Negara Berkebajikan PAS: Najib Cuba Kelirukan Rakyat

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) menyelar perbuatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang cuba memberikan gambaran salah tentang Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS, sedangkan beliau sendiri kelihatan tidak memahami maksud Negara Berkebajikan. Adalah sesuatu yang dangkal apabila seorang pemimpin cuba memberitahu rakyat bahawa Negara Berkebajikan akan menyebabkan Malaysia akan bangkrap, tetapi amalan kronisme, nepotisme dan rasuah yang diamalkan oleh Kerajaan BN tidak pula dikaitkan dengan kemungkinan tersebut.

Negara Berkebajikan bukanlah bermaksud semua penganggur akan dibayar atau mendapat imbuhan, subsidi dan welfare seperti yang difahami dari konsep Negara Kebajikan di Barat. Ada perbezaan antara Negara Berkebajikan dengan Negara Kebajikan (Welfare State). Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS ialah negara yang mengutama kebajikan rakyat melebihi kebajikan pemimpin, keluarga pemimpin dan kroni pemimpin. Kerajaan Berkebajikan akan sentiasa bersedia untuk membail out rakyat supaya dapat hidup selesa dan tidak dibebani oleh kos hidup tinggi yang diwujudkan sendiri oleh kerajaan. Pada hari ini kerajaan sengaja menaikkan cukai, membiarkan peningkatan inflasi, menaikkan tol dan harga bahan api untuk kepentingan kroni mereka. Kerajaan BN tahu syarikat konsesi tol telah mengaut untung besar ekoran pertambahan kenderaan, tetapi terus menaikkan tol bagi mengisi kantung kroni mereka.

Adalah sesuatu yang sangat amat dangkal bagi Timbalan Perdana Menteri untuk mengaitkan tawaran PAS ini dengan kebangrapan negara. Jika rakyat diberi layanan yang sempurna untuk keselesaan minimum hidup mereka, kerajaan hanya perlu menghabiskan beberapa juta sahaja. Lihat bagaimana Kelantan yang diwar-warkan sebagai miskin boleh menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan rakyat seperti projek Jihad Ternak, Takaful Armalah, Takaful Khairat Kematian untuk warga emas, Ladang Rakyat, bantuan perubatan untuk pesakit kronik dan sebagainya. Ia langsung tidak menjejaskan negara, tetapi memberi manfaat besar kepada rakyat. Jika ia boleh menjejaskan negara sehingga bangkrap, sudah tentu negeri semiskin Kelantan sudah lama bangkrap.

Tetapi yang anehnya, pada hari ini rakyat bercakap di mana-mana tentang keborosan Kerajaan BN dalam membelanjakan wang rakyat melalui projek-projek mega dan megah. Rakyat tidak mendapat apa-apa manfaat untuk hidup mereka apabila berbilion wang Petronas dipaksa untuk membina menara berkembar selain hanya boleh berbangga dan berseronok kerana ia adalah yang tertinggi di dunia. Ini belum diambil kira tentang pembaziran, penyelewengan, rasuah, salah laku, kronisme, nepotisme dan lain-lain amalan negatif dalam pentadbiran kewangan negara. Najib patut memberitahu rakyat berapakah kebocoran wang rakyat yang berlaku apabila pembelian kapal selam dibeli melalui kroni beliau. Berapa pula wang rakyat habis kerana projek angkasa lepas dan berapa lagi habis untuk menggantikan Nuri. Mengapa ia tidak dilabelkan sebagai punca kebangkrapan negara?

Rakyat patut sedar bahawa apa yang ditawarkan oleh PAS adalah sesuatu yang realistik dan tidak akan menjejaskan kepentingan negara. Kita jangan melihat tawaran PAS dalam kerangka amalan buruk Kerajaan BN. Duit negara telah mengalami kebocoran akibat tadbir urus yang lemah dan salah laku pemimpin. PAS telah membuktikan di Kelantan bagaimana bersih dan telusnya pentadbiran kerajaan sehingga kerajaan yang miskin berupaya menjaga kebajikan rakyat. PAS amat percaya jika wang rakyat diuruskan dengan ikhlas, amanah dan penuh keimanan kepada Allah, maka tidak ada masalah bagi kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat sebaik mungkin. PAS berhasrat memindahkan amalan menjaga kepentingan kroni dengan wang negara kepada memanfaatkan kekayaan negara untuk rakyat.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

7 Respons

  1. Salam…

    Inilah masalahnya kalau pemimpin tak faham istilah bahasa Melayu. antara negara kebajikan dengan negara berkebajikan adalah dua makna yang berbeza. Rasanya TPM tu perlu buat research lagi tentang makna negara berkebajikan supaya dia tidak tersalah tafsir apabila membuat ucapan.

    p/s: sentiasa rujuk kamus DBP untuk mendapatkan istilah dan makna yang tepat.

  2. Porrahlah…..

  3. Memang betul gak ape yg dkatakn oleh TPM tu..kalu da soma kena bagi gaji wpun x bkeja..soma org akn malas nak kejalah..ape jd ngan negara kalu soma org malas nak keja…lingkup beb…fikir2lah k…

  4. Sekarang ni orang kampong saya yang fanatik BN ( UMNO ) pun kena tempias racun Najib. Saya pun tak boleh nak perbetulkan mind set mereka. Dia punya fanatik waduh…….tak boleh nak cakap

  5. Tapi kita tak ambil iktibar daripada pentadbiran Al marhum Saidina Omar bin Abdul Aziz. Mungkin Pak Najib tak baca ini semua kerana dia terlalu western dalam tatacara hidup nya.

  6. salam,…
    saya ni bukanlah fanatik mana2 pihak.. cuma nak ajak u all berfikir sikit,.. negara berkebajikan yang macamana yang nak ditubuhkan? tak cukup lagi ke semua projek pembangunan / bantuan untuk orang melayu yang ada selama ni? tender2 kerajaan yang dibuka tu pun utk org melayu, bila dah dapat, dia bagi sub kat org cina pulak. yang banyak kaya kat KL ni pun orang kelantan,.. dah kenyang sebok pulak nak jadi pembangkang.kalau semua nak bagi free, baik tak payah wujudkan SPA tu. semua orang boleh duduk lepak kat umah atau takpayah ada pangkat,.. sama ajer..mcm komunis.. lagi satu, kita ni dok berpecahlah sesama melayu, yang untung nya cina.. cina DAP pulak tu. kalo cina MCA boleh tahan lagi la dia bawah UMNO dalam BN. Cuba lah cerdik pandai dalam bidang agama ni bersatu dalam satu ‘nada’ ubahlah dan tegurlah org UMNO yg kurang sempurna keperibadiannya, agar kita ni nampak satu bangsa yang kuat,.. dahlah ekonomi tak dapat pegang, politik pun kita hancur. ni tak campur dengan org yang kecewa dalam PKR tu,.. alang2 nak membangkang, apasal tak masuk PAS je? pelik kan? Agak2nye, kalau PAS, PKR dan DAP menang PRU ke 12 nanti, siapa yang akan jadi PM? adakah suara melayu ketika itu laku lagi? rasanya tidak kot,.. apa2 hal pun, tahniahlah pada Pulau Pinang yang menangkan DAP… syokla melayu penang,..kena injak dibumi sendiri…hehe…

  7. Assalamualaikum,…

    nak tanya la,.. apasal PAS asyik dapat tempat bertanding yang tak cantik? i mean yg kurang potensi utk berjaya… tapi PKR sume tpt cun.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: