Dividen KWSP: BN digesa tidak salahguna dana rakyat

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan pengumuman kerajaan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membayar dividen sebanyak 5.8 peratus pada tahun ini. Ia adalah satu berita baik untuk rakyat, khususnya pencarum KWSP. Walau bagaimanapun, DPP Pusat mengingatkan Kerajaan BN supaya tidak mengambil kesempatan daripada peningkatan dividen ini untuk mengelirukan rakyat atau menyalahgunakan dana rakyat untuk kepentingan kroni.

DPP Pusat menyedari bahawa Kerajaan BN melalui KWSP sengaja membayar dividen yang tinggi pada tahun ini iaitu kurang 0.2 peratus daripada sasaran MTUC sebagai satu strategi pilihan raya. Peningkatan dividen ini menggambarkan kecekapan pengurusan KWSP, pelaburan yang berkesan dan pengurusan dana kewangan yang baik. Tetapi mungkin hakikat sebenar tidak begitu kerana telah diketahui umum dana dan pelaburan KWSP seringkali dipengaruhi oleh kepentingan kroni BN. Dan kali ini Kerajaan BN sengaja membayar dividen yang tinggi supaya rakyat merasa senang hati selepas kenaikan harga barang, selain menambahkan keyakinan rakyat terhadap BN.

Kebimbangan DPP Pusat ialah manipulasi BN terhadap keuntungan yang diperolehi oleh rakyat untuk memaksa mereka melupakan kezaliman dan penindasan BN selama ini. Lebih parah lagi apabila dana KWSP yang ‘untung besar’ ini akan dipaksa untuk membail out projek-projek kroni BN sebagai satu strategi mengisi dana pilihan raya mereka. Telah menjadi kebiasaan BN mengagihkan projek-projek kepada kroni menjelang pilihan raya seperti mengagihkan sejumlah RM3.8 sub kontrak untuk projek landasan berkembar kepada kontraktor Bumiputera (baca: Umno) bagi menampung dana pilihan raya. Syarikat-syarikat besar juga bakal ‘dipaksa’ mengisi dana ini. Dan KWSP adalah antara dana awam yang sering disalahgunakan untuk membiayai projek-projek ini sekaligus mengisi dana pilihan raya mereka.

Rakyat jangan terlalu gembira dengan dividen 5.8 peratus ini kerana KWSP sendiri hampir-hampir bangkrap ekoran bail out besar-besaran oleh Kerajaan BN ke atas kroni-kroni mereka semenjak 1998. Dana awam ini sengaja disalahgunakan untuk kepentingan sempit mereka. Jika tidak kerana disalahgunakan, mungkin kadar 5.8 peratus ini patut dinikmati semenjak akhir 1990-an lagi, tetapi ia hanya berlaku 10 tahun kemudian, itupun kerana pilihan raya. Rakyat boleh jadi telah menikmati kadar yang mencecah 10 peratus pada tahun ini jika dana tidak diselewengkan untuk kroni. DPP Pusat mengakui bahawa KWSP bijak melabur dan menguruskan dana sehingga mampu mengagihkan keuntungan yang tinggi, tetapi malangnya ia sering diganggu oleh campur tangan politik BN. Kerana itu, rakyat harus berhati-hati dengan manipulasi ini dan jangan berpuas hati dengan kadar yang tinggi kerana kita berhak mendapat yang lebih tinggi jika tidak diselewengkan.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: