Umno dedahkan sikap tidak hormati Institusi Raja

Umno masih kalut dalam isu pemilihan Menteri Besar Terengganu mendedahkan sikap sebenar Umno yang langsung tidak menghormati institusi raja, kata Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar.

Harakahdaily dipetik, Beliau kesal dengan sikap yang ditunjukkan Umno terutamanya apabila Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor membuat kenyataan terbuka untuk memecat keahlian Adun Kijal, Dato’ Ahmad Said.

Ia ditambah lagi dengan kegilaan Umno Terengganu yang dikepalai bekas Menteri Besarnya, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Rosol Wahid yang bertindak memprotes secara terang watikah yang diperkenan oleh Pemangku Sultan Terengganu melalui Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), ujarnya.

Sambil menyifatkan ia satu penghinaan kepada institusi beraja, beliau juga menyatakan tindakan Umno ini sebenarnya menunjukkan perpecahan yang dialami parti itu selepas kekalahan besar dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Beliau turut kesal dengan kenyataan terbuka Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail terhadap isu lantikan Menteri Besar Terengganu.

Katanya, Gani tidak sepatutnya membuat kenyataan terbuka sebaliknya beliau perlu bertemu secara tertutup dengan Sultan bagi menyampaikan pandangan.

Dengan membuat kenyataan secara terbuka ini ia satu yang memalukan selain mendedahkan tindakan campur tangan politik membabitkan Peguam Negara, katanya.

Anggota Exco Kerajaan Selangor Angkat Sumpah

Sementara itu, di Klang (Selangor) Sepuluh Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, empat daripadanya wanita, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini, Isnin hari ini.

Mereka terdiri daripada empat orang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiga orang dari PAS dan tiga orang dari DAP.

Empat anggota exco daripada PKR adalah Yaakob Sapari, Rodziah Ismail, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar, daripada DAP ialah Theresa Kok, Ronnie Liu dan Ean Yong Hien Wah, manakala daripada PAS ialah Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memegang portfolio Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri serta Belia dan Sukan, Yaakob (Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, dan Pembangunan Usahawan), Rodziah (Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi), Wong (Pelancongan, dan Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar), Jayakumar (Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan, dan Kerajaan Prihatin).

Kok memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Liu (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan) dan Yong (Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram).

Hassan pula memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Halimah (Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan) dan Iskandar (Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).

Dalam pilihan raya 8 Mac lepas, PKR memenangi 15 kerusi, DAP 13 dan PAS lapan kerusi untuk menumbang kerajaan Barisan Nasional.

8 Respons

  1. umno telah menarafkan tuanku sultan sebagai binatang
    maka aku mengistiharkan perang keatas penderhaka2 umno di terenganu
    kini mereka teah menjadi jebat si penderhaka
    kita rakyat yang patuh dan taat kepada tuanku sultan adalah tuah
    polis pun tidak mengambil tindakan yang telah mereka lakukan iaitu menghina tuanku sebagai binatang
    maka aku istiharkan polis malaysia adalah polis umno mereka telah terkeluar dari senarai sebagai angota keselamatan awam
    mereka adalah jaga kepada umno penderhaka
    menghina tuanku bererti mengistiharkan perang kepada tuanku
    dalam undang2 malaysia mengistiharkan perang kepada tuanku bererti hukuman mati sahaja layaknya
    tiada hukuman lain selain hukuman itu
    inilah balasan allah s.w.t kepada mereka2 yang menipu
    allah akan menghadirkan kacau bilau dalam diri mereka sehingga mereka saling berjatuh jatuhan antara satu sama lain
    umno harus diharamkan kerana ia adalah punca kekacauan kini
    terlalu banyak kejahatan telah mereka lakukan
    ketua polis negara,peguam negara mungkin kami tidak dapat jatuhkan anda kini
    tapi ingat sebagai seorang islam anda harus percaya akan ada kehidupan kedua yang mana semua perbuatan kita kini akan ditimbang dan dibicarakan
    kami rakyat malaysia akan menjadi saksi pecah amanahnya anda
    kami akan dakwa anda di mahkamah allah s.w.t
    terimalah hukuman anda kelak
    bawalahlah sekali wang haram yang anda perolehi
    bawalah fail2 pertuduhan palsu anda
    bawalah tilam pembohongan anda
    ia semua akan jadi saksi
    walau dibakar walau dilupus
    tapi allah maha pencipta
    ia yang mencipta ia juga yang boleh memusnahkan allah huakbar
    amin

  2. Umno sudah lupa ….
    Umno sudah derhaka kepada sultan…
    Umno sudah lupa dengan Melayu….
    Sekarang , APA erti UMNO????

    http://suara-aku.blogspot.com/

  3. Apa yang 23 adun umno patut lakukan?

    1) SEMUA 23 ADUN TERENGGANU KENA LETAK JAWATAN .ITU PUN KALAU ADA MARUAH.ITU PUN KALAU ADA BATU.PEMBACA SEMUA BOLEH RUJUK KEMBALI KENYAATAN MEREKA..DALAM YOUTUBE PUN ADA..
    2) LEPAS NI BOLEH BUNGKUS TIKAR BANTAL KELUAR DARI TERENGGANU,CARI LAH MANA-MANA PULAU.

    Apa yang patut kita lakukan?
    AJAR SEMUA ORANG UMNO RUKUN NEGARA.TERUTAMA PAK LAH , 23 DUN UMNO TRG DAN PEMIMPIN UMNO YANG BUAT KENYATAAN BODOH DAN MENDERHAKA..
    BUAT KURSUS UTK MEREKA SEKURANG-KURANGNYA 2 MINGGU.,SIAP DGN LATIH –TUBI.BIAR INGAT SAMPAI MATI.

    INI IALAH RUKUN NEGARA,

    1)Kepercayaan kepada Tuhan
    2)Kesetiaan kepada Raja dan Negara
    3)Keluhuran Perlembagaan
    4)Kedaulatan Undang-undang
    5)Kesopanan dan Kesusilaan

    .MANAYANG PALING UTAMA DAN YANG PALING ATAS??

    TAPI PAK LAH MUNGKIN BOLEH DIMAAFKAN SEBAB DIA TER TIDUR…

  4. Aku sokong semua pendapat di atas,UMNO dah mula memadamkan Satu dari Lima prinsip RUKUNEGARA. “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara” dah tak ada…Mana yang lebih zalim jika dibandingkan dengan isu pemansuhan dasar DEB ?
    Siapa yang lebih tidak beretika ? Memang layak digelar PENDERHAKA. Kalau dah tak tahu nak hormat Sultan,seeloknya carilah penempatan baru yang tiada kena mengena dengan jajahan takluk pemerintahan beraja.Lantiklah siapapun yang dirasakan sesuai untuk jadi MB ke, atau apa darjat pun…bentuklah kerajaan sendiri tanpa melibatkan bidangkuasa Sultan. Memang zaman pemerintahan Pak Lah penuh dengan kacau bilau dan kecelaruan. Banyak ‘rampasan kuasa’ berlaku. Bermula dengan Naib Pemuda UMNO yang memiliki sebahagian kuasa PM, PM mengambil alih sebahagian bidangkuasa KSN dan sekarang PM juga sudah boleh mengambil alih sebahagian daulat Sultan di negeri2. Entah2 akan datang,…PM dah mengatasi bidangkuasa Yang diPertuan Agong.Apakah akan terjadi kepada Malaysia ? Bangkit lah dari lena seluruh bangsaku, jangan terus terlena seperti pemimpinmu kerana pasti engkau akan diganggu mimpi2 ngeri. Ayuh…sedarlah, bahawa kita seharusnya lebih banyak beristighfar dari bercakaran sesama sendiri kerana dunia ini bukanlah kekal untuk kita. Kuasa yang ada pun bukan untuk selamanya.
    Daulat Tuanku!

  5. umno dh nak pecah belah!!!pru nanti BA akn kuasai MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!!!

  6. UMNO dan Beeeee eNd…
    “NATANG” sungguh….

  7. hoi orang umno tolong bangun dari tidur kamu, baca semua komen2 diaorang, terutama ahli politik. hidup UMNO

  8. selepas pilihanaraya yang ke 12, Umno menjadi parti kelam kabut, ketidakketahuan dan sasau dalam perjuangan.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: