PRU 12: Peluang rakyat tebus semula hak yang digadai BN

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan kenyataan dangkal Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa sekiranya rakyat mengundi pembangkang akan menggadai masa depan negara.

Salahuddin Bagi DPP Pusat, sebarang perubahan yang dibuat oleh rakyat tidak akan menjejaskan negara, bahkan perubahan ini bertujuan menambahkan kebaikan kepada rakyat dan negara setelah sekian lama di perintah secara zalim oleh Kerajaan BN.

Adalah satu kenyataan yang silap bagi seorang pemimpin apabila menganggap perubahan adalah menggadai masa depan. Bukankah untuk kita lebih berjaya dan mencapai sesuatu yang lebih bermakna kita perlu berubah, dan mengundi pembangkang adalah satu cara kita berubah.

Nabi Muhammad SAW sendiri berhijrah ke Madinah apabila kerajaan Mekah yang dikuasai oleh orang Quraisy menolak Islam. Ini adalah satu bentuk perubahan untuk kebaikan, bukannya menggadai masa depan.

Rakyat harus melihat apakah keadaan sedia ada dengan kos hidup yang begitu tinggi, indeks kebebasan media yang teruk, indeks rasuah yang tinggi, perlaksanaan demokrasi tempang, salah guna kuasa dan penyelewengan yang begitu meluas dan sebagainya sebagai suatu yang cukup baik? Atau kita perlu berubah sekarang.

Bagi rakyat di negara maju seperti Eropah dan AS, mengundi pembangkang bertujuan untuk memulihkan semula negara yang dirosakkan oleh regim sebelumnya. Lihatlah bagaimana rakyat Britain, Australia dan AS membuat perubahan. Mereka tidak menggadai masa depan negara.

Hari ini, parti pembangkang di AS mendapat sambutan begitu meluas kerana dasar-dasar zalim regim George W Bush. Mereka mahu mengundi pembangkang untuk kebaikan. Dahulupun, di rantau ini, rakyat menjatuhkan Suharto dan tentera menjatuhkan Takhsin Sinawatra dengan tujuan untuk kebaikan kepada negara. Mereka bukan menggadai masa depan.

Kita harus sedar bahawa telah banyak perkara yang tergadai di Negara ini hasil kerakusan Kerajaan BN selama 50 tahun. Tanah rezab Melayu telah tergadai, bahasa Melayu tergadai, agama Islam tergadai, pendidikan Melayu tergadai, bahkan tanah-tanah ladang Felda juga hampir tergadai.

Di Felda Kemahang 3, rakyat terpaksa menebus semula hak mereka yang tergadai di Mahkamah Tinggi. Tiba-tiba pada hari ini, Menteri Felda memberitahu peneroka jangan gadai masa depan negara kepada pembangkang. Pilihan raya ini adalah peluang seluruh rakyat menebus semula segala hak yang telah digadai oleh BN, dan tawaran negara kebajikan oleh PAS adalah untuk menebus semula segala yang tergadai itu.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

3 Respons

  1. tumpang..

    JOM KITA MERAMAIKAN FORUM MELAYU KITA. MASIH BELUM RAMAI ORANG, BARU LAGI
    JOM KITA MERAMAIKAN FORUM MELAYU KITA. MASIH BELUM RAMAI ORANG, BARU LAGI
    JOM KITA MERAMAIKAN FORUM MELAYU KITA. MASIH BELUM RAMAI ORANG, BARU LAGI
    JOM KITA MERAMAIKAN FORUM MELAYU KITA. MASIH BELUM RAMAI ORANG, BARU LAGI

    JOM KITA MEMERIAHKANNYA..

    MASUK SINI:
    http://www.keluartopik.com

    😀 😀 😀

  2. Dulu – Pejuang Merdeka (UMNO) melucut gelang.
    Kini – Masuk UMNO rebt gelang.

  3. BN to be end, cukuplah,tak sanggup melihat kerakusan pemimpin dan kroninya meratah kekayaan negara,barang naik,yuran sekolah percuma kononnya,kami nak beli barang makanan pun berdikit-dikit sedangkan pemimpin BN bersenang-lenang menghabiskan duit rakyat,koridor sana-sini,tapi rakyat hidup melarat!!!!

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: