Oleh: Nor Zuwairi Zakwa
PARLIMEN, 7 Mei – Ketua Pembangkang, Dr. Wan Azizah (PKR-Permatang Pauh) pada jam 10.30 pagi tadi telah menghantar Usul Menangguhkan Mesyuarat di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1). Usul tersebut telahpun dihantarkan ke Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Usul tersebut dibuat berdasarkan ia bersifat perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.
Kenyataan usul tersebut berbunyi:
Saya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh) mohon mencadangkan:
‘Bahawa setelah mengamati bencana Taufan Nargis yang menimpa Myanmar mengakibatkan lebih 20,000 nyawa terkorban, maka Dewan Rakyat menggesa Kerajaan Malaysia mengambil dayausaha mendesak Kerajaan Junta Myanmar supaya menangguhkan rancangan punggutan suara perlembagaan yang dijadualkan pada 10 Mei 2008 bagi memberi ruang kepada bantuan-bantuan kemanusiaan dibuat oleh agensi-agensi bantuan atas pertimbangan kemanusiaan’.
Usul tersebut bakal dibacakan di dalam Dewan Rakyat untuk dibahaskan sekiranya ia diterima untuk dibahaskan. Berdasarkan kepada situasi yang berlaku, usul tersebut sewajarnya diterima jika nilai perikemanusiaan dipertimbangkan oleh seluruh Ahli Dewan Rakyat memandangkan bencana yang berlaku telah mengakibatkan korban nyawa dan harta yang begitu besar sehingga memungkinkan proses punggutan suara tersebut sukar dijalankan dengan erti kata yang sebenar.
Filed under: Ucapan |
Misi kemanusiaan yang luhur gambaran pemimpin yang pantas tidakk berpolitik untuk berorganisasi tetapi membangunkan keinsanan yang wajar diamati dengan jujur oleh warga muda.