkan bon sebanyak RM4.6 bilion; dan
(iv) Perkadaran AAA daripada Malaysia Rating Corporation Bhd. untuk projek PKFZ.

Mengapakah kerajaan dan 26 juta rakyat Malaysia perlu menanggung beban ini jika bail out RM4.6 bilion ini memang berlaku biarpun terdapat jaminan-jaminan awal bahawa projek PKFZ adalah bersesuaian dan mampu mencari sumber kewangan sendiri tanpa menggunakan walau seringgit untuk wang rakyat.

Mengapakah Perdana Menteri melanggar janjinya untuk tidak menjalankan bail out untuk projek-projek gajah putih berbilion-bilion ringgit yang merupakan skandal kewangan terbesar untuk permulaan mana-mana perdana menteri?

Itulah usul tergempar pada 27 Ogos. Biarpun begitu, usul tergempar saya pada hari pertama ini telah ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua kerana ia dilihat sebagai tidak perlu disegerakan.

Sejak itu, untuk 3 bulan yang lepas, saya telah berkali-kali membangkitkan perkara ini untuk meminta kerajaan bertanggung jawab terhadap skandal bail out PKFZ sebanyak RM4.6 bilion ini tetapi saya terus menemui jalan buntu. Up against the wall kerana apa yang saya dapati ialah jawapan-jawapan yang boleh disifatkan sebagai dengan izin prevarication dan evasion.

Memutarbelitkan dan penafian di mana persoalan saya ditendang daripada sesebuah kementerian ke sesebuah kementerian yang lain. Di kalangan Kementerian Pengangkutan kepada Kementerian Kewangan dan juga Jabatan Perdana Menteri, tiada sesiapapun yang ingin memberi jawapan bersesuaian atau menerima sikap bertanggung jawab di mana mereka ini sama ada menyatakan sama ada soalan saya telah dijawab ataupun ianya harus dijawab oleh kementerian yang lain.

Saya telah membangkitkan skandal bail out PKFZ semasa Perbahasan Peringkat Dasar, Peringkat Jawatankuasa Perbekalan Tambahan 2007 serta Bajet 2008, tetapi Parlimen dan negara kita masih belum mendapat sebarang jawapan yang memuaskan hati. Apabila saya membangkitkan isu ini semasa Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Bajet 2008 untuk Jabatan Perdana Menteri, menteri yang berkenaan Yang Berhormat daripada Padang Rengas ada mengatakan bahawa soalan-soalan berkenaan skandal PKFZ haruslah dijawab dengan tepatnya
oleh Menteri Pengangkutan.

Apabila saya membangkitkan isu ini semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Bajet 2008 untuk Jabatan Perdana Menteri, Menteri yang berkenaan Yang Berhormat bagi Padang Rengas ada mengatakan bahawa soalan-soalan berkenaan skandal PKFZ haruslah dijawab dengan tepatnya oleh Menteri Pengangkutan.

Apabila saya membangkitkan isu ini sekali lagi pada hari Isnin yang lalu semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan yang dijawab oleh Setiausaha Parlimen, beliau mengatakan bahawa beliau akan menjawab melalui jawapan bertulis. Saya telah meminta jawapan bertulisnya untuk disampaikan dalam masa satu minggu.

Biarpun begitu Yang Berhormat Setiausaha Parlimen adalah tidak begitu komited terhadapnya. Sekarang ini sudah dua minggu berlalu dan saya masih menunggu mengenai jawapan bertulis itu.

Apa yang sedang disembunyikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen dalam skandal bail out PKFZ sebanyak RM4.6 bilion ini? Sekarang saya dapatlah satu jawapan daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya tidak ada masa untuk meneliti tetapi nampaknya sangat umum dan tidak memberikan jawapan yang dikehendaki, yang perlu supaya ia adalah akauntabiliti, transparensi dan good governance dalam skandal PKFZ.

Oleh sebab rekod latar belakang yang sebegini di mana prinsip kebertanggungjawaban tidak dijunjung, maka saya telah membantah pada minggu lepas terhadap apa yang saya sifat sebagai satu government on the run apabila Yang Berhormat Menteri Pengangkutan meninggalkan Malaysia ke London untuk menghadiri Perhimpunan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang ke-25.

Oleh kerana beliau patut tahu bahawa perkara ini akan menjadi perkara yang utama dan tidak mendatangkan satu Escape Act tetapi sekurang-kurangnya protes ini adalah berkesan dan kita ada meminda satu jadual sehingga kementerian ini ditundakan daripada hari Khamis lalu kepada hari ini. Yang Berhormat Menteri pun ada di sini, saya mengalu-alukan sikap itu dan patutlah ia terus menjadi sikap semua menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian dan portfolio mereka.

Saya harap pada hari juga kita boleh tengok akhirnya satu fabrication dan erasion; dan memberi jawapan yang tepat kepada soalan-soalan mengenai PKFZ’s scandal.

Bagi memudahkan Yang Berhormat Menteri, bolehkah memberi jawapan balasan kepada:

Pertama, adakah benar apabila pihak Lembaga Pelabuhan Kelang dan Kementerian Pengangkutan mendesak membeli tanah seluas 1000 ekar tanah Pulau Indah bagi PKFZ pada harga RM25 atas dasar willing buyer willing seller apabila ia di bantah kuat oleh Peguam negara, kamar dan Kementerian Kewangan yang mencadangkan tanah diperoleh pada harga RM10 kaki persegi. Kabinet telah memberikan kebenarannya berdasarkan dua syarat:

(i) jaminan kategori dan sangat categorical oleh Menteri Pengangkutan pada masa itu bahawa cadangan PKFZ boleh dilaksanakan dan dibiayai sendiri iaitu feasible dan self financing tidak memerlukan sebarang tanah awam; dan
(ii) bahawa setiap perubahan RM100 juta dalam kos pembangunan PKFZ perlu dapat kebenaran Kabinet terlebih dahulu.

Ada dua syarat, adakah ia benar? Kita mahu jawapan tetapi sehingga sekarang kita tidak mendapat jawapan. Kalau benar katakan benar, kalau tidak benar katakan tidak benar, kenapa lari? Kenapa lari daripada…

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini Usul atau berucap terus?
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Apa itu?
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Biarkan. Dia tidak tahu peraturan.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Berapa kali mahu cakap perkara ini?
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Kalau mahu kacang keluar. Di dalam ini tidak ada kacang untuk dimakan.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Di dalam ini tidak mahu kacang, kita mahu isi kacang.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Berani. Berani.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Mahu pisang?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau mahu saya boleh bagi.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Kalau mahu keluar, jangan kacau di sini.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, teruskanlah.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya. Yang kedua, soalan kedua…
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini beribu-ribu kali sudah cakaplah!
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ini bukannya tempat untuk monyet-monyet. Ini untuk Ahli Parlimen.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tidak ada untuk babi di sini. Untuk babi tidak ada tempat di sini, ya?
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Untuk Ahli Parlimen bincang hal negara ….
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Untuk babi tidak ada di sini.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, cukuplah.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Soalan yang kedua, dalam peristiwa ini, syarat pertama telah dimungkiri apabila projek PKFZ melonjak daripada RM1.1 bilion kepada RM4.6 bilion memerlukan campur tangan kerajaan dan bailout sungguhpun melalui soft loan. How soft, nobody knows!
Ia memerlukan campur tangan kerajaan dan bailout apabila syarat kedua pun telah dimungkiri dengan kos pembangunan PKFZ yang asal yang bernilai RM400 juta melonjak kepada RM2.8 bilion tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Kabinet bagi setiap perubahan RM100 juta dalam kos pembangunan. Kenapa sampai sekarang tidak ada jawapan?

Benar atau tidak benar? Kalau tidak benar katakan tidak benar dan kalau benar mengaku. Dua
syarat ini telah dimungkiri!

Ketiga, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan tanpa mengikut undang-undang adalah mengeluarkan empat surat sokongan (letter of support) kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd, kontraktor turnkey PKFZ untuk menerbitkan bon yang bernilai RM4 bilion dan dianggap sebagai
jaminan kerajaan oleh pasaran. Benar atau tidak benar? Say so! Kenapa sampai sekarang on
the run, tidak berani engage?

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan tidak mempunyai kuasa langsung mengenai perkara tersebut untuk mengeluarkan surat jaminan kewangan oleh kerajaan di mana ia hanya boleh dikeluarkan oleh Menteri Kewangan dan selepas mendapat kebenaran Kabinet.

Surat sokongan pertama dikeluarkan oleh bekas Menteri Pengangkutan yang sekarang ini Tun Dr. Ling Liong Sik, pada 28 Mei 2003 iaitu pada hari terakhir Tun Dr. Ling sebagai Menteri Pengangkutan.

Sementara surat sokongan yang tiga lagi dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri yang sekarang.

Soalan keempat, empat surat sokongan tanpa mengikut undang-undang yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan masih mendapat jaminan kerajaan. Ini adalah kerana Kabinet pada pertengahan tahun …

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, berapa panjang lagi? Ini banyak menyentuh yang terkeluar. Yang hendak dipotong ini RM10 sahaja.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya, RM10 sahaja, tetapi ini berbilion-bilion ringgit sebab itulah hendak dipotong RM10.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Emolumen sahaja, Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: RM10 itu maknanya bukan amaun yang mustahak. RM1, RM5, RM10 itu bukan angka tetapi ertinya. Ini satu merupakan satu censure motion.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Jauh kepada dasar, Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Principle.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Bukannya bererti RM10. Kalau begitu RM100 lebih penting bukan, tetapi itu merupakan isi kandungan Usul ini apa yang mustahak.

Keempat ialah empat surat sokongan tanpa mengikut undang-undang yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan yang menjadi jaminan kerajaan. Ini adalah kerana Kabinet pada pertengahan tahun ini telah memberikan kebenaran, retrospective. approval kepada empat surat sokongan tanpa mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan empat tahun lepas yang mengakibatkan hutang sebanyak RM4.6 bilion lagi kerajaan dalam bailout PKFZ.

Kelima, kenapa tidak ada tindakan diambil terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling, Menteri Pengangkutan masa kini, dan pegawai-pegawai-pegawai kerajaan atau luar kerajaan yang bertanggungjawab atas penyalahgunaan kuasa ini bagi pengeluaran empat surat sokongan yang tidak mengikut peraturan? Yang Berhormat Menteri ada berkata bahawa beliau tidak mengetahui jawatan beliau sebagai Menteri Pengangkutan tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat-surat sokongan tersebut. Adakah Yang Berhormat Menteri menafikan bahawa dia ada berkata bahawa dia tidak tahu, dia tidak ada kuasa? Bolehkah dia menafikan?

Kalau tidak, dia tidak ada kuasa? Bolehkah dia menafikan? Kalau tidak tahu apa yang dikatakan
tidak benar, say so, tetapi dia tidak boleh say so. Kalau tidak kenapa tidak berani untuk mengakui?

Dia kata dia tidak tahu dia tidak ada kuasa sebagai Menteri Pengangkutan untuk memberi surat sokongan tersebut. Adakah ini merupakan penjelasan yang dapat diterima oleh kerana ia mengakibatkan kerajaan dibebankan dengan skandal PKFZ yang bernilai RM4.6 bilion ini.

Sungguhpun ini betul, perkara ini saya ada bangkit banyak kali tetapi tidak ada jawapan langsung, yes, no. Kenapa begitu sukar dapat answer yes, no, kepada soalan-soalan yang begitu pokok mengenai bertanggungjawab, akauntabiliti, transparensi, integriti, good governance kerajaan ini.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Cukuplah.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Cukup? You tutup dua matalah. You tutup tiga mata pun boleh tutup. Cyclops, cyclops.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Telinga pun tutup.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, habiskanlah, Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya. Kenapa kasi sahaja kepentingan negara? Mereka tidak peduli sahaja. [Disampuk] Apa itu? Apa guna ucap, RM4.6 bilion down the drain, mereka pun tidak kisah oleh kerana mereka mahu take participate, kalau boleh, bukan? Mahu ambil bahagian kalau boleh.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Mahu dapat kontrak.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Masa sudah sampai untuk kita dapat satu jawapan yang tepat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Selalu sudah jawab apa.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Jawab. Saya baru dengarkan kelima-lima, benar atau tidak benar, sampai sekarang tidak ada jawapan. Mana jawapan?
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Tidak benarlah.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Bolehkan kita terima sebagai contohnya bahawa letter of support dikeluarkan yang bernilai RM4.6 bilion oleh Menteri Pengangkutan dahulu dan sekarang. Bolehkah kita terima bahawa Yang Berhormat Menteri Pengangkutan kata dia tidak
tahu dia tidak ada kuasa. Is that an acceptable excuse? Kalau begitu, where is accountability
and where is responsibility?

Dalam perkara ini, saya boleh sebut satu pandangan, acceptable or not? Dengan izin, ini satu posting dalam blog saya, is it acceptable Menteri kata dia tidak tahu dia tidak ada kuasa.
Dengan izin, “No, it is not acceptable. A Minister cannot plead ignorance regarding what
he is authorised or not authorised to do as an excuse – and yet claim he is not half past six.It is ironical that if a bank officer exceeds his authority in a loan approval by a few hundred thousand Ringgit he can be prosecuted under Banking and Financial Institutional Act for jeopardizing public funds but where a minister exceeded his authority committing public funds measured in terms of billions of Ringgit he is not only not held accountable but the government ratified his unauthorized acts.”

Ada Ahli-ahli Parlimen kata, “No lah, bukan masalah.” Bukankah ini malu? Mana ada akauntabiliti?

Lagi satu sebab kenapa kita tidak boleh terima alasan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan ialah adakah benar dia tidak tahu? Adakah Yang Berhormat Menteri Pengangkutan tidak tahu dia tidak ada kuasa sebagai Menteri Pengangkutan, tidak ada kuasa
untuk mengeluarkan letter of support berbilion-bilion ringgit, bahawa ini boleh dibuat oleh Menteri Kewangan dan dengan kebenaran Kabinet. Adakah benar dia tidak tahu? Bukankah Yang Berhormat Menteri untuk dekat empat tahun memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan antara Disember 1999 kepada Jun 2003 apabila dia dinaikkan pangkat menjadi Menteri Pengangkutan.

Untuk empat tahun dia menjadi Timbalan Menteri Kewangan, dia tidak tahu mengenai prosedur, mengenai peraturan, mengenai the do’s and the don’ts. Kalau begitu, kenapa dia
buang masa sebagai Timbalan Menteri Kewangan? Dia patut tahu. Kalau dia tahu, mengapa
boleh mengeluarkan letter of support dan yang lebih mustahak kenapa tidak ada tindakan diambil terhadap Tun Ling Liong Sik, seorang yang hari terakhir menjadi Menteri Pengangkutan.
Bagaimana boleh menandatangani satu letter of support? Habis tugasnya dan commit kerajaan
dan negara dalam memulakan satu skandal RM4.6 bilion, PKFZ scandal.

Bukan ini satu criminal breach of trust? Dia patut didakwa, patut diheret ke mahkamah oleh kerana criminal breach of trust, abuse of power dan hack of the responsibility. Ini kita mahu
tahu apa latar belakang. Kenapa ini boleh berlaku begitu lama, 2003 sampai 2006. Kenapa Kementerian Kewangan tidak tahu? Saya mahu satu penjelasan lagi. Answer lagi, yes, no.

Bukankah benar bahawa barulah pada Disember 2006 Kementerian Kewangan baru tahu bahawa Kementerian Kewangan atau Menteri Pengangkutan ada keluarkan empat letters of support yang commit kerajaan RM4.6 bilion yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan tanpa autoriti dan Menteri Kewangan tidak tahu. So what is happening? Left hands do not know what right hand is doing.

Barulah pada awal Disember 2006, Kementerian Kewangan dimaklumkan oleh pihak lead ranger bahawa letter of support telah dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan dan bagi beberapa penerbitan bon dan bahawa inilah merupakan satu komitmen financial guarantee.

Menteri Pengangkutan tidak ada kuasa, tidak tahu dia buat. Menteri Kewangan tidak tahu untuk tiga tahun. Adakah kita satu kerajaan bumbling and symbolic dan berbilion-bilion ringgit? Ini satu skandal yang pertama dalam pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang lebih besar daripada first scandal Tun Dr. Mahathir.

Tun Dr. Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri, first scandal beliau ialah BMF scandal, Bumiputera Malaysia Finance scandal, RM2.5 bilion. Itu first scandal. Sekarang first scandal Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ialah Port Klang Free Zone scandal, lebih besar, RM4.6 bilion. Sekurang-kurangnya untuk BMF scandal, Tun Dr.Mahathir rela mengadakan satu public enquiry. A three-man public enquiry, Ahmad Nordin enquiry.

Kenapa kerajaan Pak Lah, yang kata bahawa mahu ketelusan, akauntabiliti, terbuka, integriti, tidak rela mengadakan public enquiry?

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: [Menyampuk] Cakap saja.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Bila banding dengan zaman Tun Dr. Mahathir, nampaknya lebih buruk, worst. Adakah Yang Berhormat Menteri rela dalam perkara ini tunjuk bahawa he is innocent? Bahawa whether he is well advised, lebih mustahak he is innocent, his hand is not in the tail dan mengadakan satu public enquiry. RM4 bilion, where has it gone? Sudah pergi mana? Sehingga perlu sokongan kerajaan, wang rakyat, where has it gone? Kepada orang-orang dalam MCA, kepada orang-orang dalam UMNO, kepada orang-orang dalam BN di Sarawak? Khasnya Bintulu. Tidak tahu ada pergi Kinabatangan atau tidak. Mungkin sebab itu dia bising di sini.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jangan tuduh ya.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Sedikit kacang, sedikit kacang, sedikit pisang, cukup.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tarik balik.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Jangan buat tuduhanlah.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tarik balik.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Kita mahu tahu itu, adakah benar?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tarik balik.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Dia mahu kacang ke pisang?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tarik balik. Kalau tidak saya tidak berhenti bercakap.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Kita mahu tahu…
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tarik balik.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: … ke mana RM4.6 bilion sudah pergi?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tarik balik, anjing.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Sebab itu kita mahu satu public enquiry.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Binatang, tarik balik.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Public enquiry bahawa satu…
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Anjing, tarik balik.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: …public enquiry..
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Binatang, tapir tarik balik.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Itu fitnahlah, kawan.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Sandakan adalah untuk makhluk-makhluk semacam ini.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tarik balik.
Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Hina binatang.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tarik balik.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: What is the place in Sandakan…

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dia cakap gila, tarik balik.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Kinabatangan ya.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dia tuduh saya, tarik balik.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: … ada satu taman untuk makhluk-makhluk…
Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Suruh Kinabatangan duduk.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kalau tidak ada Yang Berhormat deny sajalah.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tarik balik.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya.
Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Bigfoot, bigfoot!
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tarik balik. Ini anjing semua.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Kita mahu accountability kita mahu transparency. Inilah kenapa untuk BMS scandal, Perdana Menteri boleh mengadakan satu public enquiry tetapi tidak dan kenapa Yang Berhormat Menteri apabila sain letter of support, tidak dapat nasihat daripada penasihat peguam dalam kementerian beliau, kenapa? Patutlah dapat penasihat daripada kementerian beliau.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Point of Order, duduk, duduk.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Siapa boleh minta Point of Order, Ahli Parlimen sahaja bukan?
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia minta Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Dia Ahli Parlimen kah? Takbur.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tuan Pengerusi, 36(6) inilah Ketua Pembangkang menghina orang. Sendiri ingat dia terlampau pandaikah? Cakap pusing, pusing,
dia punya orang sudah bodoh mahu ikut dia. Inilah DAP tidak ada kemajuan. Tarik balik sangkaan jahat terhadap saya.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Siapa makan cili dia terasa pedaslah.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Apa makan cili you hendak bagi saya cili makan mulut you?
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: You jangan cabar saya orang lain boleh. Not me, wrong person.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila duduk Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: You want me anytime, you choose your place. Tarik balik.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Ipoh Timor.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Terima kasih, terima kasih you give me a berita I tell
you. Thank you for the berita, ya saya mahu teruskan sekarang. Saya harap kita ini satu isu
yang serius…
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tarik baliklah Ipoh Timor.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Satu isu yang serius…
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Habiskanlah Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Outside there you go, outside there, go. Ada kacang dan pisang di luar.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Jangan hina oranglah, jangan fitnah orang.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Kalau mahu dapat hormat sendiri mahu berlaku hormatlah.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: You bapa monyet, you punya muka macam monyetlah.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, sila Yang Berhormat bagi Ipoh Timor habiskanlah.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: You punya muka macam monyet, macam babi.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Habiskanlah Ipoh Timor.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Kita boleh tengok perkara orang semacam itu tidak exist lah, kalau tidak menjatuhkan maruah Dewan yang mulia ini sahajalah.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kau punya maruah tidak ada macam mana hendak jatuh?
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Jadi ialah kadang-kadang sabar sahajalah Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: It doesn’t exist, this voice doesn’t exist, we don’t hear, we don’t see there’s the best lah.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, sila habiskan Ipoh Timor.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Part of the furniture part of the …
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: No standard.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Kinabatangan, Ipoh Timor cukuplah.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Okey. Saya harap oleh sebab Yang Berhormat Menteri ada balik daripada London untuk menghadapi soalan ini, saya harap boleh dapat satu jawapan yang boleh memberi accountability. Oleh sebab kalau tidak it’s not going to go away, it’s going to horn Yang Berhormat Menteri’s career and it’s going to destroy your career. Sekian,
terima kasih.
DR. 27.11.2007
83
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli Yang Berhormat, usul seperti yang
dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Timor tadi terbuka untuk dibahas. Ya,
Kinabatangan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: