Dr Hayati: Apakah dasar TNB memotong bekalan bekalan kerana lewat bayar bil?

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini bukan soal tidak ada bekalan tetapi pemotongan bekalan. Baru-baru ini saya mendapat banyak rungutan daripada orang-orang kampung. Mereka lewat sedikit membayar bil elektrik sudah mendapat surat amaran daripada TNB mengatakan pemotongan akan dilakukan.

Jadi saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian, apakah ini merupakan satu dasar daripada TNB yang baru-baru ini mengumumkan keuntungan, tidak membayar pada tarikh yang ditetapkan sudah diberi surat amaran bahawa pemotongan akan dilakukan. Bukan sampai beratus-ratus, ada RM30 lewat sedikit sudah hendak dilakukan pemotongan. Bagaimana dasar
yang digunakan TNB sekarang ini. Terima kasih.
(10 Disember 2007)

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Yang Berhormat bagi Pendang. Berhubung dengan dasar daripada Tenaga Nasional Berhad suka saya nyatakan bahawa Tenaga Nasional Berhad lazimnya setelah menghantar bil ke rumah seseorang pelanggan ia
memberi tempoh selama 30 hari untuk pengguna itu menjelaskan bilnya dan sekiranya setelah 30 hari pengguna tidak menjelaskan bilnya maka satu surat amaran akan dikeluarkan iaitu selama tujuh hari untuk masih lagi memberi peluang kepada pengguna itu untuk menjelaskan bil yang tertunggak.

Walau bagaimanapun, lazimnya ia mengatakan tujuh hari sebagai surat amaran sekiranya tidak melunaskan bayaran kepada Tenaga Nasional Berhad maka tindakan pemotongan boleh diambil tetapi lazimnya Tenaga Nasional Berhad tidak melakukan pemotongan selepas tujuh hari ini. Lazimnya mereka akan mengambil masa lebih daripada 10 hari sehingga 12 hari. Mereka tidak begitu zalim iaitu selepas tujuh hari terus melakukan pemotongan. Masa yang diberi oleh Tenaga Nasional Berhad untuk memotong bekalan elektrik
ini melebihi masa yang sebenarnya yang telah ditetapkan oleh Akta Bekalan Elektrik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: