Dokumen Harapan Anak Muda Malaysia

Jati Diri Perkasa Negara Sejahtera

LATAR BELAKANG

Kita baru sahaja menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara. Rakyat umumnya mengetahui bagaimana kemerdekaan kita diperjuangkan dengan keringat dan darah oleh perwira-perwira negara. Kita membangun setapak demi setapak sehingga apa yang kita ada hari ini. Sebagai generasi muda, satu persoalan yang amat penting ialah bagaimana kita akan menghadapi cabaran mengisi 50 tahun kedua yang bakal terbeban di bahu kita.

Dalam proses pembinaan negara bangsa (nation building), penglibatan generasi muda amat penting dan bermakna. Golongan muda bukan hanya bakal mewarisi tanah air mereka, malah akan menentukan masa depan bangsa dan negara.

Hakikat tersebut telah lama disedari oleh semua tamadun sehingga lahir ungkapan “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Malangnya, potensi dan peluang anak muda Malaysia tidak digilap sepenuhnya hingga mereka hilang keupayaan dan kematangan dalam memimpin diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Generasi muda sepatutnya bukan hanya disogok dengan pembangunan, tetapi mesti dilibat sama dalam merancang, mengatur dan membangunkan negara, sehingga mereka berupaya menjadi peneraju bertaraf dunia. Isunya sekarang apakah suasana, sistem dan budaya yang ada pada hari ini menghasilkan generasi pelapis yang berwibawa?

Generasi muda yang berwibawa harus punya pegangan hidup yang teguh, keyakinan yang kental, misi dan visi yang jelas serta bijak mengatur langkah gagah. Generasi muda juga perlu memiliki kekuatan diri, kebolehupayaan dan rasa bertanggungjawab kepada negara. Jati diri inilah yang bakal membentuk kecemerlangan masa depan bangsa dan negara.

LIMA ASAS JATIDIRI ANAK MUDA MALAYSIA

1. Pegangan Hidup Yang Kukuh
· Anak muda yang teguh beragama dan mendukung nilai-nilai murni sejagat.
· Anak muda yang mempunyai idealisme dan prinsip sebagai kompas hidup;
· Anak muda yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap pembangunan masyarakat dan negara;
· Anak muda yang mempunyai semangat patriotisme, menghayati Rukun Negara dan bersedia mempertahankan negara tercinta.

2. Kebijaksanaan Dalam Meneraju Kehidupan
· Anak muda yang cintakan ilmu dan maklumat;
· Anak muda yang mampu menganalisa suasana dan berupaya menyelesaikan masalah negara;
· Anak muda yang rasional dan tidak boleh diperdaya oleh tipu helah dan propaganda.

3. Memiliki Keazaman dan Kuasa Politik
· Anak muda yang sedar kebolehupayaan dan hak mereka sebagai rakyat;
· Anak muda yang memiliki keazaman dan terlibat secara konstruktif dalam proses pembinaan negara;
· Anak muda yang sentiasa mempertahankan hak dan kebebasan daripada dinafikan seperti hak bersuara, hak berhimpun, berpersatuan dan lain-lain.

4. Menegakkan Perpaduan
· Anak muda yang memahami dan menjiwai kepelbagaian dalam masyarakat;
· Anak muda yang saling menghormati antara satu sama lain;
· Anak muda yang cintakan perpaduan, meraikan perbezaan dan menyatukan kekuatan dalam persamaan;
· Anak muda yang menolak dasar politik perkauman dalam negara.

5. Memperjuangkan Kebebasan dan Ketenteraman
· Anak muda yang cintakan hidup dalam dunia yang aman, ekonomi yang mapan dan keselamatan yang tidak terancam;
· Anak muda yang tidak dikongkong oleh sistem hidup yang dikuasai oleh cengkaman birokrasi politik demi membangunkan potensi;
· Anak muda yang mencintai kelestarian alam sekitar yang bersih dan seimbang.

TUJUH HARAPAN PERUBAHAN
Politik
1. Memperjuangkan kerajaan yang lebih beramanah, adil, bersih dan kompeten.
2. Memperkenalkan modul pendidikan politik dalam sistem pendidikan negara.
3. Menyuburkan idealisma dan aktivisma anak muda dalam persatuan samada di kampus mahupun di luar.
4. Memberi lebih ruang demokrasi kepada kepimpinan kepada anak muda dan persatuan belia.

Kualiti Hidup
1. Memulihkan “sistem nilai” bagi menjadikan anak-anak muda mengenal antara baik dan buruk pilihan mereka.
2. Menerap dan menggalakkan program pembangunan insan yang bebas daripada agenda politik dan perkauman secara menyeluruh kepada semua generasi muda.
3. Melahirkan generasi muda yang bebas dadah dan bersih daripada masalah sosial.

Pendidikan
1. Melaksanakan sistem pendidikan bersendikan Falsafah Pendidikan Negara
2. Menyediakan pendidikan percuma dan berkualiti sehingga ke peringkat universiti.
3. Memulihkan kualiti pusat pengajian tinggi dengan sekurang-kurangnya 3 universiti tempatan menjadi terbaik di Asia.
4. Menawarkan sistem pendidikan kebangsaan dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama tanpa mengabaikan pengajaran bahasa ibunda.
5. Menambahbaik sistem meritokrasi dengan mengambilkira faktor capaian kepada kualiti pendidikan.
6. Mengkaji semula AUKU dan menghapuskan campurtangan politik dalam sistem pendidikan.

Ekonomi
1. Membangunkan sumber manusia yang berilmu, berkeupayaan, dan bertanggungjawab.
2. Meringkaskan kerenah birokrasi, mempermudahkan pinjaman bank, dan memberi pendaftaran percuma kepada syarikat-syarikat milik usahawan muda.
3. Menyediakan persekitaran ekonomi yang kondusif untuk menjamin peluang kerja tanpa diskriminasi dengan penetapan gaji minima yang munasabah.

Agama.
1. Menyuburkan kehidupan beragama di kalangan rakyat.
2. Memberi kebebasan dalam menganut dan mengamalkan agama dalam lingkungan undang-undang.
3. Menggalakkan perkembangan pendidikan agama di kalangan anak muda.

Seni dan Budaya
1. Menyemak semula Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) untuk menyuburkan kreativiti karyawan muda dalam kebudayaan yang malar.
2. Menyediakan dana untuk membantu memperkembangkan potensi karyawan muda.
3. Memberi perspektif baru kepada budaya tempatan untuk mengatasi superioriti budaya asing.

Sukan dan Rekreasi
1. Membebaskan semua badan sukan daripada pengaruh politik kepartian.
2. Memulihkan pengurusan industri sukan ke arah mengembalikan kegemilangan sukan negara.
3. Menggalakkan gaya hidup sihat dan membina perpaduan melalui sukan.

TEKAD KAMI

Adalah menjadi satu harapan besar kami, anak muda Malaysia, untuk melihat suasana pentadbiran negara yang lebih terbuka dan mesra kepada penglibatan generasi muda secara adil dan demokratik. Potensi anak muda mesti diraikan seluasnya dan dikembangkan untuk menjadi aset besar pada masa depan negara.

Anak muda sendiri mesti memupuk gaya pemikiran yang bijak dan matang agar mereka dapat sama-sama terlibat dengan baik dalam proses pembangunan negara bangsa (nation building). Kebijakan mereka mesti diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang mencerminkan azam mereka untuk melihat masa depan negara yang sejahtera.

Harapan-harapan ini hanya mungkin boleh direalisasikan sekiranya rakyat bersedia memperjuangkan kerajaan yang mengamalkan demokrasi tulen yang bebas, adil dan bersih.

PERAKUAN DOKUMEN

Dokumen ini dikeluarkan oleh Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan bersempena Pilihanraya Umum Malaysia yang ke-12.

3 Respons

  1. a’kum..
    sy nak tanya..
    utk pas atau pkr sg buloh selangor ada no contact x?
    sy nak bantu utk pilihanraya tp xtau nak hubungi siapa
    thanks in advance

  2. […] yang suka dan gembira kerana beberapa kerusi telah dimenangai oleh parti berkenaan tidak kira BN, PAS, PKR dan sebagainya dengan mudah ( tidak perlu bertanding). Yang menarik ada maklumat yang aku […]

  3. Bila minyak mahal sangat, ini yang terjadi.

    http://funnypicture5.blogspot.com/

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: