Wan Azizah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia 2008-2011

Salah satu keputusan bersejarah bagi tahun 2008, para pemimpin Parti KeADILan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bersetuju untuk membentuk satu barisan yang lebih padu bagi memenuhi tuntutan sebuah ‘kerajaan menunggu’ di peringkat Pusat dan negeri-negeri.

Sehubungan itu, parti-parti terbabit juga sebulat suara bersetuju mencadangkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sehinggalah Ketua Umum KeADILan, Dato Seri Anwar Ibrahim layak bertanding untuk kerusi Parlimen.

Berikut disiarkan kenyataan penuh tiga perenggan pemimpin-pemimpin parti terbabit:

Adalah diumumkan bahawa kami Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Ustaz Abdul Hadi Awang pagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersetuju dalam satu pertemuan pada malam 18 Mac 2008 bahawa hasrat rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam pilihanraya ke-12 baru-baru ini perlulah dihormati dan dilaksanakan oleh kami dan parti-parti kami.

Kami bersetuju bahawa kerjasama yang lebih erat perlu dipertimbangkan dengan serius dengan mengambil kira hasrat rakyat untuk mewujudkan kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang baru dan boleh membawa perubahan-perubahan besar kepada rakyat.

Kami juga bersetuju mencadangkan YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, iaitu parti pembangkang terbesar di Parlimen ke-12, sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang baru, sehingga Dato Seri Anwar Ibrahim layak bertanding untuk kerusi Parlimen

Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang
Ustaz Abdul Hadi Awang

8 Respons

  1. Harap perubahan akan terus berubah…..

    Menuju kearah yg lebih adil …

  2. as’kum
    harap kehidupan rakyat semua terbela…

  3. syabas kpd YB Datin Seri Wan Azizah

  4. harap buat apa yang patut

  5. malaysia 1st lady president!
    bye bye BN welcome BA. Hai malaysians look forward, no turning, go for the better.

  6. DSWA president ok, but no no DSAI janji tau !

  7. Selamat berkidmat untuk rakyat kepada wakil rakyat!

  8. Akhirnya bermulalah pakatan keluarga DSAI yg tidak disedari PAS dan DAP!
    Dalam PKR pun ada kemelut…macamana blh jd ketua pembangkang? agenda DSAI terus menjadi mainan dalam PR. PAS mcmana ni? Takkan kalah dengan PKR kot
    ? Kalau ye pun tak mampu nak conquer PR, takkan PAS benarkan wanita jadi ketua pakatan?!
    harlilykareem: DSWA n DSAI sama sahaja! Agenda serupa!
    Bawak2 mengucaplah ye PAS, perjuangan terus berkubur!

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: