Ketua Pembangkang minta penjelasan tentang status Kawasan Larangan di Parlimen

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tuan Yang di-Pertua, atas Point of Order dan Principle Privilege mengenai dengan 26(1)(b) mengenai apa yang berlaku semalam penangkapan BERSIH di Parlimen. Ada Ahli-ahli Parlimen berjumpa Tuan Yang di-Pertua
mengenai perkara ini dan ingin tahu dari pihak IGP mengenai keadaan dan perkara yang sangat penting mengenai prinsip kedaulatan Parlimen. Bahawa bukanlah subordinat dan tidak dihormati oleh pihak polis dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mengenai perkara ini. Ini adalah terlibat ataupun berkait dengan keutuhan ataupun kesucian dan kemuliaan Parlimen. Sebenarnya keutuhan dan kesucian ataupun sensitiviti Parlimen adalah berada dalam Dewan ini
sahaja.

Ini pendapat saya. Sekiranya ada perkara-perkara Dewan ini yang digugat bermakna sensitiviti tidak Dewan ini tidak diganggu gugat dalam menjalankan urusan perbahasan sebagai Ahli Parlimen, tugas Ahli Parlimen untuk kepentingan orang ramai.

Walau bagaimanapun kalau ada perkara-perkara lain yang berlaku, umpamanya menggugat ketenteraman ataupun ada jenayah berlaku atau difikirkan akan berlaku yang menggugatkan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini jadi pihak polis pun boleh datang kalau ada jenayah berlaku.

Ataupun yang lainnya kalau ada perkara-perkara yang lain berlaku yang dikatakan, yang disebut, yang boleh diiktiraf sebagai menghasut dalam erti kata Akta Hasutan, itu juga bukan satu yang termasuk dalam sensitiviti Parlimen. Itu juga boleh didakwa.
Begitu juga perkara yang boleh mengganggu-gugat, umpamanya perjalanan mahkamah yang boleh membabitkan keadilan kepada yang terlibat dalam perbicaraan mahkamah. Jadi sensitiviti ataupun kemuliaan dan keutuhan Parlimen itu juga ada batasnya, tidak mutlak. Pada pendapat saya juga bahawa mengikut prinsip Parlimen di kawasan Parlimen.

Mengikut akta, kebetulan saya semak semalam. Mengikut Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959, jelas juga menunjukkan bahawa, saya baca seksyen yang relevan “Ketua Polis Negara, mana-mana ketua pegawai polis dan mana-mana pegawai polis yang berpangkat penolong penguasa dan sebagainya dan bertugas menjalankan tugas mengawal atau jaga di
dalam kawasan larangan atau tempat larangan untuk menjalankan kuasa-kuasa seorang pegawai berkuasa di bawah akta ini.”

Parlimen adalah satu kawasan yang telah diberi notis ataupun digazet sebagai kawasanlarangan dalam erti kata Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Seksyen 4(1) menyatakan “Jika berhubung dengan mana-mana kawasan pada hemat Menteri adalah perlu sesuai manfaat bahawa langkah-langkah khas patut diambil bagi mengawal pergerakan dan kelakuan orang-orang di dalamnya, dia boleh dengan perintah mengisytiharkan kawasan itu sebagai kawasan larangan”. Itu dah dibuat tadi iaitu prinsip Parlimen ini telah digazet sebagai kawasan larangan.

Seksyen 4(2) “Mana-mana orang yang berada di dalam mana-mana kawasan larangan hendaklah mematuhi apa-apa arahan bagi mengawal selia pergerakan dan kelakuannya yang diberi oleh pegawai berkuasa. Seorang pegawai berkuasa boleh memeriksa mana-mana orang yang memasuki atau bertujuan untuk memasuki atau berada di dalam kawasan larangan dan boleh menahan mana-mana orang tersebut bagi tujuan memeriksanya”.

Seksyen 4(3) “Jika mana-mana orang semasa berada di dalam kawasan larangan tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberi di bawah subseksyen (2), maka tanpa menjejaskan apaapa prosiding yang boleh diambil terhadapnya dia boleh dikeluarkan dari kawasan tersebut oleh pegawai berkuasa”.

Jadi jelas di sini bahawa Parlimen sebagai kawasan larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959, pihak polis jelas boleh menjalankan kuasa-kuasa seperti yang disebutkan tadi. Parlimen adalah satu kawasan yang telah digazet sebagai kawasan larangan.

Walau bagaimanapun Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah pun bercakap dengan Ketua Polis dan juga masa akan datang ini saya akan berbincang dengan polis tentang prosedur-prosedur yang tertentu mengenai prinsip-prinsip ataupun kawasan larangan Parlimen, dan juga berkaitan dengan apa-apa tindakan di masa akan datang nanti.

Itu sebagai prosedur tetapi pada asasnya pihak polis mempunyai kuasa-kuasa yang saya sebutkan tadi ke atas kawasan Parlimen ini.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Bukankah ini satu pengumuman ataupun satu tafsiran yang sangat berbahaya kali yang pertama di mana-mana Parlimen di dunia bahawa kita menerima sanctity Parlimen dan presint Parlimen begitu sempit di chamber ini sahaja. Ia tidak pernah berlaku. Kalau begitu adakah ini bererti bahawa Ahli Parlimen boleh ditangkap di bawa keluar Dewan ini. Ini unthinkable. Tidak boleh.

Ini bukan bahawa Ahli Parlimen kebal (immunity) tetapi dalam bangunan Parlimen dan presint Parlimen adalah sanctity Parlimen dan tidak boleh dicabuli. Oleh kerana far-reaching consequences ini dan kita tidak mahu menjadi laughing-stock the Commonwealth, Parlimen di dunia bukankah mustahak perkara bahawa ini patutlah dikaji dengan sedalam-dalamnya mungkin oleh Committee of Privileges atau apa-apa supaya kita tidak buat sesuatu tafsiran yang menidakkan prinsip kemuliaan dan kesucian Parlimen ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada sesetengah Parlimen di dunia ini mempunyai prosedur-prosedur yang tertentu mengenai sanctity of Parliament mengikut konvensyen, tetapi mengikut akta kita dan Malaysia mempunyai undang-undang yang tertulis,
sesetengah negara tidak ada mempunyai undang-undang yang tertulis tetapi konvensyen kebanyakannya walaupun ada juga undang-undang, jadi kita mengikut undang-undang tertulis yang ada.

Ini tidak sama sekali mengikat atau mengongkong hak Ahli-ahli Parlimen untuk berbahas dan untuk mengemukakan apa-apa jua bagi kepentingan orang ramai. Dalam pada itu asasnya itu seperti tadi. Walau bagaimanapun saya akan membincangkan prosedur mengenai perkara ini dengan pihak yang berkenaan. Itu sahajalah.
(12 Dis. 2007)

Advertisements

Satu Respons

  1. […] selepas ini, mungkinkah kerajaan yang sama ataupun sudah bertukar dengan kerajaan yang lain ( pembangkang negara). Masa kian hampir. Sebagai rakyat Malaysia. Kita mesti selesaikan tanggungjawab kita iaitu […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: